Home > Laman Utama > Cegah Karies Dengan Selan Fisur

Cegah Karies Dengan Selan Fisur

Download:

 

Permukaan fisur gigi amat berpotensi untuk mendapat kerosakan gigi. Fisur gigi dan lubang-lubang kecil atau dikenali juga sebagai pits mudah mengumpul bakteria dan makanan menyebabkan kerosakan gigi.

Dalam keadaan ini, penggunaan berus gigi untuk membersihkan fisur gigi   tidak cukup berkesan.

Bakteria boleh merebak ke lapisan dalam gigi dan menjadikan gigi berlubang atau karies gigi. Sekiranya tidak dikawal, ia juga berupaya merebak dan menjangkiti pulpa yang mengandungi saraf dan salur darah gigi.

Karies gigi dapat dicegah dengan rawatan selan fisur. Selan fisur merupakan suatu bahan plastik yang digunakan untuk menutup fisur gigi dan lubang-lubang kecil.

Rawatan selan fisur dimulakan dengan pembersihan gigi

Seterusnya asid disapukan ke atas permukaan gigi dan dibilas dengan air dan dikeringkan

Kemudian, bahan selan fisur disapukan  ke atas permukaan gigi untuk menutup fisur gigi dan lubang-lubang kecil. Bahan selan ini dikeraskan dengan lampu pempolimeran.

Rawatan selan adalah mudah, tidak menyakitkan dan melindungi fisur gigi dan lubang-lubang kecil daripada kerosakan gigi.

C
Cara Menggunakan Pesari Dengan Betul

Cara Menggunakan Supositori Dengan Betul

Cara Menyedut Wap Bermenthol

Cegah Karies Dengan Selan Fisur

Chronic Obstructive Pulmonary Disease