A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Ubat Tradisional
  6. /
  7. Campurpalsu dalam produk tradisional

Campurpalsu dalam produk tradisional

Produk tradisional digunakan secara meluas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Penilaian dari segi keselamatan dan kualiti amat penting sebelum ianya dipasarkan memandangkan penggunaan produk tradisional ini amat popular. Di Malaysia, tanggungjawab penilaian ini dilaksanakan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Pengenalan

Produk tradisional digunakan secara meluas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Penilaian dari segi keselamatan dan kualiti amat penting sebelum ianya dipasarkan memandangkan penggunaan produk tradisional ini amat popular. Di Malaysia, tanggungjawab penilaian ini dilaksanakan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Campurpalsu merujuk kepada produk tradisional yang diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan berada di dalamnya. Racun berjadual merujuk kepada senarai bahan kimia di bawah peruntukan Akta Racun 1952.

Racun berjadual yang dimaksudkan disini ialah bahan farmaseutikal seperti ubat untuk selsema dan batuk, antibiotik dan lain-lain lagi. Ia dikelaskan kepada beberapa kategori. Kebanyakan bahan farmaseutikal ini hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi daripada ahli farmasi dengan preskripsi doktor. Walaubagaimanapun terdapat juga bahan farmaseutikal yang boleh dibeli terus daripada farmasi tanpa memerlukan preskripsi doktor (contoh: ubat demam paracetamol). Bahan seperti ini juga tidak dibenarkan di dalam produk tradisional.

Bahan Campurpalsu yang sering dikesan dalam produk tradisional

Contoh bahan campurpalsu yang sering dikesan di dalam produk tradisional:

  1. Steroid: Dexamethasone, prednisolone
  2. Ubat untuk merawat mati pucuk: Sildenafil (viagra), tadalafil (cialis)
  3. NSAIDs/Analgesik (Ubat Penahan Sakit): Paracetamol, phenylbutazone
  4. Antihistamin (Ubat untuk selsema dan batuk): Chlorpheniramine
  5. Agen pelangsingan badan: Sibutramine
  6. Antidiabetik (Ubat untuk kencing manis): Metformin

Kesan/Bahaya Penggunaan Produk Campurpalsu

Antara kesan/bahaya penggunaan produk campurpalsu adalah seperti berikut:

  1. Risiko untuk terlebih dos.
  2. Kesan sampingan yang tidak diingini boleh berlaku.
  3. Paling merbahaya, boleh membawa MAUT.
  4. Steroid: Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaucoma. Pesakit juga boleh mengalami Cushing’s Syndrome yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah-olah mengecil.
  5. Ubat untuk merawat mati pucuk: Kesan serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat merbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.
  6. NSAIDs/Analgesik (Ubat Penahan Sakit): Gangguan perut di mana boleh menyebabkan kesakitan gastrik, mual, muntah, ulser dan juga pendarahan.
  7. Antihistamin (Ubat untuk selsema dan batuk): Badan merasa letih, mengantuk, pandangan kabur.
  8. Agen pelangsingan badan: Tekanan darah tinggi dan ada kemungkinan berat badan turun dengan mendadak.
  9. Antidiabetik (Ubat untuk kencing manis): Penurunan paras gula dengan mendadak. Apabila paras gula rendah badan akan jadi lesu, menggigil, berpeluh, pening.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk campurpalsu dan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu dinasihatkan juga supaya segera menghentikan penggunaan sebarang produk tradisional dan mendapatkan nasihat dari professional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Semakan status pendaftaran sesuatu produk boleh dibuat dengan melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my atau menghubungi BPFK di talian 03-78835400 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

Semakan Akhir : 16 Mei 2016
Penulis : Wan Nurul Aina bt. Mior Abdullah
Akreditor : Mazli bt. Muhammad

Artikel Berkaitan

Ubat: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Ubat adalah drug atau bahan yang digunakan untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit. Secara umumnya, ubat adalah selamat jika diambil dengan betul.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,228,820

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia