A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Campak

Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak, namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak, namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul.

Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.

Tanda dan Gejala

Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul.

Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.

Komplikasi

Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:

  • Jangkitan telinga
  • Pembesaran Nodus Limfa
  • Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
  • Jangkitan paru paru
  • Jangkitan bronkus
  • Jangkitan peti suara
  • Cirit birit atau muntah
  • Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.

Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak.

Rawatan

  • Acetaminophen (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan sakit badan.
  • Rehat (tidur ) dengan cukup.
  • Pelembab yang menyegarkan ruang respiratori (pernafasan) dan menghilangkan batuk.
  • Antibiotik diberikan kepada pesakit yang membentuk otitis media atau jangkitan kuman pada paru paru.
  • Pengasingan.

Pencegahan

Di Malaysia, vaksin campak biasanya diberikan pada umur 9 bulan dan bersama-sama vaksin beguk, dan rubella ketika berumur satu dan tujuh tahun. Orang yang tidak berimunisasi dan adik beradik perlu diasingkan dari pesakit.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Fuziah Paimin
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Steven-Johnson Syndrome

Stevens-Johnson Syndrome (SJS) adalah penyakit yang berpotensi untuk menjadi serius. Ianya melibatkan sistem imun dan kebiasaannya melibatkan kulit dan mukosa.

Jangkitan Saluran Kencing

Kuman yang menyebabkan jangkitan salur kencing selalunya berasal dari kulit berhampiran dengan pembukaan saluran kencing keluar badan (uretra)

Dermatitis Sentuh Alergik

Dermatitis sentuh alergik adalah alahan pada kulit akibat bersentuhan dengan bahan-bahan penyebab alahan (alergen).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 1,682,047

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 09:02:28
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia