A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Caj Pergigian

Caj di klinik pergigian kerajaan adalah mengikut Akta Fee 1951 - Arahan Fee (Perubatan)1982.

Pengenalan

Caj di klinik pergigian kerajaan adalah mengikut Akta Fee 1951 – Arahan Fee (Perubatan)1982.

Caj untuk rawatan dan perkhidmatan pergigian tertakluk di dalam Jadual Fee. Walau bagaimanapun, caj-caj tersebut tidak meliputi:

  1. Kakitangan kerajaan, pesara kerajaan dan keluarga, serta orang kurang upaya (OKU)
  2. Pekerja dalam badan berkanun, individu yang ditetapkan oleh undang-undang serta keluarga dan tanggungannya.
  3. Individu yang diberi hak keistimewaan perubatan.

Caj

Berikut adalah caj bagi rawatan pergigian:

  • JADUAL A (Pesakit Luar)
  • JADUAL D (X-Ray)
  • JADUAL E (Pembedahan)
  • JADUAL F (Rawatan Pergigian)
  • JADUAL H (Laporan Perubatan)

Catatan:

Semua warganegara yang berumur 60 tahun dan ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di klinik pergigian dan klinik pakar pergigian. Pesakit wad kelas 3 diberi pengurangan caj 50% dengan caj maksimum sebanyak RM250 bagi setiap kemasukan di hospital. (Surat Pekeliling Bahagian Kew Bil 4/2011 dan Surat Pekeliling Bahagian Kew Bil 2/2012)

JADUAL A (Pesakit Luar)

Bahagian 1 CAJ PESAKIT LUAR-JABATAN PESAKIT LUAR UMUM

Hospital dan Klinik Caj bagi satu lawatan
[Termasuk penyiasatan]
Hospital Besar; RM 1.00
Hospital Daerah RM 1.00
Poliklinik RM 1.00

Bahagian 2 KLINIK PAKAR DI JABATAN PESAKIT LUAR

Jenis rujukan Caj bagi satu lawatan
Rujukan Pegawai Perubatan Kerajaan Percuma untuk lawatan pertama
RM 5 untuk lawatan susulan
(Termasuk semua penyiasatan)
Rujukan Pegawai Perubatan Swasta RM 30 untuk lawatan pertama
RM 5 untuk lawatan susulan
(Tidak termasuk semua penyiasatan)
Rawatan susulan untuk pesakit yang telah discaj dari wad RM 5 untuk setiap lawatan
(Termasuk semua penyiasatan)

Jadual D (X-Ray)

CAJ PENYIASATAN

Bahagian 1
PEMERIKSAAN RADIOGRAF

Pemeriksaan tanpa media penanda Kelas 1 Kelas 2 Kelas 3
Dalam mulut RM 10
(satu filem)
RM 5
(satu filem)
RM 1
(satu filem);
OPG dan Lateral RM 70
(satu filem)
RM 30
(satu filem)
RM 10
(satu filem)

 

JADUAL E (Pembedahan)

CAJ PEMBEDAHAN
CAJ PEMBEDAHAN (TERMASUK UBAT BIUS)

  First Class; Second Class Third Class
Pembedahan Jenis A RM 3,000 RM 1,200 RM 200
Pembedahan Jenis B RM 1,500 RM 600 RM 100
Pembedahan Jenis C RM 800 RM 400 RM 50
Pembedahan Jenis D RM 300 RM 150 RM 20
Pembedahan Jenis E RM 150 RM 80 RM 15
Pembedahan Jenis F RM 50 ke bawah RM 40 ke bawah RM 10 ke bawah

JADUAL F (Rawatan Pergigian)

RAWATAN PERGIGIAN

  Kelas Pertama Kelas Kedua Kelas Ketiga Pesakit Luar
Cabutan – sebatang gigi RM 15 RM 6 Percuma RM 1
Tampalan – sebatang gigi RM 20 RM 8 Percuma RM 2
Inlay (tidak termasuk harga logam)- sebatang gigi RM 40 RM 16 Percuma RM 3
Korona (tidak termasuk harga logam)- sebatang gigi RM 40 RM 16 Percuma RM 3
Penskaleran – setiap lawatan RM 40 RM 16 Percuma RM 2
Rawatan Endodontik RM 55 RM 22 Percuma RM 4
Pembuatan Dentur Penuh (tidak termasuk harga logam)
Bahagian Atas RM 100 RM 50 RM 25 RM 50
Bahagian Bawah RM 100 RM 50 RM 25 RM 50
Pembuatan Dentur Separa Penuh (tidak termasuk harga logam)
Plat Atas/Bawah RM 20 RM 10 RM 5 RM 10
Untuk setiap gigi tambahan (RM 2), maksimum: RM 100 RM 50 RM 25 RM 25
Pembaikan Dentur
Setiap Plat (tidak termasuk gigi) RM 5 RM 3 RM 1 RM 2
Penggantian (sebatang gigi) RM 5 RM 3 RM 1 RM 2
Aplians atau Obturator Pergigian
Kecil RM 75 RM 30 RM 15 RM 15
Sederhana RM 100 RM 40 RM 20 RM 20
Besar RM 125 RM 50 RM 25 RM 28
Aplians Ortodontik
Aplians Tetap RM 500
Aplians Boleh Tanggal Mudah RM 100
Kompleks RM 200

 

Jadual H (Laporan Perubatan)

CAJ-CAJ LAIN
Bahagian 4
LAPORAN PERUBATAN BERTULIS

Laporan ringkas/disediakan oleh pegawai perubatan; RM 40
Laporan ringkas/disediakan oleh pakar RM 80
Laporan lengkap disediakan oleh pakar RM 200 – RM 1000 bergantung kepada bentuk laporan

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

 

Artikel Berkaitan

Osteoradionekrosis Tulang Rahang

ORN boleh dikenal pasti apabila tulang rahang yang terdedah kepada sinaran radiasi, mati atau tidak bernyawa dan seterusnya mengakibatkan tulang terdedah melalui kulit atau mukosa serta tidak sembuh selama 3 bulan tanpa bukti terjadinya pengulangan tumor.

Gigi Jongang

Gigi jongang adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gigi jongang menimbulkan masalah seperti penutupan mulut, pengunyahan dan percakapan, dan gigi boleh lebih mudah terdedah kepada kecederaan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,220,834

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia