A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Buli

Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse)

Apa itu buli?

Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang.

Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse). Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual.

Adakah ia kerap berlaku?

Buli sebenarnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru.

Buli amat ketara/berlaku di kalangan pesalah laku muda dan di institusi-institusi.

Buli dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan; tetapi kanak-kanak lelaki lebih cenderung menggunakan keganasan manakala kanak-kanak perempuan selalunya menggunakan cara halus seperti tidak mahu berkawan.

Tanda dan Gejala

Kebanyakan kes tidak dapat dikesan melainkan terdapat tanda fizikal atau mangsa memberitahu ibu-bapa ataupun guru.

Gejala-gejala yang wujud juga mungkin tidak spesifik seperti yang berkaitan dengan tekanan dan masalah perubatan seperti pening kepala, sakit perut dan sebagainya atau penurunan prestasi pelajaran.

Komplikasi

Kesan-kesan buli

Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang.

Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti;

  1. Tiada keyakinan diri
  2. Rasa rendah diri
  3. Prestasi pelajaran merosot
  4. Kehadiran ke sekolah rendah/menurun
  5. Masalah penyesuaian diri apabila dewasa

Pencegahan

Cara-cara membantu mangsa buli

  1. Beri perhatian jika ada mangsa secara sukarela dengan memberitahu mengenai buli dan meminta pertolongan. Kadang-kala mangsa hanya memerlukan perhatian dan seseorang untuk mendengar.
  2. Ibu bapa mangsa buli dan pembuli perlulah dimaklumkan.
  3. Aturkan perjumpaan jika perlu. Bincangkan cara-cara penyelesaian masalah dengan mereka.
  4. Buat susulan dengan berkomunikasi dengan mangsa, ibu bapa dan guru-guru mengenai masalah ini.
  5. Lakukan pemantauan terhadap kelakuan/perilaku pembuli dan keselamatan mangsa di sekolah dan persekitarannya secara menyeluruh.

Bagaimana cara untuk mengurangkan atau mengelakkan buli?

  • Kanak-kanak perlu memberitahu dan melibatkan orang dewasa seandainya masalah berkenaan wujud.
  • Jangan teragak-agak untuk memberitahu orang dewasa atau orang yang boleh dipercayai seandainya anda tahu ada individu yang dibuli.

Sekolah atau institusi perlu

  • Memastikan dan memperjelaskan bahawa sebarang kejadian buli tidak boleh diterima (never acceptable)
  • Mengadakan perbincangan yang khusus berkenaan buli dan masalahnya
  • Mempertingkatkan pengawasan orang dewasa di kawasan seperti bilik air, kaki lima atau perkarangan dan sebagainya.
  • Menekankan kepentingan keselamatan, nilai hormat menghormati dan sentiasa mengambil berat.
  • Menekankan kesan atau akibat dari menyakitkan orang lain
  • Menguatkuasakan tindakan segera dan berterusan terhadap semua kelakuan agresif.
  • Lakukan susulan terhadap semua aktiviti yang agresif.
  • Memperbaiki hubungan dan komunikasi di antara pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar.
  • Menyediakan peti cadangan untuk masalah-masalah (problem box) di sekolah supaya pelajar dapat melaporkan masalah serta memberi cadangan.
  • Mengajar cara bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penterjemah : Dr. Siti Aishah Saidin
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Penderaan Fizikal

Berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan fizikal dari perlakuan (atau pengabaian) ibu bapa, penjaga atau mereka yang bertanggungjawab

Shaken Baby Syndrome

Pendarahan subdural berserta dengan keretakan tulang dada (ribs) dan pendarahan dalam mata dipanggil ‘Shaken Baby Syndrome’.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,232,392

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia