A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Buah Dada Remaja Lelaki

Lebih separuh daripada kanak-kanak lelaki yang mencapai peringkat akil baligh akan mempunyai saiz buah dada yang lebih besar dari normal.

Adakah ia normal?

Lebih separuh daripada kanak-kanak lelaki yang mencapai peringkat akil baligh akan mempunyai saiz buah dada yang lebih besar dari normal. Ia mungkin:

  • Berlaku pada kedua-dua belah atau sebelah buah dada
  • Sakit sekiranya dipicit
  • Berukuran antara 1–5 sentimeter di sekitar puting
  • Lebih dari 90% saiz buah dada akan menurun dalam masa satu hingga tiga tahun peringkat tumbesaran

Jika anda berada di peringkat akil baligh, anda tidak perlu rasa bimbang akan keadaan ini.

Adakah kerana saya gemuk?

  • Setengah orang gemuk akan kelihatan seolah-olah mempunyai pembengkakkan buah dada
  • Ia sebenarnya adalah kumpulan lemak di dada
  • Sukar untuk membezakan antara lemak atau tisu buah dada. Tisu buah dada adalah lebih pejal
  • Jika ia disebabkan tisu buah dada, ia dikenali sebagai Gynaecomastia

Adakah sebab lain bagi keadaan gynaecomastia?

Memang ada, tetapi JARANG berlaku.

  • Ada sesetengah ubat boleh menyebabkannya:
    • Estrogen (hormon perempuan) boleh dikesan dalam krim atau ubat pil
    • Ubat kemurungan atau penyakit jantung
    • Steroid
  • Ia juga berkaitan dengan penyakit:
    • Sindrom Klinefelter’s
    • Penyakit hati yang teruk
    • Ketumbuhan

Perlu kah saya berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya anda:

  • Mendapati buah dada membesar sebelum peringkat akil baligh (sebelum berusia 9 tahun)
  • Mendapati ada cairan keluar dari puting buah dada anda (sama ada cecair, susu atau darah)
  • Sudah berusia melebihi 16 tahun tetapi masih mempunyai saiz buah dada yang tidak normal
  • Berasa bimbang atau malu

Apakah rawatan yang ada?

Biasanya rawatan tidak perlu. Doktor anda akan:

  • Menanyakan soalan lanjutan. Beritahu doktor anda sekiranya ada mengambil ubatan atau krim
  • Memeriksa anda
  • Mengarahkan beberapa ujian bagi memastikan anda tidak mengidap sebarang penyakit yang jarang berlaku
  • Mencadangkan pengambilan ubat sekiranya anda merasa sakit

Pada sesetengah kaum lelaki keadaan ini akan berkekalan. Ini mungkin menjejaskan kehidupan harian kerana menjadi bahan ejekan dan timbul rasa malu. Pembedahan untuk mengeluarkan lemak buah dada mungkin perlu. Ini akan dilakukan oleh pakar bedah plastik/pakar bedah am.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Kauthaman a/l Mahendran
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Remaja & Diet Kilat (Crash Diets)

Hanya cara pemakanan dan pemakanan yang teratur boleh memecahkan lemak berlebihan dan membantu anda mencapai berat badan yang unggul dan kecergasan badan dan minda pada tahap optimum. JANGAN crash diet!!

Membina Badan

Menaikkan otot pada tubuh telah menjadi satu aliran baru dalam kalangan remaja masa kini. Membina otot terhasil dari senaman mengangkat berat yang berpatutan serta nutrisi yang seimbang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,822,778

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-26 15:39:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia