A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Bimbang & Takut

Resah, bimbang dan takut adalah sesuatu yang biasa di kalangan kanak-kanak dan biasanya ia tidak akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Bilakah kanak-kanak berasa bimbang dan takut?

  • Resah, bimbang dan takut adalah sesuatu yang biasa di kalangan kanak-kanak dan biasanya ia tidak akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.
  • Perasaan resah atau takut terhadap orang asing dan resah bila berpisah dari penjaga adalah dua perasaan yang biasa di alami oleh kanak-kanak. Ini adalah perkembangan yang  normal.
  • Keresahan terhadap orang asing
    • Bermaksud bahawa kanak-kanak merasa takut bila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.
    • Terjadi pada peringkat umur 4 – 5 bulan dan akan memuncak hingga ke usia 12 bulan.
  • Keresahan terhadap perpisahan
    • Reaksi yang dipamerkan oleh kanak-kanak apabila dipisahkan dari pengasuhnya.
  • Faktor -faktor yang menyebabkan keresahan terhadap orang asing dan perpisahan:
    • Usia kanak-kanak.
    • Suasana masa itu.
    • Pengalaman lampau.
    • Keakraban kanak-kanak dengan pengasuh utama/ penjaganya

Bilakah kanak-kanak ini memerlukan bantuan?

  • Kanak-kanak ini memerlukan bantuan sekiranya perasaan resah, bimbang atau takut itu:-
    • Semakin memuncak
    • Menjejaskan fungsi kanak-kanak tersebut di rumah dan di sekolah
    • Berlarutan

Apakah jenis-jenis kecelaruan keresahan yang sering dialami?

Jenis-jenis kecelaruan keresahan yang biasa adalah:

  • Kecelaruan Keresahan Perpisahan
  • Kecelaruan Keresahan Menyeluruh
  • Kecelaruan Fobia
  • Kecelaruan Keresahan Sosial
  • Kecelaruan Stres Pasca-Trauma
  • Kecelaruan Panik

Bagaimana takut dan resah ini dapat dikenali?

Ianya dapat dikenali melalui:

  1. Kelakuan yang luar biasa seperti:-
    • Mengelakkan diri dari aktiviti luar seperti riadah bersama keluarga
    • Mengelakkan diri dari tempat awam seperti taman permainan
    • Mengelakkan diri dari seseorang seperti guru
    • Berkelakuan seolah-olah di dalam kesusahan seperti sebelum tidur
    • Berkelakuan melekap kepada penjaga yang luar biasa
    • Perubahan tabiat seperti mula menghisap jari
    • Berkelakuan gelisah
  2. Kemurungan perasaan/emosi/fikiran 
    • Perasaan bimbang atau takut
    • Mempunyai kebimbangan yang berlebihan akan berlakunya sesuatu yang negatif atau bencana 
      • Penolakan
      • Ejekan dan cemuhan
      • kemalangan
      • Kecederaan
      • Gagal dalam peperiksaan
  3. Masalah fizikal:
    • Pening kepala
    • Sakit perut
    • Rasa tercekik
    • Sesak nafas
    • Berpeluh
    • Menggeletar

Mengapa kita perlu mengambil tahu?

Rasa bimbang dan takut boleh menjurus kepada:

  • Gangguan dalam proses pembesaran yang normal
  • Gangguan pembelajaran dan perhubungan dengan ahli keluarga, rakan atau guru.
  • Boleh menyebabkan masalah tingkahlaku yang serius 
  • Boleh terjerumus kepada penyalahgunaan dadah seperti tembakau, arak dan dadah untuk menenangkan diri sendiri
  • Risiko mencederakan diri sendiri
  • Risiko untuk membunuh diri

Apa yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak ini?

  • Mendengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak itu dan fahami tingkah lakunya
  • Berikan perangsang dan pujian
  • Bantu kanak-kanak untuk mengetahui akan kekuatan dan kelebihan dirinya.
  • Bantu kanak-kanak menerima akan kelemahannya dan bagaimana mengatasinya.
  • Bantu kanak-kanak untuk bertenang dengan menggunakan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan dan membayangkan pemandangan yang nyaman dan hijau.
  • Berikan sokongan moral supaya kanak-kanak dapat:-
    • Belajar berfikir secara positif
    • Berhadapan dengan perubahan, kekecewaan,  ketakutan, dan kemarahan secara positif
    • Membina kemahiran sosial yang positif seperti bersifat asertif
  • Berikan kaunseling kepada:-
    • Kanak-kanak secara individu
    • Ahli keluarga kanak-kanak
    • Sekolah – beritahu guru mengenai masalahnya supaya mereka dapat memberi kerjasama dan sokongan
  • Berikan ubatan sebagaimana yang dinasihatkan oleh Pakar Psikiatri jika perlu

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan perasaan bimbang dan takut yang berlebih lebihan?

  • Bantu kanak-kanak untuk membentuk kemahiran emosi dan sosial.
  • Bantu kanak-kanak menghadapi cabaran hidup dengan positif.
  • Jalinkan perhubungan mesra, responsif dan saling percaya mempercayai.
  • Wujudkan suasana yang aman dan selesa.

Di manakah bantuan seterusnya boleh diperoleh?

Para professional berikut boleh membantu

  • Kaunselor sekolah
  • Pegawai Perubatan di klinik kesihatan
  • Doktor di klinik swasta
Semakan Akhir : 20 Ogos 2020
Penulis : Dr. Aminah binti Kassim
Penyemak : Dr. Nurul Wafa binti Hussain

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,394,778

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia