A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kerja Sosial Perubatan
  6. /
  7. Bantuan Sokongan Psikososial Kepada...

Bantuan Sokongan Psikososial Kepada Pesakit

Tujuan perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan disediakan di klinik-klinik kesihatan adalah bagi membantu mengembalikan dan meningkatkan kefungsian sosial anda sesuai dengan batas keupayaan mereka. Selain daripada itu, ianya bertujuan membantu anda mendapat faedah yang optima daripada rawatan dan pemulihan di klinik kesihatan.

Siapakah Yang Boleh Memberikan Bantuan Sokongan Psikososial Kepada Saya Di Klinik Kesihatan?

Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang ditempatkan di klinik-klinik kesihatan terpilih sentiasa bersedia memberikan bantuan psikososial kepada anda.

Perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan telah mula diperkenalkan di klinik-klinik kesihatan terpilih sejak bulan November 2010.

Tujuan perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan disediakan di klinik-klinik kesihatan adalah bagi membantu mengembalikan dan meningkatkan kefungsian sosial anda sesuai dengan batas keupayaan mereka. Selain daripada itu, ianya bertujuan membantu anda mendapat faedah yang optima daripada rawatan dan pemulihan di klinik kesihatan.

Di Klinik Kesihatan Manakah Saya Boleh Mendapat Bantuan Sokongan Psikososial?

  • Klinik Kesihatan Sikamat, Negeri Sembilan
  • Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Selangor
  • Klinik Kesihatan Buntong, Perak
  • Klinik Kesihatan Jalan Mahmoodiah Johor Bahru, Johor
  • Klinik Kesihatan Batu Kawan, Kuching, Sarawak.
  • Klinik Kesihatan Tumpat, Kelantan
  • Klinik Kesihatan Kuala Berang, Terengganu
  • Klinik Kesihatan Pendang, Kedah
  • Klinik Kesihatan Kajang, Selangor
  • Klinik Kesihatan Kangar, Perlis
  • Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu, Kelantan
  • Klinik Kesihatan Kuantan, Pahang
  • Klinik Kesihatan Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Klinik Kesihatan Greentown, Perak
  • Klinik Kesihatan Padang Serai, Kedah
  • Klinik Kesihatan Cheras, Kuala Lumpur
  • Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya
  • Klinik Kesihatan Ayer Keroh, Melaka
  • Klinik Kesihatan Luyang, Sabah
  • Klinik Kesihatan Muar, Johor

Jenis Perkhidmatan Bantuan Sokongan Psikososial di Klinik Kesihatan

1. Terapi sokongan Keterangan
1

  • Intervensi Krisis
  • Kumpulan Sokongan (Support Group)
  • Khidmat Runding Bicara
a. Membantu dan membimbing anda

  • memahami penyakit dan masalah yang dihadapi daripada segi rawatan dan pemulihan, komplikasi serta impak yang wujud akibat penyakit yang dihidapi.
  • menghadapi krisis dan panduan perundangan kepada mangsa pencabulan, rogol, penderaan, perbalahan keluarga, keganasan rumahtangga, remaja hamil tanpa nikah, bencana alam dan trauma

b. Kenal pasti sokongan sosial untuk menghadapi cabaran c. Ke arah celik akal dalam mencari penyelesaian masalah d. Memberi peluang kepada diri anda untuk membuat keputusan

2. Bantuan Praktik Keterangan
  • Bantuan Peralatan Perubatan
  • Bantuan Ubat-ubat Khas
  • Penempatan ke Institusi Kebajikan
  • Jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi bantuan.
  • Bantuan kewangan kecemasan semasa     dalam rawatan.
  • Kerja lapangan seperti lawatan ke rumah
  • Keperluan khas seperti lampin pakai buang dan susu khas

 

2 3 4
5 6 7
8 9  
 3. Program Komuniti, Promosi dan Pencegahan Keterangan
  • Ceramah/taklimat /seminar/lawatan secara koloborasi dan kerjasama dengan pelbagai disiplin serta agensi
  • Mengadakan pameran
  • Program sukarelawan
  • Kumpulan sokongan pesakit mental, pesakit HIV/AIDS, pesakit kanser dan lain-lain
  • Kem Kesihatan Remaja
  • Blue Ocean Strategy
10 11 12

Bagaimana Saya Boleh Mendapat Bantuan Sokongan Psikososial Di Klinik Kesihatan?

1. Anda hanya perlu mendapatkan rujukan daripada Pegawai Perubatan untuk berurusan dengan Pegawai Kerja Sosial Perubatan di klinik anda mendapat rawatan.

2. Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan melakukan penilaian biopsikososial untuk:

  • Mengenal pasti masalah yang anda hadapi
  • Menentukan kesesuaian dan keperluan bantuan kepada anda
  • Membuat lawatan ke tempat tinggal anda sekiranya perlu
  • Bertindak membantu mengikut keperluan anda

3. Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dilengkapkan oleh pesakit untuk permohonan bantuan praktik yang diperlukan oleh pesakit:

  • Laporan pengesahan penyakit, rawatan dan syor keperluan bantuan oleh Pegawai Perubatan.
  • Sebut harga bagi pembelian peralatan perubatan /ubat yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan.
  • Salinan Kad Pengenalan sendiri dan ahli keluarga yang tinggal serumah.
  • Salinan slip gaji pesakit dan ahli keluarga terkini (sekiranya bekerja).
  • Salinan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terkini (sekiranya ada).
  • Salinan bil-bil kos perbelanjaan bulanan seperti telefon, elektrik, air dan lain-lain yang berkaitan.
  • Dokumen sokongan lain jika diperlukan akan dimaklumkan.

Kumpulan Sasaran Penerima Bantuan Psikososial di Klinik Kesihatan

Jenis Kes dan Kumpulan Sasaran  
  • Kes Kurang Keupayaan (Cacat)
  • Masalah tingkah laku HIV Positif/Aids/ Ketagihan (dadah/alkohol dll)
  • Kes psikiatri
  • Kecederaan saraf tunjang/strok
  • Kes-kes pesakit terdampar
  • Kes keganasan rumah tangga
  • Komuniti-aktiviti pencegahan dan promosi
  • Pesakit Kronik (kanser, jantung, TB, buah pinggang, Diabetes Mellitus, tekanan darah tinggi, dll)
  • Kes ibu tanpa nikah
13 14
Orang Kurang Upaya Kes Keganasan Rumah Tangga
15 16
Hamil Tanpa Nikah Kes Penderaan Kanak-Kanak

Senarai Sumber-Sumber Komuniti Utama Yang Mempunyai Jaringan Kerjasama dengan Unit Kerja Sosial Perubatan di Klinik Kesihatan Dalam Membantu Pesakit Mengikut Tempat Tinggal Pesakit. Antaranya adalah:

Agensi Kerajaan Yang Terlibat Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Terlibat
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Tabung Bantuan Perubatan, KKM
  • Jabatan Pelajaran/ Pendidikan
  • Jabatan Agama Islam
  • Polis Di Raja Malaysia
  • Jabatan Imigresen
  • Biro Bantuan Guaman
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Kedutaan Asing
  • Baitulmal Negeri
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
  • Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia
  • Majlis Kanser Nasional
  • Majlis AIDS Malaysia
  • Yayasan Kebajikan Negara
  • Majlis Pemeliharaan Kanak-kanak Malaysia (MACAS)
  • Pertubuhan-Pertubuhan Agama
  • Panel Penasihat Klinik
  • Sukarelawan Klinik

 

Semakan Akhir : 19 April 2016
Penulis : Pn. Mumtaz Jehan Binti Abdul Rashid
Akreditor : Suraiyah Binti Husain

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,379

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia