A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kerja Sosial Perubatan
  6. /
  7. Bantuan Kepada Mangsa Keganasan...

Bantuan Kepada Mangsa Keganasan Rumahtangga

Pengenalan

Keganasan rumahtangga adalah sejenis serangan yang dikenakan oleh seseorang ke atas orang lain seperti isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota keluarga lain.

Keganasan ini merangkumi kesengsaraan dan penderitaan secara fizikal, seksual, kewangan, emosi atau psikologi.

Punca-Punca Keganasan Rumahtangga

Berikut adalah faktor-faktor yang boleh menyebabkan keganasan rumah tangga berlaku:

  1. Personaliti suami atau isteri
  2. Latar belakang keluarga
  3. Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi
  4. Masalah kewangan
  5. Terlalu cemburu terhadap pasangan
  6. Masalah mental
  7. Latar belakang masyarakat dan budaya
  8. Pasangan tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumahtangga
  9. Wujudnya orang ketiga dalam rumahtangga

Akta Keganasan Rumahtangga 1994

Mangsa keganasan rumahtangga adalah dilindungi oleh Akta ini. Menurut Akta ini, mangsa keganasan rumahtangga boleh memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:                             

1. Perintah Perlindungan Interim (IPO)

Perintah yang diberikan kepada mangsa sementara menunggu siasaran polis.

2. Perintah Perlindungan (PO)

Perintah yang diberikan sekiranya mangsa masih memerlukan perlindungan. Ia dikeluarkan apabila tindakan guaman diambil di bawah kanun keseksaan di mana tertuduh dituduh melakukan kesalahan. Perintah ini berkuatkuasa untuk jangka masa 12 bulan

3. Perintah sampingan yang meliputi:

  1. memberi mangsa hak penghunian eksklusif di kediaman bersama dan mengarahkan pendera meninggalkan rumah tersebut walaupun rumah itu milik pendera ataupun rumah sewa yang dibayar pendera
  2. memberi mangsa kemudahan memasuki kediaman untuk mengambil barang kepunyaannya dengan ditemani pihak polis atau Pegawai Kebajikan Masyarakat
  3. menghalang pendera daripada menghubungi mangsa secara bertulis dan menelefon mangsa
  4. mengarahkan pendera menyerahkan kenderaaan yang selama ini digunakan oleh mangsa
  5. pampasan yang setimpal dengan kecederaan atau sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami mangsa

Bantuan Kepada Mangsa Keganasan Rumahtangga

Mangsa keganasan rumahtangga tidak harus berdiam diri demi keselamatan diri dan ahli keluarga. Oleh itu, mereka yang didera adalah dinasihatkan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital yang berdekatan. Mereka akan diperiksa dan dirawat oleh Pegawai Perubatan di One Stop Crisis Centre (OSCC) dan kemudian akan dirujuk kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan.

Peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan dalam membantu mangsa keganasan rumahtangga adalah:

  1. Menjalankan intervensi krisis untuk mengurangkan trauma/tekanan emosi
  2. Memulihkan mangsa dan keluarga ke tahap kefungsian pra-krisis yang optimal
  3. Membimbing mangsa mengenalpasti masalah dan membantu mereka agar berdaya tindak (coping skills) pada masa hadapan.
  4. Memaklumkan berkaitan akta-akta dan menjelaskan hak-hak mangsa serta tindakan yang boleh diambil
  5. Menyelamat dan memberi perlindungan kepada mangsa bagi mencegah keganasan daripada terus berlaku
  6. Membantu mangsa mendapatkan tempat yang selamat atau rumah perlindungan sekiranya perlu
  7. Merujuk mangsa kepada agensi-agensi yang dapat membantu

Sumber-Sumber Bantuan

Berikut adalah senarai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mangsa:

Agensi Kerajaan

  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  2. Jabatan Polis
  3. Hospital
  4. Pejabat Agama
  5. Jabatan Bantuan Guaman

Badan Bukan Kerajaan

  1. Women’s Aid Organization (WAO)
  2. All Women Action Society (AWAM)
  3. Women Crisis Centre (WCC)
  4. BEFRIENDERS

Rujukan

  1. Manohari Subramaniam (2003) Salina Abdullah (pnyt) Buku Panduan Keganasan Rumatangga. Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna-pengguna Malaysia.Petaling Jaya.
  2. Akta Keganasan Rumahtangga 1994
  3. Penerangan Tentang Akta Keganasan Rumahtangga 1994.Biro Bantuan Guaman
  4. http://www.malaysianbar.org.my/domesticviolence.html
Semakan Akhir : 30 Mei 2017
Penulis : Cik Nor Faridah Bte Zaidi
Akreditor : YM Ku Abdul Halip Bin Hj Ku Yaakob

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,220,497

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia