A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Penjagaan Kendiri
  6. /
  7. Bagaimana Berhenti Merokok Boleh...

Bagaimana Berhenti Merokok Boleh Meningkatkan Kesihatan Pergigian Anda

Hasil kajian  menunjukan bahawa merokok mengurangkan  sistem pertahanan badan dan mendedahkan struktur pergigian  kepada jangkitan. Malah, perokok  dikatakan dua kali ganda lebih  cenderung untuk mendapat penyakit gusi daripada bukan perokok.

Pengenalan

Bagi yang merokok, berhenti merokok boleh meningkatkan kesihatan pergigian anda.

 
Gigi berkarat akibat nikotin
 
Gigi tidak berkarat
Gambar rajah :  Perbezaan antara  gigi berkarat dan tidak berkarat

Bagaimana Merokok Boleh Menjejaskan Kesihatan Pergigian Anda

Hasil kajian  menunjukkan bahawa merokok mengurangkan  sistem pertahanan badan dan mendedahkan struktur pergigian  kepada jangkitan. Malah, perokok  dikatakan dua kali ganda lebih cenderung untuk mendapat penyakit gusi daripada bukan perokok.  Oleh itu, jika anda mengambil berat  tentang kesihatan anda , senarai di bawah mungkin boleh membantu anda mencari makna untuk berhenti merokok.

  1. Risiko kehilangan gigi bagi perokok adalah dua kali  ganda dibandingkan dengan  mereka  yang tidak merokok. Merokok menggalakan plak dan karang gigi  untuk membentuk dan dengan ini  lebih sukar mengawal kerosakan gigi.
  2. Merokok mendedahkan risiko jangkitan akar gigi kerana perokok sering mengalami penyakit  gusi yang lebih teruk . Apabila akar gigi terdedah,  gigi akan menjadi sensitif apabila anda terdedah dengan makanan atau minuman  yang panas dan sejuk.
  3. Merokok mengurangkan daya ketahanan  badan untuk melawan jangkitan  termasuk di dalam mulut dan gusi.
  4. Merokok menyebabkan nafas berbau, suatu keadaan yang boleh memalukan di dalam pergaulan.
  5. Merokok melambatkan keupayaan badan untuk pemulihan  daripada kecederaan atau pembedahan (termasuk  selepas mencabut gigi dan pembedahan pergigian).  Jadi  anda mungkin mengalami masalah lambat sembuh selepas  menjalani  pembedahan  pergigian.
  6. Merokok mengurangkan keberkesanan rawatan penyakit gusi. Jika berulang ulang dan  tidak terkawal, akhirnya gigi akan menjadi longgar dan terpaksa dicabut
  7. Merokok menyebabkan gigi berkarat (Tahukah anda bahawa kebanyakan orang menganggap  bahawa gigi putih dan  senyuman yang sihat sebagai petunjuk awet muda dan kecantikan?)
  8. Merokok boleh menyebabkan keradangan pada kelenjar air liur di dalam mulut disebabkan oleh haba yang dikeluarkan semasa merokok.
  9. Merokok (penggunaan tembakau) meningkatkan risiko kanser mulut. (Menurut Pertubuhan  Kanser Amerika, kira-kira 90% daripada  pesakit  yang mengalami  kanser mulut, bibir, lidah dan tekak terdiri dari mereka yang merokok. Perokok adalah enam kali ganda lebih cenderung untuk mendapat kanser mulut berbanding  mereka yang tidak merokok .
  10. Merokok adalah risiko utama untuk mendapat  penyakit gusi. Lazimnya, lebih banyak merokok, lebih teruk kesannya terhadap gusi anda.  Penyakit  gusi  sukar dirawat selagi anda terus merokok kerana ia  boleh berulang, maka tiada kesudahan dalam masa panjang.

Bolehkah Berhenti Merokok Meningkatkan Kesihatan Pergigian Anda?

Berhenti  merokok  boleh meningkatkan kesihatan pergigian anda dengan ketara  dengan  cara-cara berikut :

  1. Mengurangkan risiko terhadap penyakit pergigian

     

    Tidak kira berapa lama anda telah menggunakan produk tembakau, berhenti  merokok sekarang boleh mengurangkan risiko penyakit gusi, kehilangan gigi dan masalah-masalah kesihatan pergigian  lain Dengan mengurangan batang rokok yang dihisap seharian, anda akan dapat berunsur unsur menikmati suatu manfaat tambahan . Apabila anda sudah  berjaya berhenti merokok , risiko kesihatan akan berkurangan perlahan  lahan sehingga suatu hari  akan mencapai hampir sama seperti orang yang  tidak pernah merokok.

  2. Gusi  menjadi yang lebih sihat

     

    Berhenti merokok boleh meraih faedah dalam bentuk gusi yang lebih sihat.   Apabila berhenti merokok,  gusi  boleh dihindari dari menjadi longgar dalam masa jangka panjang.   Perubahan pemulihan gusi akan menjadi lebih ketara selepas satu tahun berhenti merokok,  jika dibanding dengan mereka yang masih mengamal tabiat merokok.

  3. Penambahbaik deria bau dan rasa

     

    Berhenti merokok bukan mudah,  tetapi sekiranya yakin,  anda boleh mencapai kejayaan. Sebaik sahaja selepas anda berhenti merokok,  anda akan mendapati bahawa deria bau  dan rasa akan makin pulih.  Apabila deria bau dan rasa sudah pulih, anda akan boleh menikmati makanan dengan lebih  baik. Kepuasan yang dinikmati adalah berbaloi kerana anda akan merasa lebih sihat dan bangga kerana boleh mengawal kesihatan diri sendiri.

  4. Mencegah mulut berbau untuk meningkatkan keyakinan apabila berinteraksi dengan orang lain

     

    Jika anda diganggu oleh nafas berbau akibat merokok. Berhenti  merokok akan membantu anda mengurangkan masalah ini. Dengan pengurangan mulut berbau, anda akan  meningkatkan keyakinan anda apabila bersosial dengan orang di sekeliling anda.

  5. Menambahbaik peredaran darah ke tisu mulut

     

    Berhenti merokok akan meningkatkan aliran kapilari dan arteriolar darah. Ini membuat penampilan anda menjadi lebih berseri dan kelihatan segar.  Sekiranya anda sedang berfikir tentang mendapatkan rawatan pergigian seperti ortodontik, pembedahan  pergigian ,  implan atau pembedahan gusi  untuk meningkatkan penampilan anda, anda mungkin lebih bersedia selepas peredaran darah pulih baik.

  6.  Meningkatkan estetika gigi anda

     

    Selagi anda merokok, rawatan untuk pembersihan gigi agak sukar dilakukan dengan jayanya kekotoran akan berulang – ulang kemudian. Selagi anda masih merokok, rawatan hasil hanya sementara. Jadi, jika anda berhasrat untuk kejayaan jangka panjang, anda perlu berhenti.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekarang?

Berhenti  merokok adalah satu langkah yang benar-benar positif untuk anda. Jika anda boleh bersabar untuk  menerima cabaran dan akhirnya berjaya, anda akan mencapai kepuasan dan lebih  yakin bahawa anda boleh mengawal kesihatan anda dengan lebih baik dari sudah.

Jadi, jika anda sedang merokok sekarang, adalah lebih baik untuk anda berjumpa  doktor anda untuk bertanya tentang berhenti  merokok hari ini.  Mulalah langkah hidup baru ke arah hidup lebih sihat  tanpa rokok!

Berhenti  merokok untuk kesihatan mulut yang lebih baik. Sekiranya anda  tidak pernah merokok, jangan mula.

Bagaimanakah Anda Boleh Mendapat Bantuan  Berhenti Merokok?

  1. Talian pertanyaan berhenti merokok : Tel 03-888334400
  2. Sila kenal pasti  klinik kesihatan berhampiran dengan kawasan  anda (perkhidmatan awam atau swasta). Jika anda tidak mampu untuk membayar kos rawatan  hadirlah ke klinik  kesihatan kerajaan. Kebiasaannya klinik berhenti merokok dilaksanakan petang  hari selasa atau khamis.
  3. Dapatkan maklumat lanjut mengenai berhenti merokok melalui www.myhealth.gov.my
  4. Sekiranya anda masih dibangku sekolah, dapatkan maklumat daripada kaunselor sekolah anda.

Rujukan

  1. Smoking and Oral Health. Web MD. October 26,2012. Retrieved from: http://www.webmd.com/oral-health/guide/smoking-oral-health
  2. Smoking Nearly Doubles Root Canal Requirements. MedPage. October 29, 2012. Retrieved from: http://www.medpagetoday.com/PrimaryCare/DentalHealth/2736
  3. U.S. Department of Health and Human Services. The health consequences of smoking: a report of the Surgeon General. Atlanta, GA: U.S. Department of Health and Human Services, Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion, Office on Smoking and Health, 2004.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Lydia Mason ak Lionel
Akreditor / Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

Artikel Berkaitan

Senyuman Menarik

Senyuman merupakan perkara pertama yang dilihat seseorang individu. Ia menggambarkan kesihatan dan kebahagiaan empunya diri.

Ubat Gigi Berfluorida untuk Kanak-Kanak

Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,493,184

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia