A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Penulis
  4. /
  5. Asrul Fahmi bin Abdul...

Asrul Fahmi bin Abdul Mutalib

Asrul Fahmi

 

Asrul Fahmi bin Abdul Mutalib merupakan Pegawai Sains Forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Forensik). Beliau juga telah melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Sains (Analytical Chemistry & Instrumental Analysis). 

Kerja-kerja beliau melibatkan pengurusan spesimen histopatologi forensik, membantu Pakar Perubatan Forensik dalam lawatan dan penyiasatan di tempat kejadian jenayah, pemprosesan kes-kes antropologi yang memerlukan pembersihan tulang, membantu bedah siasat medikolegal dari aspek teknikal seperti dokumentasi dan pengendalian spesimen dan sebagainya.

Pengalaman kerja:

  1. Membantu lebih daripada 50 kes bedah siasat medikolegal dalam aspek teknikal seperti dokumentasi dan pengurusan spesimen.
  2. Terlibat dalam lebih 20 lawatan dan penyiasatan ke pelbagai tempat kejadian di negeri Johor seperti kes pembunuhan, bunuh diri, kebakaran badan manusia dan kemalangan industri, kenderaan bermotor dan tempat kerja.
  3. Mengendalikan lebih daripada 20 kes antropologi yang diterima di jabatan yang memerlukan proses pembersihan dan pemeriksaan bedah siasat.
  4. Menguruskan dan memproses lebih daripada 100 kes histopatologi forensik setiap tahun yang diterima daripada hospital-hospital daerah di negeri Johor.

 

Semakan Akhir : 27 Februari 2017

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,070,018

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia