Home > Dewasa > Kesihatan Reproduktif > Ketidaksuburan > Apakah ujian-ujian kesuburan?

Apakah ujian-ujian kesuburan?

Ujian kesuburan untuk wanita

Ujian pangkal rahim (pap smear) – bagi mereka yang belum melakukannya.

Ujian hormone darah

Ujian darah untuk mengesan ovulasi (keluar telur). Ini dilakukan dengan mengukur tahap progesteron dalam sampel darah. Ia diambil tujuh hari sebelum haid yang berikutnya. Ujian darah dilakukan semasa haid (diambil di antara hari-hari haid 2-4) untuk memeriksa ketidakseimbangan hormon FSH (folikel merangsang hormone) dan LH (hormon luteinising).

Imbasan Ultrabunyi (Ultrasound)

Imbasan ultrasound untuk melihat rahim dan ovari. Saiz perkembangan folikel dengan menggunakan imbasan ultrasound bagi mengikuti perkembangan saiz folikel.

Hysterosalpingogram

Hysterosalpingogram – x-ray untuk memeriksa tiub fallopion. Ujian ini melibatkan suntikan cecair kontras melalui pangkal rahim. Pada masa yang sama x-ray diambil pada bahagian bawah perut. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada pengaliran kontras melalui saluran fallopian. Pengaliran cecair kontras bermaksud tiub fallopian tidak tersumbat.

Laparoscopi & Hysteroscopi

Laparoscopi – satu pembedahan kecil menggunakan teropong (laparoscope) melalui abdomen dan kemudian pewarna disuntik melalui serviks untuk memeriksa tiub tersumbat.

Hysteroscopi – teleskop teropong untuk melihat dalam rahim bagi memeriksa keadaan seperti fibroid atau polip.

Analisa air mani – ujian kesuburan bagi lelaki

Ujian sperma untuk memeriksa rupabentuk, bilangan sperma dan kualitinya. Suami mestilah menahan diri dari mengeluarkan air mani untuk sekurang-kurangnya 1 hari, tetapi tidak melebihi 7 hari.

Ujian darah untuk saringan risiko jangkitan, maka klinik akan menguji pesakit untuk:Pemeriksaan pesakit

  • HIV 1 dan 2: Anti-HIV – 1, 2
  • Hepatitis B: HBsAg / Anti-HBC
  • VDRL

Rujukan

  1. Manual makmal WHO -pemeriksaan dan pemprosesan air mani manusia – edisi kelima
  2. http://www.hfea.gov.uk/fertility-basics.html
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis/Penterjemah : Dr. Hj. Mohamed Hatta b. Mohamed Tarmizi
Akreditor : Dr. Haris Njoo Suharjono
Penyemak : Dr. Rafaie bin Amin