A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah Itu Pergigian Keperluan Khas?

Apakah Itu Pergigian Keperluan Khas?

Pergigian Keperluan Khas adalah perkhidmatan pergigian yang masih baru di Malaysia. Ia mula diberikan kepada masyarakat umum oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011. Perkhidmatan ini melibatkan pengendalian kesihatan mulut bagi golongan yang mempunyai kelainan upaya di peringkat sederhana sehinggalah yang teruk. Laporan-laporan yang diperolehi di peringkat global menunjukkan golongan kelainan upaya mempunyai tahap kesihatan mulut yang teruk dan tidak terjaga disebabkan oleh pelbagai faktor. Tahap kesihatan mulut mereka dipengaruhi oleh banyak faktor samada faktor tunggal atau kombinasi beberapa faktor penyebab. Antara contoh faktor-faktor tersebut ialah ketidakupayaan untuk melakukan penjagaan mulut, kesan langsung dan tidak langsung (terhadap keadaan mulut) penyakit kronik dan ubat-ubatan yang diambil untuk merawat penyakit tersebut.

Penjagaan orang kelainan upaya merupakan satu cabaran kepada penjaga dan juga doktor gigi yang merawat mereka. Oleh itu, golongan yang rentan ini memerlukan penjagaan kesihatan mulut yang khusus di rumah mahupun di peringkat professional.

Biasanya, rawatan pergigian bagi golongan kelainan upaya ini boleh diberikan oleh mana-mana doktor gigi. Walaubagaimanapun, sebahagian daripada mereka mungkin mendapat lebih manfaat sekiranya mendapat rawatan di fasiliti pakar pergigian. Perkhidmatan Pergigian Keperluan Khas disediakan oleh pakar pergigian yang telah dilatih dengan baik dari segi pengendalian kelakuan pesakit yang mencabar, pesakit yang mempunyai masalah perubatan yang kompleks dan pesakit yang mempunyai masalah pemahaman dan pertumbuhan. Sikap empati adalah elemen utama yang ditonjolkan dalam perkhidmatan pergigian keperluan khas supaya pesakit berasa selesa dan kurang berasa takut semasa rawatan pergigian dijalankan.

Siapakah Yang Boleh Mendapatkan Rawatan di Unit Pergigian Keperluan Khas?

Remaja atau orang dewasa yang berumur 16 tahun dan ke atas dengan:

Perkhidmatan yang disediakan di Unit Pergigian Keperluan Khas:

Rawatan Pergigian Komprehensif termasuk;

1. Konsultansi, pemeriksaan pergigian dan radiografi pergigian
2. Perkhidmatan penskaleran/pembersihan dan higin mulut
3. Rawatan restorasi (tampalan, korona mudah)
4. Rawatan kanal akar
5. Cabutan gigi
6. Pembuatan gigi palsu
7. Rawatan dan nasihat pencegahan

Sedasi dan Bius Umum di Unit Pergigian Keperluan Khas

Teknik-teknik di bawah boleh membantu pesakit mengurangkan rasa bimbang dan membantu pesakit merasa lebih selesa semasa menjalankan rawatan pergigian:

  1. Sedasi nitrous oxide (gas ketawa)Dalam prosedur ini, gas nitrous oxide digunakan untuk pesakit bernafas yang akan membantu menghilangkan rasa bimbang dan takut tetapi masih lagi sedar sepenuhnya semasa rawatan pergigian dijalankan.

  2. Sedasi OralUbat anti-kebimbangan yang diberikan kepada pesakit dan akan menyumbang kepada rasa tenang dan selesa.
  3. Bius UmumProsedur ini mesti dilakukan di Dewan Bedah di mana pesakit akan dikendalikan oleh pakar bius yang akan menyebabkan pesakit tidak sedar sepenuhnya.

Bagaimana untuk mendapatkan Perkhidmatan Pergigian Keperluan Khas ini?

  1. Dapatkan surat rujukan daripada doktor perubatan, doktor gigi atau professional kesihatan di kawasan anda.*
  2. Dapatkan temujanji pertama dengan menghubungi kakitangan di Unit Pergigian Keperluan Khas. Ini biasanya diuruskan oleh kakitangan yang merujuk. Sekiranya tidak, nombor yang tertera di bahagian akhir artikel ini boleh dihubungi.
  3. Satu salinan kad OKU atau dokumen kerajaan tertentu (contoh: Surat sokongan dan pencen) mesti dibawa semasa temujanji pertama untuk pengecualian bayaran.
  4. Semasa temujanji pertama, pesakit dinasihatkan unutk ditemani oleh penjaga yang mengetahui secara mendalam mengenai sejarah perubatan pesakit dan juga ubat-ubat yang diambil.
  5. Semasa temujanji pertama, konsultansi dan mencari punca masalah akan dilakukan. Oleh itu tiada sebarang rawatan akan dilakukan pada masa ini.

* Pesakit akan dikenakan bayaran pendaftaran penuh sekiranya surat rujukan diperolehi daripada doktor perubatan atau doktor gigi swasta.

Perkhidmatan Pergigian Keperluan Khas terdapat di Pusat-pusat seperti dibawah:

  1. Unit Pergigian Keperluan Khas, Klinik Pakar Pergigian, Hospital Kajang, Jalan Semenyih 43000 Kajang, Selangor.
    Tel no.: 03 8913 3333
  2. Unit Pergigian Keperluan Khas, Jabatan Bedah Mulut, Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur.
    Tel no.: 03 2615 5723
  3. Unit Pergigian Keperluan Khas, Jabatan Bedah Mulut, Hospital Seberang Jaya, Jalan Tun Hussein Onn, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
    Tel no.: 04 3827 333

 

Semakan Akhir : 15 Januari 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah
Akreditor : Dr. Norjehan bt. Yahaya

 

 

Artikel Berkaitan

Gusi Bernanah

Apakah yang dimaksudkan sebagai gusi bernanah? Gusi bernanah juga dikenali

Rawatan Untuk Gigi Berbentuk “Peg”

Gigi Insisor lateral berbentuk Peg didefinasikan sebagai gigi Insisor lateral maksilari yang bersaiz kecil dan menumpu yang mungkin berkait rapat dengan keabnormalan pada kegigian yang lain.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,053,115

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia