A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Keselamatan & Kualiti Makanan
  6. /
  7. Apakah Bahan Pencemar Kimia...

Apakah Bahan Pencemar Kimia 3-MCPD ?

Apakah itu 3-MCPD?

3-MCPD atau 3-monochloropropane-1, 2-diol tergolong dalam kumpulan bahan pencemar (kontaminan) kimia yang lebih dikenali sebagai chloropropanols.


Bagaimanakah 3-MCPD terhasil?

3-MCPD adalah satu bahan sampingan (by product) yang terhasil semasa proses hidrolisis  dalam penghasilan Protein Sayur Hidrolisis (Hydrolysed Vegetable protein-HVP). Dalam proses penyediaan HVP, 3-MCPD terhasil dari tindak balas asid hidroklorik pekat dengan gliserol (lemak sayuran) yang terdapat dalam protein makanan. Ia bukan digunakan sebagai bahan tambahan kepada makanan tetapi adalah merupakan “carry over effect” apabila HVP digunakan sebagai satu ramuan dalam makanan tersebut.


Apakah kesan 3-MCPD terhadap kesihatan?

Kajian menunjukkan 3-MCPD adalah bahan yang menyebabkan barah pada tikus apabila terdedah kepada dos yang tinggi dalam  tempoh masa yang panjang.  Walau bagaimanapun, kesan 3-MCPD terhadap manusia masih dalam kajian.


Siapakah yang paling berisiko terdedah kepada 3-MCPD?

Pengguna yang berisiko tinggi terdedah kepada 3-MCPD adalah pengguna yang paling kerap mengambil makanan yang mengandungi 3-MCPD.


Apakah jenis makanan yang mengandungi 3-MCPD?

Makanan yang biasanya mengandungi 3-MCPD adalah makanan yang menggunakan HVP sebagai bahan perisa dalam pelbagai jenis makanan. Ini termasuk :

  • Sos berperisa, sos tiram, sos ikan, sos teriyaki, sos BBQ.
  • Stok sup.
  • Bahan penambah perisa.
  • Campuran ‘gravy‘.
  • Snek berperisa.
  • Sos HVP.
  • Sos sebatian.


Adakah 3-MCPD hadir dalam kicap?

Penghasilan kicap menggunakan kaedah tradisional yang ditambah dengan HVP adalah bebas daripada 3-MCPD.


Apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan orang ramai :

  • Amalkan gaya hidup yang sihat.
  • Amalkan makan makanan yang seimbang dan diet yang sihat termasuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi 3-MCPD secara berlebihan.


Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah ini?

  • KKM sentiasa membuat pengawasan ke atas makanan yang mengandungi 3-MCPD bagi memastikannya berada di bawah paras yang dibenarkan dan selamat.
  • Hasil penilaian risiko (Risk Assesment) yang dijalankan oleh KKM ke atas makanan yang mengandungi 3-MCPD, mendapati bahawa penduduk Malaysia tidak terdedah kepada risiko 3-MCPD dan ianya bukanlah suatu yang membimbangkan.


Berapakah paras 3-MCPD yang dibenarkan dalam makanan?

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Kadar maksimum 3-MCPD yang dibenarkan dalam makanan tertentu adalah dinyatakan di dalam Peraturan 38A dan Jadual Keempat Belas A seperti berikut :

Makanan Kadar maksimum yang dibenarkan dalam makanan (mg/kg)
Semua makanan yang mengandungi protein sayur hidrolisis asid (makanan cecair) 0.02
Semua makanan yang mengandungi protein sayur hidrolisis asid (makanan pepejal) 0.05
Protein sayur hidrolisis asid 1.0

 

 

Semakan akhir : 3 April 2014
Penulis : Pn. Norrani binti Eksan
Penyemak : Pn. Norrani binti Eksan

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,233

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia