Home > Dewasa > Ujian Makmal Biokimia > Amphetamine Type Stimulant (ATS)

Amphetamine Type Stimulant (ATS)

Apa itu Aphetamine Types Stimulant?

Amphetamine Type Stimulant (ATS) adalah sejenis dadah sintetik yang dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia. ATS merujuk kepada sekumpulan dadah termasuk amphetamine, methamphetamine, 3,4-methylenedioxyamphetamine (MDA) dan 3,4-Methylenedioxy methamphetamine (MDMA). ATS boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti serbuk pelbagai warna, kapsul pelbagai warna dan kristal atau ais. ATS bertindak keatas system saraf otak dengan meningkatkan penghantaran maklumat yang disampaikan oleh otak kepada organ badan. ATS mempunyai potensi membuatkan seseorang bertenaga, berkeyakinan dengan perasaan yang bersifat positif seperti cinta, kasih saying dan kegembiraan. Dadah kumpulan ini biasa digunakan oleh mereka yang ingin menari dan berpesta semalaman. Penyalahgnaan dadah ATS adalah fenomena global. Dalam beberapa tahun kebelakang ini telah terdapat peningkatan penghasilan dan penggunaan ATS sedunia. ATS haram dihasilkan di makmal-makmal rahsia. Dos tidak diuji dan ianya mungkin mengandungi bahan berbahaya seperti serbuk talkum atau quinine. ATS disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengharamkan pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaannya.

Nama Jalanan

  • Amphetamine: Speed, whiz, uppers, goey, louee
  • Methylamphetamine (pepejal): Meth, speed, uppers, Chalk, Yaba, rabbit, pep pills
  • Methylamphetamine (cecair): Leopard’s blood, ox blood, red speed or liquid red
  • Methylamphetamine (kristal): Syabu, ina, Hot Ice, glass, crystal, Batu.
  • MDMA: Exstasy, XTC, X, Adam, lover’s speed, Hug.
  • MDA: Mandy, MDA, Sass, Pink, Yop, Adam

Cara penggunaan

  • Suntikan apabila dalam bentuk cecair
  • Menghidu apabila dalam bentuk serbuk
  • Merokok apabila dalam bentuk kristal,
  • Melalui mulut apabila dalam bentuk pil

Kesan penggunaan Amphetamine Types Stimulant

Penggunaan ATS mengakibatkan aktiviti meningkat, kurang selera makan, tekanan darah meningkat, kadar pernafasan meningkat, sakit kepala, kurang rasa mengantuk, mulut menjadi kering, berpeluh, kurang daya imbangan badan dan penglihatan kabur

Kesan jangka panjang

Kesan jangka panjang penggunaan ATS adalag sukar untuk tidur, tertekan, tekanan darah meninggkat, denyutan jantug tidak teratur, tidak boleh tidur seperti insomnia, kerosakan buah pinggan dan hati, kerosakan otak, khayalan, haya hidup tidak teratur, perubahan tingkah laku dan menjadi kurus.

Kesan Lebihan Dos

Pengambilan dadah ATS secara berlebihan boleh mengakibatkan kejangan otot,serangan jantung, koma dan kematian.

Berapa lama Amphetamines Type Stimulant mengambil masa untuk keluar dari badan

ATS berada dalam sistem badan sehingga dua hingga empat hari. Sekurangnya-kurangya ia akan berada dalam badan selama dua hingga empat jam dan maksimum selama empat hari. Jangkamasa ini bergantung kepada beberapa faktor seperti:

·         Jumlah dadah yang di guna

·         Kekerapan penggunaan

·         Tahap tolerens

·         Kadar metabolisma

·         Berat badan

·         Umur

·         Tahap kesihatan

 Metabolisma Amphetamine Type Stimulant

Proses metabolisme ATS berlaku dalam organ hati manusia. Kadar metabolism bergantung kepada banyak faktpr seperti berat badan, umur, tahap kesihatan serta pemakanan dan minuman. Hasil dari proses metabolisme Methamphetamine akan membentuk amphetamine. Kedua-dua boleh berada dalam specimen air kencing. Hasil dari proses metabolisme 3,4-Methylenedioxymethamphetamine ( MDMA) akan membentuk 3,4-methylenedioxyamphetamine (MDA). Kedua-dua boleh berada dalam specimen air kencing. Perkumuhan Amphetamine Type Stimulant melalaui urin berlaku anatara 48 to 72 jam selepas pengambilan.

Pengesanan Penyalahgunaan ATS

Penyalahgunaan ATS boleh dikesan melalui ujian dadah. Terdapat dua kategori ujian dadah iaitu saringan dan pengesahan.

Ujian Saringan

Ujian saringan adalah ujian permulaan dan merupakan ujian kualitatif yang digunakan untuk mengenalpasti kelas dadah yang terkandung dalam urin. Teknik yang digunakan adalah immunoassay berdasarkan prinsip competitive binding. Kit ujian saringan dadah boleh didapati dalam bentuk ujian di lokasi atau analisis di makmal. Ujian pantas biasa digunakan sebagai ujian di lokasi dan diguna di klinik, ditempatkerja atau oleh pihak berkuasa semasa melakukan operasi mengesan penyalahgunaan dadah. Ujian saringan bergantung pada paras cut off. Cut-off adalah kepekatan yang digunakan untuk membezakan ujian positif dan negatif. Spesimen yang mengandungi kepekatan dadah sama atau lebih dari nilai cut-off akan dianggap sebagai positif manakala spesimen dengan kepekatan dadah kurang dari nilai cut-off akan dianggap negatif. Cut-off ujian saringan bagi ATS dalam urin adalah 1000 ng/ml. Ujian saringan tidak spesifik dan oleh itu bagi kes yang melibatkan perundangan, spesimen positif ujian saringan hendaklah disahkan dengan ujian pengesahan yang dilakukan oleh makmal.

 Alat perubatan immunoassay yang digunakan dalam ujian saringan cannabis di hospital KKMAlat perubatan immunoassay yang digunakan dalam ujian saringan cannabis di hospital KKM

Ujian Pengesahan  

Ujian pengesahan digunakan untuk mengesahkan keputusan positif ujian saringan. Ujian pengesahan boleh mengesan dadah dalam urin secara spesifik. Ujian pengesahan biasa dilakukan dengan menggunakan teknik kromatografi. Teknik kromatografi yang biasa digunakan untuk mengesahkan morfin adalah Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS) dan Liquid Tandem Mass Spectrometry (LC/MS/MS).

Gas Chromatography Mass SpectrometryGas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS)

 Liquid Chromatography Tandem Mass SpectrometryLiquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry (LC/MS/MS)

Rujukan:

  1. http://www.adk.gov.my
  2. Garis Panduan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing.Pekeliling KPK Bil. 6/2002
  3. Goldberger B.A. Opiates: Abused Drugs Monograph Series, Abbott Laboratories, Diagnostic Division, Texas, 1994.
  4. Amphetamine Type Stimulants A Global Review, UNDCP
(Visited 1,134 times, 1 visits today)