A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Amphetamine Type Stimulant (ATS) Dalam Kalangan Remaja

Hisyam seorang budak lelaki berusia lapan belas tahun pergi ke hospital melawat rakannya Mahmud yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada malam sebelumnya. Hisham mendapati Mahmud perlu dimasukan ke Unit Rawatan Rapi. Dia hanya boleh melihat rakannya dari jarak jauh. Mahmud tidak sedarkan diri. Mahmud menggunakan mesin sokongan untuk membantu beliau bernafas. Hisham juga dapat melihat darah dan cecair dimasukkan ke dalam tubuh Mahmud. Dia juga melihat kepala Mahmud dibaluti dengan kain pembalut, tiada apa yang mampu dilakukan oleh Hisyam sekarang dia hanya mampu melihat dari jauh walaupun dia tahu Mahmud sedang menderita. Hisham bertanyakan keadaan Mahmud kepada doktor kemudian dia mendapati bahawa keadaan Mahmud sedang kritikal. 

Mahmud ditemui cedera parah, beliau terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang dipandu Mahmud dan sebuah lori muatan berat dan begitu tragis apabila kenderaan yang dipandu Mahmud berada di bawah lori berkenaan. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi tetapi, doktor mengesahkan bahawa terdapat kandungan dadah yang dipanggil methamphetamine di dalam badan Mahmud. Menurut doktor Mahmud mungkin memandu di bawah pengaruh sejenis dadah yang dipanggil ‘ATS’.

Hisyam terpinga-pinga. Wajah milik Mahmud yang sedang bertarung untuk hidup, terus bermain di mindanya dan dia terus berfikir tentang beberapa soalan. Apakah ‘ATS’? Bagaimakah dadah ini mampu mempengaruhi Mahmud sehinggakan Mahmud terlibat dalam kemalangan dahsyat ini? Bagaimanakah, caranya untuk saya membantu Mahmud?

Apakah ATS?

‘ATS’ adalah dadah yang biasanya dipanggil sebagai ais dalam bahasa jalanan atau slanga untuk dadah jenis Methamphetamine. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti Syabu, Kristal, Meth, Batu dll. Ia merupakan ubat terlarang dan haram. Ubat ini merupakan ubat peransang yang mampu meransang sistem saraf dan tubuh badan.

‘ATS’ boleh didapati dalam bentuk yang jernih dan kelihatan seperti “cip ais”. ATS juga boleh didapati dalam bentuk serbuk putih atau dalam bentuk kapsul. Pengguna ATS biasanya diambil dengan cara:-

  • Menyedut melalui hidung

  • Merokok

  • Suntikan

Methamphetamine boleh diproses sendiri di rumah. Banyak bahan ditambah untuk membuat dadah ini seperti ubat sejuk yang boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai, fosforus merah, ammonia kering, cecair pembersih longkang, asid bateri, alkali, minyak tanah dan agen anti pembekuan. Bukankah ini semua adalah barangan murah dan berbahaya? Tetapi masih ramai di antara kita yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk membeli ubat ini.

Mengapa Remaja Mengambil ATS?

Orang dewasa kebiasaanya mengambil ‘ATS’ untuk:-

  • Merasa senang. Kesan terhibur yang menyebabkan kegembiraan yang sangat menyenangkan dan dikatakan sebagai ‘high’ oleh pengguna.

  • Merasa gembira dan bersemangat.

    • Dadah jenis ini banyak diambil dalam pesta. Keberadaan di bawah pengaruh ‘ATS’ boleh menjadikan seseorang itu menari tanpa berasa letih sehinggalah mereka tertidur kerana keletihan dengan sendirinya.

  • Berjaga malam dan terus fokus.

    • Ini kerana ‘ATS’ boleh memberi kesan kepada peningkatan kepada tumpuan dan kewaspadaan, pelajar juga kadang-kala mengambil ‘ATS’ bagi memastikan mereka dapat berjaga malam untuk belajar.

  • Menaikkan prestasi kerja.

  • Meningkatkan keyakinan diri.

  • Melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Contohnya seperti melakukan pelbagai aksi lagak ngeri. Biasanya ‘ATS’ digunakan banyak oleh ‘mat rempit’.

  • Menyesuaikan diri.

    • Kebanyakkan remaja mengambil ‘ATS’ kerana tekanan dengan ajakkan rakan.

  • Mengurangkan berat badan.

  • Kesan sampingan menggunakan ‘ATS’ seperti mengurangkan berat badan.

Bolehkah kita ketagih dengan ATS?

Ramai pengguna dadah percaya bahawa mereka tidak akan ketagih kepada ‘ATS’ dan ia lebih selamat berbanding dengan dadah yang lain. Malangnya, ia tidak begitu. ‘ATS’ sama seperti dadah haram yang lain, di mana pengambil ‘ATS’ akan terasa beberapa kesan sampingan.

Antara berikut merupakan kesan sampingan yang akan dihadapi oleh pengguna ‘ATS’.

  • Khayal dan Ketagihan

  • Pengguna ‘ATS’ biasanya akan berkhayal. Mereka memerlukan jumlah dadah yang banyak untuk mendapatkan tahap khayalan yang mereka mahu. Walaupun ketagihan ‘ATS’ adalah tinggi, tetapi khayalan tidak akan muncul dengan cepat.  Ini bergantung kepada berapa banyak, berapa kerap dan berapa lama seseorang itu telah mengambil ‘ATS’.

  • Penarikkan (withdrawal symptoms)

  • Jika seseorang itu menggunakan ‘ATS’ sekali-sekala kesannya terhadap pengguna hanyalah untuk beberapa hari sahaja, tetapi berlainan pula untuk pengguna ‘ATS’ tegar. Simtom penarikkan mungkin berpanjangan selama seminggu atau sebulan. Antara simtomnya termasuklah tekanan, kemurungan, keletihan, pertambahan nafsu makan, agitasi, tingkah laku agresif, mudah gelisah dan mempunyai keinginan atau cubaan membunuh diri.

  • Dos Berlebihan

  • Dos berlebihan boleh mengancam nyawa. Ia selalunya terjadi kepada pengguna yang baru atau pengguna tegar. Ia dapat dikesan dengan peningkatan kadar denyutan jantung, serangan jantung atau jantung berhenti dengan sendirinya, peningkatan tekanan darah, sawan, koma, dehidrasi dan juga boleh mengakibatkan kematian.

  • Infeksi (Jangkitan)

  • Anda boleh memperoleh penyakit kelamin atau jangkitan bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan C melalui hubungan seks dan perkongsian jarum.

  • Masalah Sosial

  • Hilang minat melakukan aktiviti kegemaran yang dulu

  • Menjauhkan diri dari keluarga dan rakan kerana mempunyai rakan yang baru.

  • Remaja dan orang dewasa yang mengandung akan menggugurkan kandungan atau berlakunya kes pembuangan bayi

  • Sering bertengkar dengan rakan sekeliling, samada di sekolah, di tempat kerja atau di rumah.

  • Melanggar undang-undang

  • Penagihan ‘ATS’ memerlukan kos yang tinggi. Ramai di antara penagih yang pasti akan terlibat dalam masalah ini apabila mereka mula menagih dadah.

  • Terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti ‘Merempit’.

Apakah Kesan ‘ATS’ Kepada Sistem Tubuh?

ATS atau Methamphetamine cepat merangsang reseptor (tapak penerima) dadah opiod dalam otak untuk menghasilkan jumlah peningkatan hormone dopamine. Dopamin adalah bahan yang bertanggungjawab untuk mendapatkan rasa bahagia, kesenangan, kepuasan dan lain-lain. Sebagai contoh, hormone dopamine meningkat ketika melakukan hubungan seks. Namun ATS mampu menghasilkan tahap hormone dopamine yang sangat tinggi: lebih daripada sepuluh kali ganda penghasilan hormone dopamine berbanding ubat-ubat lain.

Apakah Kesan ‘AIS’?

Dengan pengeluaran dopamin yang tinggi, anda akan berasa sangat selesa dan akan mengalami kegembiraan yang teramat selamat ini tidak pernah anda alami. Kesan ini biasanya akan berlarutan untuk tempoh masa yang agak lama, sehinga dua ke tiga minggu. Apabila kesan ‘ATS’ mula hilang, tahap dopamin mula menjadi rendah, penagih akan mula gelisah dan tertekan dan sudah pastinya akan mengulangi perkara yang sama iatu mengambil ‘ATS’ semula.

‘ATS’ juga boleh mengakibatkan kerosakkan otak. Ia mengubah sel otak dan memusnahkan pusat kesenangan sehingga selepas penggunaan kronik anda tidak akan dapat untuk mengalami keseronokan yang sama dan yang paling teruk anda juga tidak dapat merasa gembira lagi.

Akibat pengambilan ‘ATS’ boleh dikenal pasti dengan cepat selepas penggunaan jangka masa panjang. Penggunaan yang kronik juga boleh mengakibatkan fenomena seperti gila yang dipanggil “Meth Psychosis”. Gila kerana menagih ‘ATS’ adalah penyakit yang amat susah untuk diubati. Seseorang apabila mengalami “Meth Psychosis” mempunyai:-

  • Halusinasi

  • Salah anggap dengan apa yang dilihat, didengar atau difikirkan.  Pesakit akan berasa seperti ada sesuatu yang merayap di bawah kulitnya sehingga mereka akan terus-terus menggaru atau mengopek kulitnya sehingga dia rasa yang dia sudah berhasil membuang ulat itu.

  • Delusi adalah kepercayaan palsu yang tidak boleh disangkal. Contohnya dia percaya yang dia memiliki kuasa yang istimewa atau ada orang lain ingin membunuhnya.

  • Obses – Melakukan kelakuan atau kesalahan yang sama berulang kali.

  • Paranoid – Curiga yang kuat dengan orang sekelilingnya

Kesan jangka pendek

 

Kesan jangka panjang

  • Sakit kepala

  • Pening

  • Kurang tidur

  • Berjaga dan berwaspada

  • Mulut kering

  • Kegelisahan

  • Kekejangan

  • Kekeliruan

 

  • Insomnia berulang atau susah tidur

  • Tekanan

  • Paranoia

  • Berjaga dan berwaspada

  • Kerosakan otak

  • Kekejangan

  • Peningkatan denyutan dan debaran jantung

  • Peningkatan tekanan darah

  • Degupan jantung tidak normal

  • Sakit dada

 

  • Degupan jantung tidak normal

  • Degupan jantung terlalu laju / jantung berhenti berdegup

  • Kegagalan jantung

  • Serangan jantung dan kematian

  • Tekanan darah tinggi

  • Nafas kencang

 

  • Keletihan

  • Kerosakan hati akibat merokok

  • Peningkatan suhu badan (Hyperthermia)

  • Hilang selera makan

  • Ketar

  • Berpeluh-peluh

  • Pergerakan tersentak-sentak

  • Otot bergetar

  • Hilang selera makan

 

 

  • Mengigil

  • Pergerakan tersentak-sentak dan bergerak-gerak

  • Hilang koordinasi

  • Jerawat

  • Dehidrasi

  • Kurang zat makanan

  • Rendah imuniti dan mudah terjangkit

  • Masalah gigi kerana kurang penjagaan dan tidak bersih

  • Kegagalan hati dan buah pinggang

  • Kerosakan pada lapisan tengah hidung dan mengakibatkan pendengkuran

  • Kesan sikap / Psikologi

  • Penat

  • Banyak bercakap

  • Terlalu yakin dan merasa yang dirinya mempunyai kekuatan

  • Menaikkan kekuatan seks

 

  • Kesan Psikotic / orang gila

  • Mudah panik

  • Kejam

  • Agresif

  • Paranoia dan juga cubaan membunuh orang lain.

Penampilan

Sebelum                            Selepas

Apakah yang terjadi sebenarnya kepada Mahmud?

Mahmud bernasib baik kini dia selamat. Mahmud kemudian dipindahkan ke wad biasa, Hisham datang melawat Mahmud lagi. Mahmud menderita kecederaan di bahagian kepala, patah tulang rahang dan tangan kiri termasuk pelbagai lebam dan luka pada muka serta tubuhnya. Hisham mula bertanya kepada Mahmud apa sebenarnya yang terjadi. Mahmud mengaku yang dia menagih ‘ATS’ hampir setiap hari. Pada awalnya Mahmud hanya menggunakan ‘ATS’ untuk menambah tenaga supaya dia boleh tahan berjaga pada waktu malam untuk belajar kerana dia bekerja di siang hari. Kemudian dia mula hilang selera makan dan mula merasa keletihan.

Dia juga selalu rasa seperti ada orang yang sedang mengekori dan memerhatikan dirinya. Inilah yang terjadi pada dirinya pada malam kemalangan itu. Dia memandu seorang diri dengan kepercayaan dan perasaan takut seperti ada orang mengekori dan cuba untuk mencederakan dirinya. Dia mula menekan pedal minyak dengan kuat untuk melarikan diri daripada sesiapa sahaja yang dia percaya sedang mengekori dirinya. Mahmud tidak dapat mengimbas kembali apa yang terjadi pada dirinya selepas itu, sedar-sedar saja dia sudah terlantar di hospital dan menderita dengan pelbagai kesakitan. Mahmud hilang kawalan ketika itu, dia merempuh sebuah lori trailer yang sedang berhenti di tepi jalan. Hisham bersyukur dan lega kerana Mahmud selamat dan berada dalam tangan orang yang boleh membantu di Hospital. Dia pasti pekerja hospital akan memberikan perhatian dan perawatan yang baik kepada Mahmud.

Bagaimana anda dapat membantu?

  • Bantu diri anda sendiri dengan menjauhi dadah

  • Dapatkan maklumat yang cukup dan benar tentang setiap benda baru yang ingin anda cuba

  • Selalu mendapatkan nasihat ibu bapa, guru, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang anda percaya

  • Menasihati rakan-rakan yang mula berjinak-jinak dengan dadah. Bantu mereka untuk pergi ke pusat-pusat rawatan atau hospital supaya mereka boleh mendapatkan rawatan

  • Anda juga boleh menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk mendapatkan bantuan mereka yang pakar.

Rujukan

  1. Australian Drug Foundation – healthy people strong communities

  2. Medline Plus Trusted Health Information for you http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007480.htm

  3. Mission Unity Treatment services – http://missionunity.org/354/meth-help/

Last Reviewed : 4 June 2015
Content Writer : Dr. Salmah binti Nordin
Translator : Dr. Norsiah binti Hj. Ali
Accreditor : Dr. Nik Rubiah binti Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Haiwan Peliharaan

Haiwan  peliharaan adalah haiwan domestik atau haiwan yang di jinakkan untuk dijadikan teman dan perlindungan seperti anjing, kucing, arnab, burung, hamster dan sebagainya.

Kawalan Diri

Apakah kawalan diri? Kawalan diri bermaksud kebolehan mengawal impuls, menggunakan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,437

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia