A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ALAT CEGAH GERAK

Alat cegah gerak merupakan peralatan tambahan atau aksesori khas yang digunakan oleh Juru X-ray untuk membantu memposisikan pesakit supaya pesakit sentiasa berada dalam keadaan stabil sepanjang pemeriksaan dijalankan.

Apa itu alat cegah gerak?

  • Merupakan peralatan tambahan/ aksesori yang digunakan oleh Juru X-ray untuk membantu memposisi pesakit supaya pesakit berada dalam keadaan pegun dan stabil.
  • Peralatan tambahan ini diperbuat dari bahan radiolucent yang boleh ditembusi X-ray contoh span dan buntil pasir.
  • Kebiasaanya peralatan ini digunakan kepada pesakit kanak-kanak dan pesakit trauma terutamanya di Jabatan Kecemasan.

Kenapa dan bila ia diperlukan?

Ia diperlukan untuk mengelakan kekaburan imej yang terhasil akibat pergerakan pesakit.

Alat_Cegah_Gerak_1a(a) Alat_Cegah_Gerak_1b(b)
Alat_Cegah_Gerak_1c(c) Alat_Cegah_Gerak_1d(d)

Jadual 1: (a) – (c) span pelbagai bentuk, (d) posisi pesakit bersama alat cegah gerak.

Alat_Cegah_Gerak_2a(a) Alat_Cegah_Gerak_2b(b)
Alat_Cegah_Gerak_2c(c) Alat_Cegah_Gerak_2d(d)

Jadual 2: Jenis-jenis alat cegah gerak; (a), (b) buntil pasir, (c) alat cegah gerak bagi pemeriksaan dada bayi, (d) alat cegah gerak bagi pemeriksaan rangka kepala.

Rujukan

  1. Institut Pediatrik Kuala Lumpur.
  2. Institut Kanser Negara.

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Azmi Murad bin Taha
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram

Artikel Berkaitan

MENGAPA BERPUASA UNTUK PEMERIKSAAN X-RAY?

Keperluan berpuasa adalah penting bagi pesakit dewasa yang menjalani pemeriksaan x-ray pada bahagian abdomen dan pemeriksaan yang melibatkan penggunaan media kontras. Pesakit perlu berpuasa supaya organ dan struktur kelihatan jelas tanpa dilindungi najis.

TANDA AMARAN DI JABATAN PENGIMEJAN DIAGNOSTIK

Tanda amaran bertujuan untuk memberi peringatan bahawa terdapatnya penggunaan radiasi dan medan magnet yang berkuasa tinggi di kawasan tersebut dan supaya sesiapa yang berada di kawasan tersebut berwaspada dan tidak memasuki kawasan tanpa kebenaran atau arahan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,392,130

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia