{showhide title=”TRANSKIPSI”}Transkipsi
Warga emas Terutamanya Pesakit Parkinson memerlukan alat bantuan untuk meraka melakukan aktiviti harian seperti biasa dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
Antara peralatan yang dicadangkan untuk warga emas ialah :
- Berus – gunakan pemegang berus yang panjang dan lebar senang untuk dipegang digalakkan juga menggunakan berus gigi berkuasa bateri terutama bagi mereka yang mengalami masalah pergerakan tangan.
- Untuk bahan pencuci badan gunakan sabun cecair
- Peralatan madian – gunakan pemegang berus yang panjang atau span lembut untuk memberus badan.
- Gunakan berus mempunyai pemegang berus yang panjang dan lebih lebar agar senang di pegang.
- Bina tandas duduk seperti kerusi untuk kesenangan warga emas semasa membuang air . Penggunaan tandas yang berfungsi secara otomatik terutama tandas pintar yang berupaya mencuci sendiri selepas warga emas melakukan aktiviti perkumuhan.
- Untuk memakai sarung gunakan sarung mempunyai getah di bahagian pinggang.
- Gunakan alat khas untuk membutang baju atau zip.
- Gunakan kasut yang sesuai dan mudah untuk di pakai dan di buka ,semasa berjalan warga emas boleh gunakan tongkat yang sesuai ,kerusi roda atau tongkat ampu working frame.
- Gunakan pelapik pinggang yang tidak licin agar senang bagi warga emas mengawal kedudukan pinggang .
- Gunakan alat sokongan pinggang (plate guard )dapat mengawal makanan agar tidak jatuh atau tertumpah.
- Bentuk sudu dan bengkok bersudut juga boleh di gunakan untuk warga emas.
- Cara makan pula lebih baik kiranya pemegang sudu di perbuat daripada getah iainya memudahkan warga emas mengawal dan memegang sudu tersebut.
- Gunakan sudu atau garfu yang panjang dengan pemegang yang lebar.
- Jangan sesekali mengangap warga emas sebagai pesakit terlantar.
- Galakkan mereka menjalani aktiviti harian seperti bersenam melakukan aktiviti kekeluargaan dan juga aktiviti sosial.
|