A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Alahan

Soalan 1

Di manakah saya boleh mendapatkan ujian alahan untuk anak saya yang berumur 15 bulan?

Jawapan 1

Ujian alahan boleh didapati di klinik pakar kulit (dermatologi), pakar immunologi dan klinik pakar telinga, hidung dan tekak (Otorhinolaringologi)

Soalan 2

Anak saya mempunyai masalah kulit. Kulitnya bertompok merah dan selalu gatal. Dia disahkan mengalami alahan. Apakah punca alahan dan bagaimana merawatnya?

Jawapan 2

Ruam kulit merupakan salah satu daripada manifestasi alahan. Terdapat pelbagai punca alahan, sama ada daripada persekitaran, punca makanan ataupun ubatan. Kadang kala punca alahan memang susah untuk dikenalpasti. Sila rujuk kepada doktor anda untuk pemeriksaan dan keterangan lanjut.
Maklumat lanjut tentang rawatan ruam dan alahan boleh didapati di Portal MyHEALTH:

http://myhealth.moh.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/keadaan-penyakit-khusus-organ/kulit

Soalan 3

Anak saya berumur 1 tahun 3 bulan dan mengalami gejala alergi setelah makan makanan laut. Apakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan 3

Alahan (allergy) adalah disebabkan reaksi sistem imunisasi tubuh pada rangsangan. Kebiasaannya alahan akan menyebabkan seseorang mengalalami kegatalan, ruam dan bengkak. Kalau alahan  menjadi serius seperti mata bengkak atau susah pernafasan, anak perlu mendapat rawatan segera di mana mana jabatan kecemasan. Jika gatal atau ruam, puan boleh berjumpa dengan pakar kanak-kanak (pediatrik) atau pakar kulit (dermatologi) untuk pemeriksaan dan  rawatan lanjut.

Cara mengatasi ialah untuk mengelakkan makanan laut sehingga bincang dengan doktor.

Maklumat lanjut tentang alahan boleh didapati di Portal MyHEALTH :

http://myhealth.moh.gov.my/?p=145

Soalan 4

Mengapa anak saya mengalami  alahan kepada susu lembu?

Jawapan 4

Susu lembu terdiri daripada protin, gula, lemak, vitamin, bahan galian dan air.  Terdapat kanak-kanak yang mengalami tindakbalas kepada protin susu lembu yang menyebabkan alahan. Alahan susu lembu perlu dipastikan dengan ujian khas. Tidak semua cirit birit adalah sebab alahan pada susu lembu.

Sila layari Portal MyHEALTH untuk keterangan lanjut:

http://myhealth.moh.gov.my/?p=7928

Soalan 5

Adakah alahan kepada susu lembu ini kekal?

Jawapan 5

Kebanyakan bayi akan bebas dari alahan susu lembu pada usia 2 atau 3 tahun tetapi ini bergantung kepada individu. Sila rujuk kepada pakar sebelum memberi susu lembu atau makanan yang mengandungi protin susu lembu kepada anak yang telah sah mempunyai alahan kepada protin susu lembu. Makanan yang mengandungi susu lembu dan bukan susu lembu sahaja perlu dielakkan. Oleh sebab banyak makanan yang mengandungi susu lembu, perlulah alahan ini dipastikan dengan ujian tertentu oleh pakar.

Sila layari Portal MyHEALTH untuk keterangan lanjut:

http://myhealth.moh.gov.my/?p=7928

Soalan 6

Apakah tanda dan gejala bagi kanak-kanak yang mengalami alahan susu lembu?

Jawapan 6

Tanda dan gejala akan timbul dalam jangka masa 6 bulan pertama. Terdapat 2 jenis tindak balas utama iaitu:

  • Nafas berbunyi, muntah, gatal, ruam (urticaria), bengkak pelupuk/kelopak matadan bahagian lain badan (angioedema) serta tindakbalas seluruh badan (anaphylaxis) yang cepat dan menyerang secara tiba-tiba.
  • Cirit birit, najis berdarah, muntah, perut memulas dan pembesaran terbantut (poor growth)

Dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa dan mengelakkan komplikasi.

Soalan 7

Apa yang perlu dibuat sekiranya anak mengalami masalah alahan?

Jawapan 7

Sila bawa anak anda berjumpa pakar kanak-kanak untuk mendapat pemeriksaan rapi (diagnosa) dan rawatan.

Soalan 8

Perlukah saya memberikan anak saya susu berasaskan soya?

Jawapan 8

Dapatkan nasihat pakar kanak-kanak sebelum memberikan anak anda susu gantian berasaskan soya.

Soalan 9

Apakah komplikasi pada bayi/kanak-kanak yang alah kepada susu lembu?

Jawapan 9

Komplikasi yang boleh berlaku iaitu:

  • Mengalami alahan seperti asma dan eczema
  • Penyakit usus disebabkan alahan susu lembu menyebabkan anak tidak membesar.
  • Kekurangan zat makanan (malnutrisi) boleh berlaku sekiranya penukaran susu bukan berasaskan susu lembu tidak dilakukan pada peringkat bayi.
  • Kemungkinan berlaku kematian akibat serangan teruk (anaphylaxis)

Soalan 10

Anak saya alah kepada susu lembu dan sekarang dia menyusu susu soya. Adakah terdapat sebarang alternatif lain selain susu soya?

Jawapan 10

Alternatif lain ialah susu ibu atau susu khas (elemental formula) yang mahal. Kanak-kanak berusia dua tahun sudah boleh makan pelbagai jenis makanan tambahan sebagai makanan pelengkap.

Maklumat lanjut tentang alahan susu lembu boleh didapati melalui Portal MyHEALTH:

http://myhealth.moh.gov.my/?p=7928

Semakan Akhir: 15 Disember 2014

 

Artikel Berkaitan

T

Tahap Kejadian Karies Gigi Talasemia Tekanan Darah Tinggi Teknik Penyusuan

Oktober 2013

Oktober 2013 Program : Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia —————————————————————————————————

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,241,895

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia