A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Acute Appendicitis

‘Acute appendicitis’ adalah inflamasi atau kerengsaan organ apendiks itu sendiri. Inflamasi atau kerengsaan ini menyebabkan pembengkakan dan seterusnya menjejaskan pengaliran darah ke apendik

Apakah ‘acute appendicitis’

Appendik adalah sebahagian dari usus yang terletak antara usus kecil dan usus besar. Appendik adalah ‘end organ’ sebab ia tidak berhubungan dengan sistem usus yang lain. ‘Acute appendicitis’ adalah inflamasi atau kerengsaan organ apendiks itu sendiri. Inflamasi atau kerengsaan ini menyebabkan pembengkakan dan seterusnya menjejaskan pengaliran darah ke apendik. Ini akan menyebabkan sebahagian atau keseluruhan apendik tersebut mati dan terbocor. ‘Acute appendicitis’ boleh berlaku di kalangan orang dewasa mahupun kanak kanak.

acute_appendicitis_bm1

Apakah tanda-tanda ‘acute appendicitis’

Tanda-tanda ‘acute appendicitis’ yang kerap di alami adalah sakit di bahagian kanan bawah abdomen. Tanda-tanda ini akan bertambah teruk dengan cepat hingga menyebabkan kesakitan di keseluruhan bahagian bawah abdomen. Di dalam kebanyakan kes terdapat juga demam, loya serta muntah. Kadang kala cirit birit atau sakit ketika kencing boleh berlaku jika inflamasi apendik tersebut berlaku berdekatan dengan rektum atau pundi kencing.

acute_appendicitis_bm2

Adakah kita boleh mengelak daripada mendapat ‘acute appendicitis’

Inflamasi akut apendik adalah suatu proses natural di mana mana bahagian usus. Malangnya kita tidak dapat mengelak dari mendapat ‘acute appendicitis’. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa.

Apakah rawatan untuk acute appendicitis

Mana mana pesakit yang disyaki mengalami ‘acute appendicitis’ akan merasa kesakitan di bahagian bawah kanan abdomen sama ada dengan kehadiran tanda-tanda lain atau tidak haruslah mendapat pemerhatian serta dipantau oleh doktor. Pengesahan diagnosa ‘acute appendicitis’ selalunya akan disokong oleh pemeriksaan darah yang tertentu. Di dalam kebanyakan kes ‘acute appendicitis’ adalah suatu diagnosa klinikal. Ujian imbasan ultrabunyi atau CT scan boleh membantu mengesahkan diagnosa ‘acute appendicitis’ di dalam kes-kes yang agak sukar pengesahannya secara klinikal terutamanya di kalangan pesakit obes. Rawatan awal memerlukan pembedahan mengeluarkan apendik melalui pembedahan. Ini di panggil pembedahan ‘appendectomy’. Pembedahan ini dapat dilakukan secara pembedahan konvensional atau pembedahan laparoskopik (pembedahan tebuk lubang). Kadang kala pembedahan yang lebih besar atau ‘laparotomy’ dilakukan jika apendik tersebut telah pecah dan menyebabkan kontaminasi yang teruk di dalam rongga abdomen.

acute_appendicitis3   acute_appendicitis4
Insisi atau parut luka bagi pembedahan ‘appendectomy’ biasa di bahagian bawah kanan abdomen   Insisi atau parut luka bagi pembedahan ‘appendectomy’ secara laparoskopik – tiga luka kecil di bahagian abdomen (insisi ini mungkin berbeza mengikut pakar bedah)

 

acute_appendicitis5 Insisi atau parut luka laparotomy bagi apendik yang telah pecah beserta komplikasi lain

Bagaimanakah penyembuhan dari pembedahan ‘appendectomy’

Dalam kebanyakan kes penyembuhan dari pembedahan ‘appendectomy’ adalah cepat sekiranya tiada komplikasi lain terutamanya apendik yang telah pecah. Penyembuhan dari pembedahan laproskopik ‘appendectomy’ adalah lebih cepat kerana ia melibatkan luka yang sangat kecil. Pesakit akan dibenarkan makan secara normal sehari selepas pembedahan ‘appendectomy’ sekiranya tiada komplikasi lain.

Apakah komplikasi jika ‘acute appendicitis’ tidak dibedah

‘Acute appendicitis’ akan menjadi teruk dengan cepat dari inflamasi akut ke apendik yang pecah. Tiada rawatan dapat mengelakkan dari proses ini berlanjutan kecuali dengan pembedahan mengeluarkannya secepat mungkin sebelum ia memudaratkan pesakit. Apendik yang pecah akan menyebabkan demam yang tinggi, sakit di bahagian abdomen yang sangat teruk, usus tersumbat serta renjatan septik.

Rujukan

  1. http://www.enkivillage.com/where-is-your-appendix
  2. http://www.ihealthblogger.com/2013/06/appendix-pain-location-causes-diagnosis-treatment-surgery
  3. http://www.bodyandsoul.com.au/health/health+az/symptoms+of+appendicitis,23153
  4. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/presentations/100001_3

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis/Penterjemah : Dr. Mohamad Shukri b. Jahit
Akreditor : Dr. Salina bt. Ibrahim
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Bantuan Asas Hayat (BLS)

Bantuan asas hayat adalah merupakan suatu bentuk rawatan kecemasan awal melalui kaedah resusitasi kardio-pulmonari (CPR) bagi membantu mangsa apabila denyutan jantung terhenti secara tiba-tiba

Gigitan Haiwan

Gigitan haiwan merupakan kejadian yang kerap berlaku dalam kehidupan harian dan di Malaysia gigitan haiwan yang paling kerap berlaku adalah gigitan anjing.

Anafilaksis

Anafilaksis merupakan suatu reaksi alahan yang amat serius yang terjadi secara tiba-tiba dan boleh membawa maut

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,423,485

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia