A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Fakta Ubat
  6. /
  7. Penyakit Batuk Kering (Tuberculosis)...

Penyakit Batuk Kering (Tuberculosis) Dan Ubat

Pengenalan

Antituberculosis adalah kelas ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit batuk kering atau tuberculosis (TB). TB adalah disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang selalunya menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menjangkiti bahagian badan yang lain seperti usus, tulang dan otak

TB boleh merebak melalui udara, di mana bakteria itu tersebar ke udara apabila seseorang yang menghidap penyakit TB batuk, ketawa, menyanyi, atau bersin. Jika orang lain yang sihat menyedut udara ini, dia boleh mendapat jangkitan TB.

Cara TB merebakGambarajah 1: Cara TB merebak (Sumber: CDC)

Kaedah rawatan

Kaedah rawatanApa yang anda perlu lakukan jika ingin sembuh?

  • Anda harus mengambil ubat dengan serta-merta kerana jika anda melengahkan rawatan, ia boleh menyukarkan lagi rawatan TB dan bakteria boleh merebak kepada orang lain.
  • Tempoh rawatan TB paru-paru adalah enam bulan. Tempoh rawatan TB tulang atau sendi adalah enam hinggan Sembilan bulan manakala TB otak memerlukan rawatan sehingga satu tahun.
  • Setelah rawatan anda dimulakan, doctor akan memastikan ubat antituberculosis yang anda makan berkesan. Oleh itu, anda perlu berjumpa dengan doktor mengikut temujanji yang ditetapkan dan melakukan ujian seperti yang dikehendaki.

Jenis ubat-ubatan antituberculosis

  • Biasanya, andaperlu mengambilempatjenis ubatantituberculosis. Ini keranakombinasiubat antituberculosis adalah lebih berkesan untuk membunuh bakteria TB dan mencegah kemunculan kerintangan.
    Ubat antituberculosisyang biasa digunakan adalah:

Jenis ubat-ubatan antituberculosis

  • Dos ubat ditentukan mengikut berat badan anda.
  • Anda juga boleh diberikan ubat antitiberculosis Akurit-4®, yang merupakan kombinasi empat ubat dalam satu tablet. Jadi, anda hanya perlu mengambil satu jenis ubat dan bukannya empat. Ini sebenarnya mengurangkan jumlah ubat yang anda perlu ambil setiap hari.

Ubat Akurit-4®Gambarajah 2: Ubat Akurit-4®

Keperluan kepatuhan kepada ubat

  1. Adakah anda perlu mengambil ubat antituberculosis setiap hari untuk jangka masa panjang?

Ya.

Rawatan TB untuk benar-benar membunuh semua bakteria TB akan memakan masa. Walaupun anda berasa lebih baik selepas beberapa minggu menjalani rawatan, anda tidak boleh berhenti mengambil ubat. Kepatuhan kepada ubat antitiberculosis anda adalah amat penting untuk memastikan anda sihat sepenuhnya dan mencegah kemunculan kerintangan.

  1. Bagaimana anda bolehmemastikan kepatuhan kepada ubat ?

Anda akan diberikan sebuah buku rawatan TB. Ia akan digunakan untuk memantau kepatuhan kepada ubat antituberculosis.

Rawatan di bawah pemerhatian langsung atau DOT merupakan cara terbaik untuk memastikan kepatuhan kepada ubat, di mana anda perlu mengambil ubat di bawah pengawasan seorang pegawai kesihatan atau ahli keluarga.

  1. Apakah cara-cara untuk memastikan anda patuh kepada ubat jika anda bukan di bawah pengawasan DOT?

Apakah cara-cara untuk memastikan anda patuh kepada ubat jika anda bukan di bawah pengawasan DOTKesan sampingan

  • Air kencing, air liur, air mata dan peluh akan bertukar kepada warna jingga selepas anda mula mengambil ubat antituberculosis, Ini adalah disebabkan oleh ubat rifampicin. Anda tidak perlu bimbang kerana ianya tidak berbahaya. Berhati-hati kerana pakaian dan kanta lekap boleh mendapat kesan warna jingga.
  • Selain itu, kebanyakan orang tidak mengalami apa – apa kesan sampingan yang teruk sepanjang rawatan TB.
  • Walau bagaimanapun, jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, sila maklumkan kepada doktor anda dengan segera:

Kesan sampinganTerdapat interaksi ubatyang perlu diberi perhatian:

    • Rifampicin akan mengurangkan keberkesanan pil dan implan perancang kehamilan. Wanita yang mengambil ubat antituberculosis perlu mengambil langkah pencegahan kehamilan yang lain seperti menggunakan kondom.
    • Jika anda mengambil methadone dan rifampicin, anda mungkin akan merasa gian. Usah risau kerana doktor anda akan mengubah dos methadone mengikut keperluan.

Rujukan

  1. Ministry of Health Malaysia (2012). Clinical Practice Guidelines for the Management of Tuberculosis, 3rd edition.
  2. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Tuberculosis. http://www.cdc.gov/tb/

Pautan: MyHealth portal. Batuk kering. http://myhealth.moh.gov.my/index.php/my/batuk-kering-ta

Kuiz

  1. Apakah ubat antituberculosis yang biasa digunakan untuk mengubati penyakit TB?
  1. Isoniazid, rifampicin, pyrazinamide dan ethambutol
  2. Isoniazid, paracetamol dan rifampicin
  3. Rifampicin, penicillin dan pyrazinamide

Jawapan: a) Isoniazid, rifampicin, pyrazinamide dan ethambutol

 

  1. Tuberculosis boleh diubati sekiranya anda patuh kepada ubat antituberculosis.
  1. Betul
  2. Salah

Jawapan: a) Betul

 

  1. Sekiranya anda makan ubat antituberculosis dengan betul, air kencing anda akan bertukar ke warna jingga.
  1. Betul
  2. Salah

Jawapan: a) Betul

Artikel Berkaitan

Penggunaan bahan pengawet dalam sediaan kosmetik

Bahan pengawet merupakan salah satu bahan yang penting dalam suatu sediaan kosmetik, terutamanya sediaan yang mengandungi kandungan air yang tinggi. Ini adalah kerana sediaan sebegini merupakan media yang sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat.

Antipsikotik

Pengenalan Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,426,475

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia