A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Kempen Pelalian HPV (Lindungi...

Kempen Pelalian HPV (Lindungi Anak Gadis Anda)

Soalan 1
Apakah Kanser Servik ?
Jawapan 1
Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.Soalan 2
Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ?
Jawapan 2
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Soalan 3
Apakah pelalian HPV ?
Jawapan 3
Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 2 kali  mengikut jadual berikut :

Suntikan pertama – tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan ketiga    – 6 bulan dari suntikan pertama.

Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Soalan 4
Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV ?
Jawapan 4
Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.

Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

Soalan 5
Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ?
Jawapan 5
Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.

Soalan 6
Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ?
Jawapan 6
Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.

Soalan 7
Apakah Peranan Saya Sebagai IbuBapa/Penjaga ?
Jawapan 7
Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma.

Pastikan anak anda melengkapkan dua suntikan pelalian secara percuma.

2 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.

Soalan 8
Siapa Yang Akan Memberi Suntikan ?
Jawapan 8
Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

Soalan 9
Adakah Vaksin Ini Halal?
Jawapan 9
Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Soalan 10
Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ?
Jawapan 10
Pelaian ini adalah selamat.

Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan.

Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Soalan 11
Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul ?
Jawapan 11
Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.

Soalan 12
Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV ?
Jawapan 12
Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut :

  • Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama.

  • Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.

  • Hamil.

Soalan 13
Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian ?
Jawapan 13
Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.

Maklumat tambahan :

Maklumat tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui :

Semakan Akhir : 9 Mei 2016

Artikel Berkaitan

Behaviour

Introduction Behaviour problems or ‘challenging behaviours’ and adaptive skill deficits

Masalah Kulup Zakar

Kulup adalah kulit yang menutup hujung kepala zakar. Semasa lahir kulup akan melekat pada hujung zakar dan tidak boleh ditarik ke belakang atas zakar. Tetapi dalam tempoh 2 tahun berikut kulup akan berpisah perlahan-lahan dari kepala zakar dan seterusnya ia boleh ditarik dari atas bahagian kepala zakar.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,416,086

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia