A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hipertensi

Darah tinggi atau hipertensi adalah satu keadaan apabila tekanan darah anda sentiasa tinggi dari keadaan biasa.

Apakah penyakit Darah Tinggi atau Hipertensi?

Darah tinggi atau hipertensi adalah satu keadaan apabila tekanan darah anda sentiasa tinggi dari keadaan biasa.

Bagaimana saya boleh mengetahui saya mengalami darah tinggi?

Periksa tekanan darah anda dengan menggunakan alat “BP set” atau sfigmomanometer.

 

Apakah tekanan darah?

Tekanan darah sistolik adalah tekanan semasa jantung menguncup. Tekanan darah diastolik pula adalah tekanan semasa jantung relaks.

Tekanan darah ditulis dengan dua bacaan:

  • Bacaan atas menunjukkan tekanan sistolik.
  • Bacaan bawah menunjukkan tekanan diastolik.

Sekiranya tekanan darah ditulis sebagai 120/80 mmHg, ini menunjukkan tekanan sistolik anda 120 mmHg dan tekanan diastolik anda 80 mmHg. MmHg ialah bacaan millimeter Raksa/Merkuri.

Mengapa perlu mengukur tekanan darah secara berkala?

Ia adalah mustahak untuk menentukan sama ada anda mengalami darah tinggi atau tidak. Darah tinggi adalah penyakit senyap. 61% daripada rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka menghidapi darah tinggi.

Mengawal tekanan darah boleh mencegah kematian disebabkan serangan jantung, strok (angin ahmar), kerosakan ginjal (buah pinggang) dan kebutaan. Serangan jantung dan strok adalah antara penyebab utama kematian di Malaysia.

Adakah saya mengalami darah tinggi?

Tekanan darah normal ialah apabila tekanan darah sistolik di bawah 130mmHg dan tekanan diastolik kurang dari 85mmHg.

Jika tekanan darah sistolik sentiasa melebihi 140 mmHg dan/atau tekanan darah distolik sentiasa melebihi 90 mmHg, anda mungkin mengalami darah tinggi atau hipertensi.

Bilakah saya perlu memeriksa tekanan darah?

Anda digalakkan untuk memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun atau setiap kali anda pergi ke klinik kesihatan.

Dimanakah saya boleh memeriksa tekanan darah?

Anda boleh memeriksa tekanan darah di mana-mana klinik atau hospital kerajaan dan swasta.

Apakah harus saya buat sekiranya tekanan darah saya tinggi?

Sila rujuk doktor anda atau pergi ke klinik kesihatan berhampiran. Doktor akan memeriksa tekanan darah anda beberapa kali sebelum mengesahkan anda mengalami penyakit darah tinggi atau hipertensi.

Bagaimana cara untuk mengekalkan tekanan darah yang normal?

Amalkan cara hidup sihat:

Maklumat lanjut

Clinical Practice Guidelines on the Management of Hypertension, 4th Edition Malaysia, 2013.

Kumpulan sokongan

Malaysian Society of Hypertension

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Othman Warijo
    Dr. A. Khalek Abd Rahman
    Ali bin Puteh
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Kanser Payudara

Ia adalah kanser yang kerap dikesan di kalangan wanita. Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser di kalangan wanita.

Lelaki

Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak

Diabetes

Jalani ujian saringan diabetes sekiranya anda mempunyai tanda-tanda diabetes (keletihan, selalu haus, kerap kencing, susut berat badan, kabur penglihatan)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,415,184

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia