A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. 97 murid keracunan selepas...

97 murid keracunan selepas minum susu 1Malaysia

Utusan Malaysia

Jumaat, 17/06/201

97 murid keracunan selepas minum susu 1Malaysia

MELAKA 16 Jun – Seramai 97 murid di tiga sekolah rendah di negeri ini mengalami sakit perut, muntah dan cirit-birit akibat keracunan setelah meminum susu kotak yang dibekalkan melalui Program Susu Sekola (PSS) di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran negeri menghentikan serta-merta bekalan susu perisa coklat yang diproses pada suhu tinggi (UHT) jenama Dutch Lady dalam program susu 1Malaysia itu.

Pengarah Jabatan kesihatan negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim berkata, tiga sekolah yang terlibat iala Sekolah Kebangsaan (SK) Selandar dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) As-Syakirin, Selandar di Jasin serta SK Lendu di Alor Gajah.

“Di SK Lendu, seramai 43 orang murid mengalami muntah, loya dan cirit selepas tiga jam meminum susu kotak perisa coklat dalam program susu 1Malaysia pada pukul 7.30 pagi

“Dalam tempoh yang sama, 41 murid lagi di SK Selandar dan 13 pelajar SRA JAIM As-Syakirin mengalami gejala sakit yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua 97 murid di ketiga-tiga sekolah itu, bagaimanapun dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat diterima, susu tersebut berasa masam walaupun keadaan fizikal kotak masih elok.

“Hasil laporan SK Lendu telah dihantar ke Kementerian Kesihatan manakala laporan dua sekolah Jasin masih dalam proses sebelum diserah kepada kementerian,” katanya sambil PSS di semua sekolah di negeri ini telah dihentikan serta-merta.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini menangguhkan sementara bekalan susu UHT Dutch Lady dalam program susu 1Malaysia serta-merta selepas 35 murid SK Rahman Putera, Sungai Buloh keracunan makanan disyaki selepas minum susu berkenaan April lalu.

 

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,389,484

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia