A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Terapi Bahasa & Pertuturan
  6. /
  7. Mari Belajar Sebut Bunyi...

Mari Belajar Sebut Bunyi /r/

Para pengkaji dan pakar terapi pertuturan turut mengakui bunyi /r/ adalah bunyi yang paling sukar untuk diperbetulkan berbanding bunyi-bunyi lain.

Adakah anda turut menghadapi masalah yang sama? Atau mempunyai anak yang sukar menyebut bunyi /r/?

Seorang lelaki pernah datang berjumpa saya meluahkan rasa sedihnya kerana sejak kecil sehingga sudah bergelar bapa masih tidak dapat membaca ayat Al-Quran dengan sempurna.

Apabila dia menyebut bunyi /ro/, bunyinya seperti /lam/. Pelbagai usaha telah dibuat, namun belum berhasil termasuklah mengikut petua orang tua iaitu kikis lidah dengan daun kelapa kerana berkemungkinan lidahnya tebal atau pendek.

Para pengkaji dan pakar terapi pertuturan turut mengakui bunyi /r/ adalah bunyi yang paling sukar untuk diperbetulkan berbanding bunyi-bunyi lain. Malah, seorang ketua penyelidik dan penasihat saintifik kepada Speech Buddies, Dennis Ruscello, daripada Universiti Barat Virginia, mendapati seramai 91% pakar terapi pertuturan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu kes kanak-kanak yang tidak berjaya dipulihkan walau dengan kaedah terapi.

Di ruangan ini saya akan kongsikan beberapa tip untuk membantu anda atau sesiapa sahaja yang bermasalah menyebut bunyi /r/.

Apakah bunyi /r/?

Bunyi /r/ dikelaskan sebagai bunyi getaran. Ini kerana lidah di dalam rongga mulut digetarkan sehingga menghasilkan bunyi /r/. Bunyi /r/ yang tepat adalah berdasarkan kedudukan lidah  yang tepat dan udara hanya bergetar di dalam rongga mulut.

Jika sebaliknya berlaku, si penutur akan menghasilkan bunyi yang lain seperti bunyi /l/, /y/,/w/ atau /gh/. Sebagai contoh /loyi/ untuk perkataan [lori] dan /ghumah/ untuk perkataan [rumah]. Contoh lain adalah, perkataan [burung] akan disebut sebagai /buwung/ dan perkataan [rambut] disebut sebagai /lambut/.

Video berikut menunjukkan penghasilan bunyi /r/ yang tepat.
? Cara menyebut bunyi /r/

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menghasilkan bunyi /r/:

  1. Angkat lidah depan ke atas dan gerak menghala ke belakang.
  2. Kemudian tarik lidah ke bawah sedikit tanpa menyentuh lelangit.
  3. Keluarkan suara untuk menggetarkan lidah dan menghasilkan bunyi /r/.

Beberapa aktiviti lain yang turut membantu penghasilan bunyi /r/ adalah:

 

Apabila anda telah berjaya menghasilkan bunyi /r/ secara konsisten dan mudah, anda boleh gabungkan bunyi /r/ dengan huruf vokal ‘a’,’e’,’i’,’o’,dan ‘u’. Sebagai contoh, [ra, re, ri, ro dan ru]. Ulang beberapa kali sehingga mahir.

Video di bawah menunjukkan penghasilan bunyi [ra, re, ri, ro dan ru] sebagai panduan pembaca.
? Bunyi sebutan  /ra,re,ri,ro,ru/

Akhir sekali, anda boleh buat latihan menyebut perkataan pula seperti senarai di bawah:

Awal

Tengah

Akhir

Rasa
Rotan
Risau
Rumah
Rehat
Rabu
Roti
Rahsia
Rajin
Rambut
Ramai

Baru
Kereta
Kerusi
Suruh
Merah
Sorok
Beri
Zirafah
Lorek
Meriah
Siram

Air
Ular
Bakar
Sukar
Sayur
Kotor
Besar
Bazir
Zohor
Telur
Petir

SELAMAT MENCUBA!

Rujukan

  1. Katie Yeh,MA.(2013). How to Elicit (Teach) the /r/ Sound{Part One: Elicitition Techniques}.Diambil pada 28 Ogos 2015 dari http://www.playingwithwords365.com/2013/05/how-to-elicit-teach-the-r-sound/
  2. Kuster, J. (2015). R sounds. Diambil pada 30 Ogos 2015 dari http://www.mnsu.edu/comdis/kuster2/therapy/rtherapy.html
  3. Mokhtar Nordin,(2012). Fonetik dan Fonologi. Diambil pada 28 Ogos 2015 dari  http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/740617125895_136671_final.pdf
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Rasyikah bt. Mansur
Akreditor : Zaidi bin Ya’acob
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,520,684

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia