A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN X-RAY MULTIPLE MYELOMA

PEMERIKSAAN X-RAY MULTIPLE MYELOMA

Pemeriksaan x-ray multiple myeloma (tinjauan tulang) akan dilakukan untuk mendiagnosis penyakit multiple myeloma yang merupakan salah satu daripada penyakit kanser darah yang biasanya berlaku pada bahagian tulang belakang, pinggul, rusuk dan bahu.

Apa itu pemeriksaan X-ray tinjauan tulang: Multiple Myeloma?

  • X-ray tinjauan tulang merupakan pemeriksaan x-ray ke atas tulang dan juga bahagian tulang rawan yang besar. Biasanya pemeriksaan x-ray tinjauan tulang akan dilakukan untuk mendiagnosis penyakit multiple myeloma. Pemeriksaan X-ray yang dijalankan adalah seperti X-ray rangka kepala, tulang belakang, pelvis, tulang rusuk, kedua-dua tulang humerus dan femur (tulang panjang). (http://en.wikipedia.org/wiki/Skeletal_survey)
  • Multiple Myeloma adalah salah satu daripada penyakit kanser darah yang terbentuk dalam sum-sum tulang. Ia merupakan penyakit kanser darah yang kedua selepas penyakit non-Hodgkin’s lymphoma.
  • Multiple Myeloma biasanya berlaku pada bahagian seperti tulang belakang, tulang pinggul, tulang rusuk dan bahagian bahu.

– Sel-sel darah yang dihasilkan di dalam sum-sum tulang akan diganggu oleh sel-sel kanser myeloma (http://www.themmrf.org/living-with-multiple-myeloma/newly-diagnosed-patients/what-is-multiple-myeloma/).

– Sel-sel plasma kanser telah menganggu fungsi sel darah putih dalam menghasilkan antibodi kepada badan untuk melawan jangkitan dan juga penyakit (http://en.wikipedia.org/wiki/Multiple_myeloma).

– Sel-sel plasma kanser akan berkumpul di dalam sum-sum tulang dan menganggu proses pengeluaran sel darah yang normal. Ia juga akan menyebabkan masalah pada buah pinggang, lesi pada tulang (osteolytic), densiti tulang menjadi kurang dan tulang menjadi rapuh.

multiple_myeloma_1Gambar 1: Keratan rentas tulang sum-sum

Sumber: http://www.health.am/ab/more/three-drugs-top-two-in-relapsed-multiple-myeloma/

  • Keputusan bagi satu jenis pemeriksaan tidak boleh diambil kira sebagai bukti kukuh untuk mendiagnos Multiple Myeloma. Diagnosis akan dilakukan berpandukan kepada kombinasi beberapa faktor seperti simptom yang dialami oleh pesakit, pemeriksaan fizikal oleh doktor yang merawat, dan juga keputusan beberapa ujian seperti ujian darah dan juga pemeriksaan X-ray (http://www.cancer.org/cancer/multiplemyeloma/detailedguide/multiple-myeloma-diagnosis).

multiple_myeloma_2Gambar 2: X-ray menunjukkan lesi (osteolytic) pada tulang

Sumber: http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=A00086

Bagaimana untuk mendapatkan pemeriksaan ini dan di mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini atau tidak.
  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM.

Bila pemeriksaan ini diperlukan?

  • Doktor akan memohon untuk pemeriksaan X-ray tinjauan tulang: Multiple Myeloma sekiranya terdapat simptom yang berkaitan bagi pengesahan dan juga bagi melihat metastasis atau perebakan sel-sel kanser. Ini kerana Multiple Myeloma selalunya sukar untuk dikesan pada peringkat awal kerana tiada simptom yang ketara.
  • Bagi kebanyakkan pesakit, simptom-simptom hanya dapat dikesan pada peringkat akhir atau advance stage. Ujian darah biasanya dapat mengesan paras kandungan protein yang abnormal di dalam darah. Di antara simptom-simptom yang biasa ditemui ialah seperti (http://www.cancerquest.org/multiple-myeloma-symptoms-and-detection.html?):

– Rasa sakit pada tulang

– Keletihan yang kronik

– Neuropathy

– Infeksi yang berulang

– Kegagalan fungsi buah pinggang

– Kandungan kalsium yang tinggi di dalam darah (hypercalcemia)

– Kekurangan berat badan

  • Bahagian yang selalunya di X-ray untuk kes Multiple Myeloma ialah:

– Bahagian dada

– Bahagian tulang belakang

– Bahagian tulang pinggul

– Bahagian kepala

– Kedua-dua belah tangan

Walau bagaimanapun pemeriksaan pada bahagian-bahagian lain juga boleh dilakukan bergantung pada keperluan.

multiple_myeloma_3a

(a)

multiple_myeloma_3b

(b)

multiple_myeloma_3c

(c)

Gambar 3 (a) – (c): Bahagian anggota badan yang selalunya di X-ray untuk kes Multiple Myeloma

Sumber: https://www.google.com.my/search?q=multiple+myeloma

multiple_myeloma_4a

(a)

multiple_myeloma_4b

(b)

multiple_myeloma_4c

(c)

Gambar 4 (a) – (c): Sel-sel kanser menganggu proses pengeluaran sel darah sihat di dalam tulang serta menghasilkan sel darah yang tidak normal dan lesi pada tulang

Sumber: https://www.google.com.my/search?q=multiple+myeloma

Sebelum pemeriksaan

  • Juru X-ray akan menerangkan kepada pesakit tentang pemeriksaan yang akan dilakukan. Pengiring pesakit dibenarkan untuk bersama-sama pesakit semasa penerangan pemeriksaan.
  • Pesakit perlu menanggalkan objek berasaskan besi seperti klip rambut, subang, rantai leher, dan sebagainya pada bahagian yang terlibat untuk mengelakkan artifak pada imej.
  • Juru X-ray juga akan menerangkan kepada pesakit samada pemeriksaan perlu dilakukan dalam posisi baring, meniarap, duduk atau sebagainya.
  • Pesakit juga mungkin diarahkan untuk menukar pakaian kepada gaun hospital sekiranya perlu.
  • Latihan untuk arahan pernafasan juga akan dilakukan sekiranya perlu.
  • Perlindungan sinaran akan diberi.

Semasa pemeriksaan

  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak bergerak semasa pemeriksaan dilakukan.
  • Arahan pernafasan mungkin diadakan sekiranya perlu.
  • Pesakit perlu memberi kerjasama sepenuhnya kerana banyak bahagian yang terlibat dan untuk mengurangkan pemeriksaan ulangan.

Selepas pemeriksaan

  • Tiada penjagaan khusus diperlukan bagi pesakit selepas pemeriksaan.
  • Pesakit akan dibenarkan balik selepas selesai pemeriksaan.
  • Jika ada sebarang masalah, hendaklah dimaklumkan kepada Juru X-ray yang bertugas.

Laporan pemeriksaan

Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.

Rujukan

  1. http://emedicine.medscape.com/article/391742-overview
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Multiple_myeloma
  3. http://www.cancer.org/cancer/multiplemyeloma/detailedguide/multiple-myeloma-diagnosis
  4. http://www.themmrf.org/living-with-multiple-myeloma/newly-diagnosed-patients/what-is-multiple-myeloma/

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Ridani binti Mohamad
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram

Artikel Berkaitan

PEMERIKSAAN CT KARDIAK

CT Kardiak ialah pemeriksaan jantung untuk mengetahui risiko penyakit jantung menggunakan imbasan CT. Pemeriksaan CT Kardiak dijalankan bagi melihat dan mengkaji salur darah ke jantung.

MRI PELVIS

Apa Itu MRI Pelvis? Magnetic Resonance Imaging (MRI) pelvis menggunakan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,066,731

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia