A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Radiologi Umum
  8. /
  9. MENGAPA X-RAY DILAKUKAN DI...

MENGAPA X-RAY DILAKUKAN DI BAHAGIAN BERBEZA?

Bukankah pelik apabila anda mengalami sakit di bahagian lain, tetapi pegawai perubatan memohon untuk melakukan pemeriksaan X-ray di bahagian yang lain?

Pengenalan

“Saya sakit di bahagian lain, kenapa pemeriksaan x-ray dilakukan di bahagian lain?”

Anda mengalami sakit di tempat lain, tetapi doktor memohon untuk pemeriksaan X-ray dilakukan di bahagian lain, pelik bukan? Contohnya:

  • Senario A: Anda mengalami kesakitan di bahagian tangan, tetapi doktor memohon untuk pemeriksaan X-ray di bahagian leher.
  • Senario B: Anda mengalami kesakitan di bahagian kaki, tetapi doktor memohon untuk pemeriksaan X-ray di bahagian tulang belakang.
  • Senario C: Anda sakit dibahagian tangan kanan, tetapi doktor memohon untuk pemeriksaan X-ray tangan kiri atau pemeriksaan dilakukan di kedua-dua belah tangan.

Kenapa ini terjadi dan apa yang akan dilakukan?

Ini adalah kerana sesetengah bahagian badan berkait dengan bahagian badan yang lain.

  • Senario A: Kerana masalah saraf pada leher yang telah menyebabkan anda merasa sakit pada bahagian tangan. Pemeriksaan akan diteruskan sepertimana yang dipohon.
  • Senario B: Kerana masalah saraf pada tulang belakang yang telah menyebabkan anda merasa sakit pada bahagian peha hingga betis. Pemeriksaan akan diteruskan sepertimana yang dipohon.
  • Senario C: Dua kemungkinan yang terjadi iaitu perbandingan dan kemungkinan berlaku kesilapan.
  1. Perbandingan selalunya berkaitan dengan kajian umur tulang (bone age study) dan untuk penyakit radang sendi (rheumatoid arthritis).

  2. Kemungkinan kesilapan terbahagi kepada 2 iaitu;

    • Kesilapan semasa permohonan pemeriksaan daripada doktor. Contohnya, anda sakit pada bahagian tangan kanan tetapi permohonan pemeriksaan adalah di bahagian tangan kiri. Juru X-ray akan merujuk semula permohonan yang dibuat kepada doktor yang memohon pemeriksaan. Sekiranya berlaku kesilapan (amat jarang dan tidak sepatutnya berlaku) Juru X-ray akan memperbetulkannya dan melakukan pemeriksaan di bahagian yang betul (menjadi tugas dan tanggungjawab Juru X-ray untuk memastikan bahawa pemeriksaan dilakukan di bahagian yang betul).

    • Kesilapan semasa pemeriksaan X-ray dilakukan (amat jarang dan tidak sepatutnya berlaku). Pemeriksaan ulangan pada bahagian yang betul akan dilakukan (menjadi tugas dan tanggungjawab Juru X-ray untuk memastikan tiada kesilapan semasa melakukan pemeriksaan terhadap pesakit).

    Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk terus bertanyakan kepada doktor yang merawat anda sekiranya terdapat kemusykilan.

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Norasikin binti Ismail
Akreditor : Mohd Zin bin Yusof

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,206,392

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia