A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Radiologi Umum
  8. /
  9. MENGAPA PEMERIKSAAN X-RAY DIBATAL...

MENGAPA PEMERIKSAAN X-RAY DIBATAL ATAU DITANGGUHKAN?

Maksud Pemeriksaan X-ray Dibatal Atau Ditangguhkan

Ianya bermaksud seorang pesakit tidak boleh menjalani pemeriksaan X-ray pada hari tersebut kerana sebab-sebab tertentu dan perlu menjalankan pemeriksaan X-ray pada hari lain yang perlu ditetapkan semula.

Di antara Sebab Pemeriksaan X-ray Dibatal Atau Ditangguhkan?

  • Pesakit tidak mahu meneruskan pemeriksaan setelah diberi penerangan tentang pemeriksaan X-ray oleh doktor.
  • Pesakit tidak berpuasa untuk pemeriksaan yang memerlukan mereka berpuasa seperti untuk pemeriksaan yang memerlukan penggunaan media kontras (rujuk Mengapa Berpuasa Untuk Pemeriksaan X-ray). Ini termasuk pemeriksaan imbasan CT dan angiografi
  • Pesakit yang mempunyai sejarah alahan tetapi tidak mengambil ubat alahan yang disyorkan oleh doktor untuk pemeriksaan radiografi khas yang memerlukan penggunaan kontras media (rujuk Alahan).
  • Wanita hamil yang penyakitnya tidak kritikal dan pemeriksaan X-ray boleh ditangguhkan sehingga selepas melahirkan anak.
  • Terdapat juga pemeriksaan yang ditangguhkan kerana kerosakan mesin X-ray di mana pemeriksaan tidak dapat diteruskan pada hari tersebut.

– Temujanji baharu akan diberikan kepada pesakit.

– Hal ini jarang berlaku kerana jabatan sentiasa memantau mesin X-ray yang digunakan setiap hari.

Walau bagaimanapun, pesakit boleh bertanyakan kepada doktor atau Juru X-ray yang bertugas sekiranya terdapat kemusykilan apabila pemeriksaan mereka terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan.

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Norasikin binti Ismail
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

Rantaian Bukti Forensik

Rantaian bukti merujuk kepada urutan dokumentasi yang menunjukkan perlindungan, kawalan, pemindahan kedudukan, analisa dan pelupusan sesuatu bahan bukti.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,322,602

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia