A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Pemakanan Umum
  6. /
  7. Usus Sihat : Peranan...

Usus Sihat : Peranan Diet Anda

Usus yang sihat bermula dengan diet seimbang untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Kandungan bakteria dalam usus juga perlulah seimbang.

Gambar hiasan (Sumber : www.mannaplus.co.za)

Pengenalan

Apakah Yang Berlaku Di Dalam Usus ?

Ketidaktahanan terhadap makanan tertentu (food intolerance) dan amalan pemakanan yang tidak seimbang dalam kalangan individu merupakan antara faktor yang membawa kepada masalah penghadaman seperti:

  • sembelit
  • kembung
  • cirit-birit.

Usus yang sihat perlu bermula dengan diet yang seimbang untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Usus yang sihat dapat mencegah penyakit usus seperti kanser usus besar dan usus kecil, serta penyakit melibatkan sindrom gangguan iritasi pada usus (Irritable Bowel Syndrome) seperti Crohn’s Disease dan Ulcerative Colitis.

Bakteria usus terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat. Kandungan bakteria-bakteria ini perlulah seimbang untuk memastikan sistem penghadaman berjalan lancar dan menggalakkan penyerapan nutrien yang lebih berkesan.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Ketidakseimbangan Mikroflora Dalam Usus

  • Diet yang tidak sihat
  • Jangkitan
  • Penggunaan antibiotik
  • Tekanan
  • Peningkatan usia
  • Penyakit
  • Ubat-ubatan
  • Cuaca
Faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan mikroflora dalam usus. (www.hygiology.com.au)

Bakteria Baik VS Bakteria Jahat

Perbezaan Antara Bakteria Baik Dan Bakteria Jahat

1.  Bakteria Baik 2.  Bakteria Jahat
  • dipanggil probiotik
  • merupakan bakteria yang menjadikan dinding usus kuat dan sihat.
  • boleh menyebabkan usus sakit jika berada dalam usus secara berlebihan.

1.  Bakteria Baik (Probiotik)

Fungsi

  • Membantu melegakan masalah penghadaman seperti sembelit, kembung dan cirit-birit.
  • Menguatkan sistem ketahanan badan.
  • Menggalakkan penyerapan nutrien oleh usus.

Sumber

  • Terdapat 2 jenis probiotik yang utama iaitu :
    i.    Lactobacillus (hidup di usus kecil)
    ii.   Bifidobacterium (hidup di usus besar).
  • Probiotik daripada sumber makanan boleh didapati daripada susu kultur, tempe dan yogurt untuk meningkatkan bakteria baik di dalam usus.
  • Bagi mereka yang tidak menggemari susu, probiotik dalam bentuk suplemen juga boleh didapati di pasaran.

Prebiotik

  • Prebiotik adalah “makanan” untuk bakteria baik (probiotik) di mana ia meningkatkan populasi probiotik di dalam usus.

Sumber prebiotik :

1)  Bawang besar, bawang putih, daun saderi
2)  Buah pisang
3)  Asparagus
4)  Oat, barli
5)  Kacang soya

2.  Bakteria Jahat

Antara faktor peningkatan populasi bakteria jahat di dalam usus termasuklah :

  • penggunaan antibiotik yang berlebihan
  • peningkatan toksik dalam badan
  • pengambilan serat yang tidak mencukupi.

 

Peranan Serat Dalam Kesihatan Usus

Apakah Serat ?

Serat atau fiber adalah sejenis bahan yang tidak dapat dicerna oleh usus.

Serat terbahagi kepada 2 iaitu :

  1. serat larut air (soluble fibre)
  2. serta tidak larut air (insoluble fibre).

 

1.  Serat Larut Air (Soluble Fibre)

  • Serat yang mengikat air dan membentuk jeli (gel) di dalam usus.

Fungsi :

  • Melambatkan proses penghadaman, seterusnya memberi rasa kenyang lebih lama.
  • Mengawal aras tekanan darah, gula dan kolesterol dalam darah.

Sumber (oligosakarida, pektin, beta-glukan, gum galaktomanan) :

1)  Oat
2)  Kekacang
3)  Buah-buahan seperti epal dan limau
4)  Sayur-sayuran seperti timun

 

2.  Serat Tidak Larut (Insoluble Fibre)

  • Serat tidak larut air dan mempercepat pergerakan makanan di dalam usus.

Fungsi :

  • Membantu mencegah sembelit.

Sumber (selulosa, hemiselulosa, lignin) :

1)  Barli, beras perang
2)  Buah-buahan seperti kismis
3)  Sayur-sayuran berdaun hijau

 

Rujukan

  1. Jackie N. Prebiotics and Probiotics : The Dynamic Duo. Academy of Nutrition and Dietetics. 2013.
  2. Malaysian Dietary Guidelines. 2010. Ministry of Health Malaysia.
  3. Slavin JL. Position of the American Dietetic Association: health implications of dietary fiber. J Am Diet Assoc. 2008;108:1716-1731.

 

Semakan Akhir : 20 Ogos 2020
Penulis : Harizah binti Mohd Yaacob
Akreditor : Nurul Huda binti Ibrahim
Penyemak : Nik Mahani binti Nik Mahmood

Artikel Berkaitan

Penjagaan Pemakanan Pesakit Hipotiroidisme

Hipotiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid tidak aktif. Hormon tiroid yang dihasilkan terlalu sedikit dan tidak mencukupi. Risiko  penyakit hipotiroidisme adalah tinggi di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas, terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit yang sama. Rawatan gantian hormon tiroid biasanya diperlukan untuk seumur hidup.

Diet Bagi Pesakit Jaundis (Sakit Kuning)

Seseorang yang mengalami jaundis atau penyakit kuning dinasihatkan untuk mengawal pengambilan makanan berlemak dan bergoreng. Amalkan minum air sebanyak 2-3 liter sehari dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran berdaun hijau.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,095,530

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia