A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kerja Sosial Perubatan
  6. /
  7. Usahawan Sosial – Tabung...

Usahawan Sosial – Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia

Pengenalan

Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) adalah di bawah kelolaan Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia [PPPM(P)M] atau lebih dikenali sebagai Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia, sebuah persatuan berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan (No. 2452/96 W.P.). TKPM ditubuhkan pada 4 Januari 1997 dan mendapat taraf pengecualian Cukai Perbendaharaan No.: 01/35/42/51/179-6, 4650. TKPM diurus oleh Jawatankuasa Tadbir dan pengurusan PPPM(P)M dan ahli-ahlinya adalah terdiri daripada Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) di seluruh Malaysia yang kini seramai 325 orang. TKPM diaudit oleh Juruaudit Bertauliah iaitu Tetuan Al & Partners.

Objektif

Memberi bantuan segera kepada semua pesakit warganegara malaysia yang miskin dan layak tanpa mengira kaum, agama dan keturunan yang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan.

Mengapa Perlunya TKPM?

Kebanyakan pesakit miskin memerlukan bantuan peralatan perubatan dan bantuan am seperti kerusi roda, glucometer, blood pressure set, tongkat, lampin pakai buang, tambang untuk rawatan susulan, makanan/susu khas, keperluan asas, bantuan kecemasan dan lain-lain.

Signifikan Dan Faedah TKPM

  • Bantuan segera dapat diberikan kepada pesakit yang layak
  • Dapat membantu pesakit-pesakit dalam situasi krisis dan trauma kerana wang yang dijana disalurkan terus ke hospital yang mempunyai Pegawai Kerja Sosial Perubatan
  • Dapat mengurangkan tekanan emosi, anxiety, kemurungan dan beban penderitaan pesakit
  • Pesakit boleh discharge segera selepas mendapat bantuan segera (kewangan dan peralatan perubatan)
  • Mengurangkan kadar default treatment dan relapse
  • Membantu hospital mengurangkan kos membiayai pesakit yang tinggal di wad
  • Memudah cara dalam pengurusan kes dan meningkatkan sistem penyampaian bantuan kepada rakyat

Sumber Dana TKPM

  • Projek perniagaan di premis hospital-hospital kerajaan dan klinik kesihatan iaitu Hospimart Shoppe (kedai sebaneka), Hospi Corner (Kedai pastri), Hospi Gift (kedai cenderahati), Hospi Café (kafetaria) dan Kedai Kesihatan.
  • Sumbangan daripada Baitulmal/Majlis Agama Islam dan Lembaga Zakat Negeri.
  • Derma daripada syarikat korporat/swasta dan orang ramai.

Projek penjanaan dan smart partnership oleh TKPM dan kerajaan di hospital-hospital / klinik kesihatan sangat menepati dan selaras dengan dasar penjimatan kerajaan iaitu melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS), Social Entrepreneurship dan Corporate Social Responsibility (CSR).

usahawan-sosial

Semakan Akhir : 17 Oktober 2016
Penulis : En. Faishal Bin Ismail Udin
Akreditor : En. Zulhan Bin Ambi

Artikel Berkaitan

Bantuan Praktik Untuk Pesakit Arthritis

Arthritis bermaksud “radang sendi”. Ia sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.
Penyakit arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh disebabkan oleh mekanisma “autoimmune”, jangkitan, perubahan “degenerative” atau kecacatan pada baka.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,233,739

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia