A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Urutan Bayi

Urutan bayi ialah teknik yang indah yang dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Ia dilakukan supaya bayi anda sihat dan gembira.

Pengenalan

Urutan bayi ialah teknik yang indah yang dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Ia dilakukan supaya bayi anda sihat dan gembira. Urut bayi juga adalah satu sentuhan kasih sayang yang indah. Urutan bayi merangkumi pelbagai teknik urut yang merangkumi komponen seperti komunikasi, “eye contact”, dan lain-lain tingkah laku positif.

Kebaikan Urutan bayi

Di antara beberapa kebaikan urutan bayi ini adalah ;

  1. Memberikan ransangan suara, penglihatan, bau, bergerakkan di antara ibubapa dan bayi.
  2. Memberikan satu ransangan yang istimewa yang menunjukkan rasa kasih, belas kasihan dan perasan hormat.
  3. Meningkatkan kesihatan dan tumbesaran bayi.
  4. Membantu menormalkan otot.
  5. Meningkatkan peredaran darah, pernafasan, keseluruhan fungsi saluran gastrointestinal dan meningkatkan sistem imun.
  6. Membuat bayi lebih tenang,tidur dengan lebih baik dan menggalakkan kecerdasan semasa waktu bangun dari tidur.
  7. Membantu melegakan sembelilt
  8. Meningkatkan berat badan, tumbesaran badan yang cepat dan dapat bergaul mesra dengan yang lain.

Persediaan

Sebelum memulakan urutan :

  1. Pastikan suhu bilik dalam keadaan suam dan lampu yang tidak terlalu terang.
  2. Bayi itu perlulah dalam keadaan rehat, sedar dan berjaga-jaga, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
  3. Ibu bapa perlu membasuh tangan dan menanggalkan barang – barang kemas seperti jam tangan.
  4. Urutan bayi tidak boleh dilakukan dengan segera selepas makan atau ketika bayi sedang tidur.
  5. Letakkan tikar di atas lantai dengan lunjukkan kaki anda.
  6. Bayi itu perlu menanggalkan baju dan diletakkan dengan selesa supaya bayi dapat melihat wajah anda dengan jelas.
  7. Urutan yang hendak diberikan perlukan dilakukan dengan selesa dan tidak menyakitkan bayi tersebut
  8. Bercakap sambil urut boleh membantu mengeratkan hubungan anda bersama bayi. Urutan digalakkan dibuat sebelum memandikan bayi.

Rawatan Fisioterapi

Teknik-teknik Urutan

Sebelum memulakan urutan, sapukan beberapa titis minyak ataupun pelembab pada tangan anda.

1. Kaki

kaki

sumber: www.babycenter.com

Bahagian kaki sangat sesuai untuk memulakan urutan kerana kurang sensitiviti berbanding dengan anggota badan yang lain. Sapukan sedikit minyak pada salah satu bahagian paha dan turun ke bawah. Selang seli dengan satu lagi tangan seperti menyapu minyak di seluruh kakinya. Kemudian, lakukan pada kaki yang lain dan ulang urutan yang sama sebanyak 3 kali.

2. Tapak Kaki

tapakkaki

sumber: www.babycenter.com

Pegang salah satu tapak kaki, pusingkannya ke beberapa arah. Seterusnya urut tapak kaki bermula dari tumit kaki ke jari kaki. Kemudian, lakukan pada kaki yang lain dan ulang urutan yang sama.

3. The Soles

the soles

sumber: www.babycenter.com

Gunakan ibu jari untuk membuat bulatan pada tapak kaki.Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali.

4. Jari Kaki

jari kaki

sumber: www.babycenter.com

Bagi urutan tapak kaki, gunakan hujung ibu jari dan bahagian hujung jari kedua, urut sehingga penghujung jari kaki. Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali.

5. Lengan

lengan

sumber: www.babycenter.com

Pegang salah satu tangan bayi, lakukan urutan sehingga ke pergelangan tangan. Selepas itu, pusingkan pergelangan tangan ke beberapa arah. Kemudian, lakukan pada tangan yang lain dan ulang urutan yang sama sebanyak 3 kali.

6. Tangan

tangan

sumber: www.babycenter.com

Lakukan pergerakkan bulatan di atas tapak tangan bayi menggunakan ibu jari anda. Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali.

7. Jari Tangan

jari tangan

sumber: www.babycenter.com

Dengan perlahan, pegang salah satu jari lakukan urutan sehingga ke hujung jari dan lepaskan jari itu kembali ke posisi asalnya. Ulangi untuk kesemua jari tangan dan ibu jari sebanyak 3 kali.

8. Dada

dada

sumber: www.babycenter.com

Letakkan kedua dua tapak tangan anda diatas dada bayi. Kemudian lakukan urutan dengan urut keluar dari bahagian dada. Ulangi urutan ini sebanyak 3 kali.

9. Dada (Sambungan)

dada2

sumber: www.babycenter.com

Letakkan satu tapak tangan anda diatas dada. Urut perlahan atas atas dada ke bahagian paha.Ulangi urutan ini beberapa kali dengan menukarkan posisi tangan sebanyak 3 kali.

10. Bahagian Belakang

bhgn belakang

sumber: www.babycenter.com

Pusingkan bayi pada bahagian perutnya. Dengan menggunakan jari anda, lakukan urutan secara bulat pada kedua dua belah tulang belakang bermula dari leher ke paras punggung.

Kekerapan

Urutan harian bersama bayi adalah cara yang terbaik. Walau bagaimanapun, bayi biasanya akan mempunyai tahap tumpuan yang agak pendek dan oleh itu urutan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit hingga 30 minit sahaja. Ikut isyarat bayi sekiranya tidak selesa untuk berhenti.

Tips secara keseluruhan

  1. Basuh tangan anda sebelum memulakan urutan.
  2. Semua urutan mesti lembut dan tidak menggelikan.
  3. Sentuh dengan perasaan hormat dan berhenti urutan jika bayi anda tidak menikmati dirinya atau kelihatan tidak selesa.
  4. Ia juga baik untuk mengelakkan urutan jika anda sangat tension, atau jika bayi anda tidak sihat.

Rujukan

  1. About Infant and baby massage / loving touch.com / about – infant –baby-massage.
  2. Baby massage guide in pictures / raising children .net.au. Health and daily care
  3. www.baby.com/jjpi/infant – massage / Touch A parent’s guide to Infant Massage – baby
  4. www.babycentre.co.uk/a1042915
  5. www.parents.com/baby/care/n=ewborn/how – to-massage-baby – How to massage a baby Parents
  6. www.parents.com.babies, new born care, baby care – The benefits of baby massage
  7. www.wahm.cm / articles / 5 – infants – massage – technique – for – calming- your-baby – 5 Infant massage Techniques for calming your baby
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Kogilavani a/p S.Krishnan
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Perawatan Fisioterapi Bagi Terseliuh Buku Lali Kaki

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera. Kecederaan am ini biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada mendarat di atas kaki plantarflexed dan terbalik.

Obstetrik Brachial Plexus Palsy

Saraf  brachial plexus menyarafi anggota atas, lengan dan tangan. Ia terdiri daripada saraf tunjang C5, C6, C7, C8 dan T1 yang akan bergabung dan membentuk  “highway system,” atau “plexus,” of nerves.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,370,355

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia