A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ujian urin strip

Definisi

Pernahkah anda berjumpa doktor dengan simptom-simptom tertentu seperti demam, kencing tidak lawas, perit dan panas pada kemaluan semasa membuang air kencing, kerap berasa seperti ingin membuang air kecil, rasa sakit atau tidak selesa di bahagian belakang badan dan bawah abdomen seperti pundi kencing, ari-ari atau bahagian kemaluan serta menghasilkan urin yang berbau, keruh atau mempunyai darah?

Kebiasaannya doktor akan meminta untuk menjalankan ‘Ujian Urin Strip’. Ujian ini adalah ringkas dan mudah. Ia sering digunakan sebagai saringan (penunjuk) awal masalah penyakit di dalam badan kita,Terdapat 5 hingga 10 ujian di dalam satu strip urin iaitu penunjuk kehadiran protein, glukos, keton, darah, bilirubin, urobilinogen, nitrit, leukosit, pH dan spesifik graviti. Setiap satu ujian ini diterangkan secara ringkas di dalam jadual keputusan ujian.

Ujian urin Strip ini menggunakan kaedah yang sama dengan ujian kehamilan atau ujian penyalahgunaan dadah tetapi menggunakan kaedah yang berbeza.

Apakah kegunaan ujian ini?

Daripada keputusan ujian ini, doktor boleh menentukan sama ada kita mempunyai masalah jangkitan kuman pada saluran air kencing atau kita perlu membuat pemeriksaan lanjut (membuat ujian menggunakan sampel darah atau bendalir badan yang lain) untuk pengesahan penyakit yang lebih serius iaitu kencing manis (diabetes), masalah buah pinggang atau masalah lain.

Namun begitu, sekiranya kita mempunyai keputusan ujian yang normal tetapi mempunyai simptom-simptom seperti di atas, kita mungkin akan diminta untuk membuat ujian ulangan (mengumpul urin sekali lagi) kerana ada kemungkinan sampel air kencing kita terlalu sedikit atau cair.

Kaedah yang digunakan

Kaedah untuk ujian ini adalah seperti gambar di bawah :

Ujian-urin1

Keputusan ujian

Keputusan ujian adalah secara kualitatif dan semikuantitatif dengan membandingkan warna antara strip ujian yang terhasil daripada sampel air kencing pesakit dengan carta di bawah. (Kaedah langkah 3).

(Carta 1 – Carta perubahan warna yang diberi oleh syarikat pengeluar : Sumber Siemens Multistix 10 SG)

Ujian-urin2

Jenis ujian di dalam strip urin
Bacaan Normal (individu sihat)
Faktor-faktor diet (pemakanan) dan persekitaran luar yang mempengaruhi keputusan ujian
Huraian False Positive dan False Negative :
Keputusan strip menunjukkan positif (ada) atau negatif (tiada) tetapi bukan berpunca daripada masalah organ dalam badan.
Signifikan secara klinikal (kaitan keputusan perubahan warna dengan penyakit)
Darah Negative False Positive : Makan makanan mempunyai pewarna atau mengalami haid. Air kencing tercemar dengan hypochlorite seperti chlorox.


False Negative :
Mengambil vitamin C (asid askorbik).

  1. Hematuria (nephritis,trauma)
  2. Myoglobinuria
Bilirubin Negative False Positive : Makan ubat seperti chlorpromazine atau phenazopyridine.

False Negative : Mengambil vitamin C (asid askorbik). Air kencing terdedah pada cahaya matahari atau cahaya lampu.

  1. Penyakit hati seperti hepatitis
  2. Jaundis
Urobilinogen 3.2 – 16 umol/L False Positive : Air kencing tercemar dengan p-aminobenzoic acid.

False Negative : Air kencing terdedah pada cahaya matahari atau cahaya lampu.

  1. Penyakit hati seperti sirosis
  2. Hemolytic anemia
Keton Negative False Positive : Kurang ambil makanan karbohidrat seperti gandum atau nasi, alami muntah atau cirit-birit serta air kencing terdedah pada kelembapan udara terlalu lama. Mengambil ubat seperti MESNA dan captopril.
  1. Ketonuria
  2. Diabetik Ketoasidosis
  3. Puasa
Protein Negative dan Trace (<0.15g/L) False Positive : Bersenam keterlaluan, dehidrasi, mengambil makanan protein tinggi atau mengalami tekanan emosi. Air kencing tercemar dengan hypochlorite seperti chlorox atau darah.
  1. Demam
  2. Proteinuria
  3. Penyakit buah pinggang
  4. Nephrotic syndrome
Nitrit Negative False Positive : Air kencing terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam.

False Negative : Mengambil vitamin C (askorbik asid) atau kurang masa inkubasi bakteria di dalam pundi kencing.

Jangkitan kuman pada saluran air kencing
Glukos Negative False Positive : Mengambil vitamin C (asid askorbik).

False Negative : Rendah tahap kandungan gula dalam renal dan tinggi keton.

  1. Glukosuria
  2. Diabetis melitus
  3. Renal glycosuria
pH pH5 hingga pH7.5 Beralkali : Mengambil sayur atau buah citrus secara berlebihan, muntah atau menahan lapar. Air kencing terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam.
  1. Batu karang
  2. Metabolic acidosis
  3. Renal tubular acidosis
Spesifik Graviti 1.002 hingga 1.030 False Positive : Dehidrasi, cirit-birit atau mengambil antibiotik atau ubat diuretik (menyebabkan air berkumpul dalam badan). Air kencing terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam. Diabetis insipidus
Leukocyte esterase Negative False Positive : Air kencing tercemar dengan Formalin dan hypochlorite seperti chlorox. Mengambil vitamin C (asid askorbik). Mengandungi kandungan spesifik graviti yang tinggi.

False Negative : Kandungan gula lebih dari 3g/dL, oxalic acid dan antibiotik seperti cephalexin, cephalotin dan tetracycline.

  1. Jangkitan kuman pada saluran air kencing
  2. Pyuria
  3. Batu karang
  4. Acute inflammation Renal calculus

Setiap ujian atau gabungan ujian di dalam strip ini boleh menentukan masalah anda TETAPI harus diingat untuk ketepatan penentuan penyakit, beberapa ujian lanjutan juga perlu dijalankan.

Langkah-langkah pengumpulan urin

Adalah digalakkan menggunakan sampel air kencing pertama pada waktu pagi untuk ujian ini kerana sampel air kencing pada waktu tersebut adalah lebih pekat atau tepu (concentrated) serta lebih mudah untuk dikesan sebarang keabnormalan. Namun begitu, sampel air kencing rawak (air kencing yang diambil pada bila-bila masa) juga boleh digunakan.

Langkah-langkah semasa pengumpulan urin:

  1. Gunakan botol bersih yang sudah dilabel nama anda.
  2. Basuh tangan anda menggunakan sabun.
  3. Bersihkan bahagian alat sulit anda dan keringkan dengan tisu bersih sebelum mengumpul air kencing.
  4. Jangan masukkan bahagian pertama air kencing yang keluar kerana mungkin air kencing itu sudah tercemar dengan bakteria pada kulit.
  5. Mula kumpul air kecing sehingga separuh penuh botol dan pastikan air kencing anda tidak terlalu sedikit atau penuh.
  6. Jangan memasukkan air paip atau bahan lain ke dalam sampel air kencing anda.
  7. Tutup penutup botol urin dengan betul dan ketat bagi mengelakkan sampel air kencing bocor.
  8. Tutup penutup botol urin dengan betul dan ketat bagi mengelakkan sampel air kencing bocor.
  9. Hantar sampel anda segera atau kurang dari 2 jam, kerana sampel air kencing boleh berubah menjadi alkali apabila terdedah lama ( bakteria akan menukarkan urea kepada ammonia).
  10. Beritahu doktor sekiranya anda :
    1. Minum terlalu banyak air atau ada mengambil ubat diuretik bagi mengelakkan air kencing anda terlalu cair (diluted).
    2. Makan makanan yang boleh memberi kesan pada warna urin seperti buah blackberries, buah naga, ubi beets atau ubat seperti Vitamin B, phenazopyridine(Pyridium), rifampin dan phenytoin (Dilantin).
    3. Sekiranya anda dalam haid atau sudah hampir datang haid.

Sumber Rujukan

  1. Susan,K.S Marjorie S D L. Urinalysis and Body Fluids,4th Edition,2001.
  2. https://labtestonline.org
  3. www.nhs.uk/chq
  4. www.specimencare.com
  5. Package insert,Siemens Healthcare Diagnostics Pty Ltd.rev 04/09.
Semakan Akhir : 08 Jun 2016
Penulis : Harani bt. Mohd Shahidin
Akreditor : Sairi bin Satari

Artikel Berkaitan

Cannabis

Apa Itu Cannabis? Cannabis adalah sejenis pokok yang mempunyai tiga

Ujian Fungsi Tiroid

Pengenalan kepada kelenjar tiroid Kelenjar tiroid merupakan kelenjar endokrin berlobus,

Glukometer

Apa Itu Glukometer Glukometer adalah sejenis alat perubatan untuk mengukur

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,372,752

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia