A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Diagnosis Makmal
  6. /
  7. Ujian-Ujian Mikrobiologi:Teknik Yang Perlu...

Ujian-Ujian Mikrobiologi:Teknik Yang Perlu Diketahui

Pendahuluan

Mikrobiologi merupakan kajian mengenai mahluk hidup (organisma) yang mempunyai saiz terlalu kecil (mikroorganisma) untuk dapat dilihat oleh mata kasar. Ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Mikroorganisma ini meliputi protozoa, alga, fungi (kulat),bakteria, dan virus.

Mikroorganisma sangat penting sebagai agen kitar semula nutrien di dalam ekosistem kerana ia bertindak sebagai pereput. Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting kepada kitar nitrogen.Mikrob juga digunakan oleh ahli bioteknologi, baik dalam penyediaan makanan dan minuman mahupun dalam teknologi moden berasaskan kejuruteraan genetik. Walau bagaimanapun, mikrob patogen adalah berbahaya kerana ia menyerang dan berkeupayaan untuk hidup di dalam organisma yang lain lalu mengakibatkan penyakit yang membunuh berjuta-juta manusia, haiwan, dan tumbuhan.

Semenjak dulu lagi, penyakit-penyakit yang menyerang manusia yang disebabkan oleh mikroorganisma ini boleh diuji dengan pelbagai ujian. Antaranya adalah ujian mikroskopik,ujian kultur dan sensitiviti,ujian serologi dan yang lebih terkini ujian molekular.

Ujian – Ujian Mikrobiologi

Terdapat 5 teknik asas Makmal Mikrobiologi yang selalu digunakan dalam pendiagnosan penyakit yang menyerang manusia.

    1. Ujian Mikroskopi-Ujian asas untuk mengesan kehadiran bakteria.

      Contoh: Pewarnaan Gram (Gram Stain)

      Teknik ini merupakan teknik asas dalam Makmal Mikrobiologi dimana ia dapat membezakan bakteria melalui pewarnaan dinding bakteria. Bagi gram positif bakteria dindingnya nipis,maka ia akan diwarnakan dengan warna biru manakala bagi gram negatif bakteria dindingnya tebal maka ia akan diwarnakan dengan warna merah melalui pewarnaan gram.

    2. Ujian Kultur dan Identifikasi (Pengenalpastian)

      Semua spesimen yang dihantar ke Makmal Mikrobiologi seperti nanah, kahak, darah dan sebagainya akan dikultur ke atas media yang khas bagi menggalakkan pertumbuhan organisma (bakteria). Bakteria yang tumbuh ini akan diisolasi dan dilakukan ujian lanjutan bagi pengenalpastian jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan terhadap manusia.

      Contoh ujian-ujian pengenalpastian;

      1. Katalase (catalase) – bagi membezakan antara bakteria staphylococcus dan streptococcus
      2. Oksidase(Oxidase) – bagi mengenalpasti bakteria yang menghasilkan enzim cytochrome oxidase.Contohnya adalah bakteria Pseudomonas spp.
      3. Koagulase(coagulase) – bagi membezakan antara Staph.coagulase negative dan Staph.aureus.
      4. Urease – bagi membezakan spesis antara enterobacteriacea.Contohnya adalah bakteria proteus spp.

 

  1. Ujian Sensitiviti

    Ujian ini dilakukan dengan menggunakan antibiotik-antibiotik (ubat) yang tertentu mengikut jenis bakteria yang telah dikenalpasti, secara in vitro.Tujuannya adalah supaya ubat yang diuji adalah bersesuaian bagi merawat pesakit secara in vivo.

  2. Ujian Serologi

    Ujian ini adalah berasaskan prinsip pengesanan antigen dan antibodi bakteria,virus dan parasit dalam darah manusia. Ujian ini selalunya adalah lebih cepat berbanding dengan ujian pengkulturan, identifikasi dan sensitiviti yang mana akan mengambil masa lebih kurang 3 hari untuk mengesan kehadiran bakteria.Kebiasaannya kit yang digunakan bagi ujian ini telah disaluti dengan antigen atau antibodi bakteria, virus dan parasit yang hendak dikesan.

    Contoh kaedah-kaedah yang digunakan dalam ujian serologi ialah;

    1. Agglutinasi – contoh:bagi mengesan jangkitan leptosporosis, salmonella dan bakteria-bakteria jangkitan cecair saraf tunjang.
    2. EIA (Enzyme Immunoassay) – contoh:bagi mengesan jangkitan denggi,HIV dan Hepatitis B
    3. Immunochromotography (ICT) – contoh:bagi mengesan jangkitan siflis,malaria dan rotavirus
    4. Immunoflorecence – contoh:bagi mengesan jangkitan virus respiratori, chlamydia dan pneumocystis carinii.

  3. Teknik Molekular

    Teknik molekular merupakan teknik yang terkini dan digunakan secara meluas pada zaman serba moden ini dalam pendiagnosan penyakit. Ini disebabkan oleh teknik ini mempunyai daya sensitiviti(kepekaan) dan spesifisiti (ketepatan) yang tinggi .Selain daripada itu tempoh pengesanan sesuatu penyakit dapat dicepatkan. Walau bagaimanapun teknik ini adalah mahal dan hanya dijalankan di institusi-institusi yang tertentu sahaja.

    Contoh teknik yang digunakan adalah seperti berikut:

    1. Polymerase Chain Reaction (PCR)
    2. Multiplex PCR
    3. Real-Time PCR
    4. Viral genotyping

    Teknik Polymerase Chain Reaction (PCR)

    Kesimpulannya,terdapat pelbagai kaedah pengesanan jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma iaitu melalui kaedah manual hinggalah ke teknik moden.

Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis : Halimaton bt. Hamad
Akreditor : Mustafah bin Md. Nor

 

Artikel Berkaitan

Alahan Hidung

Pengenalan Alahan hidung ialah tindakbalas berlebihan pada sistem keimunan (sistem

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 721,420,752

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia