A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Uji Penglihatan Warna Anda...

Uji Penglihatan Warna Anda Sendiri

Pengenalan

 

Kecacatan penglihatan warna boleh terjadi sama ada atas faktor pewarisan genetik (hereditary) atau memperolehinya (acquired) kesan dari penyakit saraf mata, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan kecederaan pada mata. Kecacatan warna yang teruk dipanggil BUTA WARNA.

Bagaimanakah kita boleh mengetahui sama ada kita mempunyai sebarang kecacatan penglihatan warna? Dan apakah jenis kecacatan penglihatan warna yang terlibat?

Terdapat DUA jenis ujian penglihatan warna iaitu UJIAN SARINGAN PENGLIHATAN WARNA dan UJIAN PENENTUAN JENIS DAN KETERUKAN KECACATAN WARNA.

Ujian Saringan Penglihatan Warna

Ujian Ishihara (Ishihara Plates) merupakan satu ujian saringan penglihatan warna yang terkenal dan digunakan di seluruh dunia sejak tahun 1917. Ia dicipta oleh seorang Pakar Oftalmologi berbangsa Jepun, Shinobu Ishihara (1879 -1963). Ujian ini direka untuk menyaring kecacatan penglihatan warna hijau-merah yang lazim berlaku dalam masyarakat.

http://cdna.allaboutvision.com/i/conditions/colorblindness-normal-184×185.gif

Ujian Ishihara yang lengkap mengandungi sejumlah 38 Plat ujian. Terdapat juga ujian Ishihara 14 Plat dan 24 Plat yang seringkali digunakan sebagai ujian saringan pemeriksaan mata. Setiap plat Ishihara mengandungi sebuah bulatan yang di dalamnya terdapat banyak bulatan kecil pelbagai warna yang membentuk digit nombor atau corak garisan.

Rajah 1: Contoh Plat Ujian Ishihara

Keunikan ujian ini ialah individu yang mempunyai penglihatan warna normal akan dapat mengecam digit-digit nombor atau corak yang terdapat di dalam setiap plat, manakala individu yang mempunyai kecacatan penglihatan warna pula akan melaporkan nombor yang berlainan atau gagal mengecam sebarang nombor atau bentuk.

Ujian ini dilakukan dalam persekitaran pencahayaan yang baik dan pesakit memakai pembetulan refraktif optimum (cermin mata atau kanta sentuh). Ujian dilakukan untuk setiap mata secara berasingan.

Hasil dari ujian ini, dapat menentukan sama ada inidividu tersebut LULUS atau GAGAL saringan penglihatan warna.

Mari kita saring penglihatan warna sekarang! (sila klik pada pautan di bawah)

http://colorvisiontesting.com/ishihara.htm

Sekiranya keputusan ujian saringan penglihatan warna adalah GAGAL, ujian warna yang lebih terperinci perlu dilakukan untuk mengetahui JENIS dan TAHAP KETERUKAN kecacatan warna tersebut.

Ujian Penentuan Jenis Dan Tahap Keterukan Kecacatan Warna

Sekiranya anda gagal ujian saringan penglihatan warna, anda seharusnya mendapat pemeriksaan dari seorang Optometris yang bertauliah bagi menjalankan ujian penglihatan warna yang lebih terperinci bagi menentukan jenis dan tahap keterukan kecacatan penglihatan warna. Terdapat beberapa jenis ujian bagi tujuan ini antaranya Hardy-Rand-Ritler (HRR) Plates dan Farnsworth-Munsell 100 Hue test (FM 100Hue).

http://cdna.allaboutvision.com/i/farnsworth-munsell-100-hue-260×173.jpg

FM 100 Hue merupakan satu ujian penglihatan warna yang komprehensif, sekaligus mengambil masa yang lebih lama untuk dijalankan. Set ujian FM 100 Hue terdiri daripada 4 bekas / kotak, dimana setiap satu bekas / kotak mengandungi beberapa butang berwarna yang perlu disusun mengikut peningkatan kepekatan warna berdasarkan satu butang rujukan di hujung setiap bekas / kotak.

Setiap butang berwarna telah dilabelkan dengan nombor di bahagian belakang butang. Keputusan akan didapati dengan menganalisa aturan nombor yang disusun oleh pesakit dan dibandingkan dengaan aturan nombor sebenar. Semakin sedikit perbezaan yang didapati antara susunan pesakit dan aturan sebenar, semakin baik kualiti penglihatan warnanya. Sebaliknya, semakin banyak perbezaan dengan aturan sebenar, semakin teruk kualiti penglihatan warnanya.

Hasil analisis FM 100 Hue membolehkan seseorang individu mengetahui jenis kecacatan penglihatan warna yang dihadapinya, sama ada DEUTAN (keliru warna hijau-merah-kelabu), PROTAN (keliru warna merah-jingga-biru-hijau-kelabu) atau TRITAN (keliru warna biru-kuning). Tahap kecacatan sama ada ringan, sederhana atau pun teruk, juga dapat diketahui bagi memudahkan urusan rundingcara oleh Optometris. Ujian ini perlu dijalankan dalam pencahayaan yang baik bagi menjamin ketepatan ujian.

Rajah 2: Contoh Persepsi Warna Bagi Individu Normal Dan Yang Mempunyai Kecacatan Penglihatan Warna Apabila Melihat Lampu Isyarat

Rajah 3: Contoh Persepsi Warna Bagi Individu Normal Dan Yang Mempunyai Kecacatan Penglihatan Warna

Rajah 4: Persepsi Warna Oleh Individu Normal Dan Yang Mempunyai Kecacatan Penglihatan Warna

SIAPAKAH Yang Patut Menjalani Saringan Penglihatan Warna?

Penglihatan warna yang normal amat penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan memberikan kesan prestasi terbaik di tempat kerja. Antara sektor pekerjaan yang memerlukan penglihatan warna yang normal ialah dibidang perubatan, kejuruteraan, pasukan keselamatan, penerbangan, elektrik, perekaan, artis komersial, juruteknik, dan sesetengah professional di bidang pembuatan dan pemasaran. Individu yang mempunyai kesukaran membezakan warna juga akan menghadapi masalah yang lebih teruk dalam persekitaran kontras rendah, contohnya apabila memandu di waktu malam di jalan yang gelap.

APAKAH Yang Boleh Dilakukan Sekiranya Anda Mengalami Kecacatan Warna?

Sekiranya anda mempunyai kecacatan penglihatan warna, sila dapatkan khidmat kaunseling dari Optometris bertauliah bagi tujuan adaptasi dan rehabilitasi. Bagi sesetengah keadaan, penggunaan penapis (filter) berwarna dan kanta sentuh berwarna yang khas dapat membantu pesakit meningkatkan kebolehan pengecaman warna.

Pengetahuan tentang kesihatan penglihatan warna anda dapat menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

Nota

Optometris: seperti yang didefinisikan oleh World Council of Optometry – adalah seorang pengamal penjagaan kesihatan primer mata dan sistem visual yang menyediakan perkhidmatan penjagaan mata dan penglihatan yang komprehensif, termasuk refraksi dan peracikan oftalmik, pengesanan/pendiagnosan dan pengurusan penyakit-penyakit mata serta rehabilitasi bagi sesetengah keadaan anomali sistem penglihatan.

Rujukan

  1. Denniston A.K.O & Murray P.I 2010. Oxford Handbook of Ophthalmology, Oxford, University Press.
  2. Kanski J.J 2008. Clinical Ophthalmology A systematic approach. 6th Butterworth-Heinemann.
  3. Millodot, M. Dictionary of Optometry and Visual Science. Fourth Edition. Butterworth-Heinemann. Oxford. 1997.
  4. Rosenbloom, A.A. 2007. Rosenbloom & Morgans Vision and Aging. Butterworth-Heinemann Elsevier.
  5. http://www.allaboutvision.com/eye-exam/color-blind-tests.htm
  6. http://icareinfo.in/what-is-colour-blindness/
Semakan Akhir : 30 Oktober 2017
Penulis : Noor Suriani  Binti Mohamad
Akreditor : Nor Aishah Binti A. Wahab

Artikel Berkaitan

KERJAYA JURU X-RAY DIAGNOSTIK

Juru X-ray Diagnostik merupakan anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,333,188

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia