Home > Ubat & Anda > Fakta Ubat > Ubat Jerawat

Ubat Jerawat

Apa itu jerawat?

Jerawat ialah satu keadaan kulit perubahan seperti berikut:

  • Bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan)
  • Jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana)
  • Bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk)

Apakah rawatan yang ada?

Ubat jerawat disediakan dalam pelbagai berbagai bentuk seperti:

  • Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair)
  • Ubat makan (pil, kapsul)

Terdapat pelbagai jenis rawatan bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:

  • Emollients
  • Benzoil peroksida, asid salisilik
  • Hormon termasuk sesetengah pil perancang keluarga
  • Antibiotik
  • Retinoids – seperti Isotretinoin
  • Steroids

Adakah rawatan yang diberikan mempunyai kesan sampingan?

Antara kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku ialah:

  • Kulit menjadi gatal, kering, merah, mengelupas, berkuping
  • Sakit perut, cirit birit
  • Loya, pening, sakit kepala
  • Sensitif terhadap cahaya matahari
  • Gigi menjadi kuning

Retinoids menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk berbanding ubat-ubatan yang lain.

Perkara yang perlu dielakkan apabila seseorang mendapat jerawat?

  • Memicit jerawat (ini mungkin menyebabkan parut yang berkekalan)
  • Menghentikan pengambilan ubat-ubatan sebelum tamat tempoh rawatan
  • Elakkan diri daripada 
  • daripada terdedah secara langsung dengan sinaran matahari
  • Minum minuman beralkohol

 Jenis ubat untuk rawatan jerawat.

Jenis Fungsi Contoh
Emollients
  • Mencairkan sisa/daki(terutama di zon T yang berminyak)
  • Menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan liang roma
  • Menghasilkan kulit yang licin dan lembut
  • Mengawal keseimbangan minyak dan kelembapan dalam kulit
Balneum
Benzoil peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilik Membunuh bakteria, seterusnya menghalang pembiakan bakteria
  • Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (benzoyl peroxide)
  • Clearasil (Benzoic acid)
  • Palmer’s skin success acne medication (salicylic acid)

Hormonal
  • Mengawal pengeluaran sebum dalam kelenjar minyak
  • Menghalang penghasilan minyak
Diane 35
Antibiotik
  • Membunuh bakteria seterusnya menghalang pembiakan bakteria
  • Mengurangkan kemerahan dan bengkak
  • Aknemycin, Eryderm (Erythromycin
  • C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin)
Retinoids
  • Menghalang liang roma dari tersumbat
  • Memberi kesan anti-radang
  • Isotrex, Oratane (Isotretinoin)
  • Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin)
Steroids
  • Mengurangkan keradangan
 

 

Semakan akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Ainul Salhani bt. Abd Rahman
Penyemak : Hazlin bt. Othman
  : Atika Mahfuza binti Mahbub