Apakah kesan ubat-ubatan ke atas penyusuan susu ibu?
Penggunaan ubat-ubatan dalam tempoh penyusuan susu ibu kadang-kala menjadi satu keperluan kepada ibu. Penyusuan bayi sewaktu pengambilan ubat oleh ibu kadang-kala boleh memudaratkan bayi. Bagi mengurangkan risiko bayi anda terdedah pada ubat-ubatan, anda haruslah berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi mengenai ubat anda.
Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?
- Beritahu doktor bahawa anda menyusukan anak setiap kali mendapatkan rawatan.
- Berhentikan sementara pengambilan ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan.
- Tangguhkan penyusuan badan buat sementara waktu jika perlu.
- Ambil ubat segera selepas penyusuan anak dilakukan, bagi menentukan kesan ubat berada pada tahap paling rendah untuk penyusuan akan datang.
- Ambil ubat sebelum waktu tidur bayi yang panjang.
Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil?
- Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
- Sekiranya anda perlu mengambil ubat ketika penyusuan susu ibu, pastikan anak diperiksa selalu bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin berlaku.
Ubat-ubatan yang kerapkali digunakan
Ubat-ubatan
|
Komen/Ulasan
|
Penahan sakit dan Analgesik
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini apabila diambil dengan yang kerap
- Makanlah dengan berhati-hati dan berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi berhubung ubat-ubatan anda
|
- Paracetamol
- NSAIDS(Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya diklofenak, asid mefenamik, naproksen)
|
Antihistamines
|
- Penggunaannya tidak disyorkan. Boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu, dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
|
- Chlorpheniramine, loratadine
|
Antasid
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
|
|
Ubat cirit-birit
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
- Gunakan dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
- Penggunaan tidak disyorkan.
|
- Kaolin
- Loperamid
- Atropin dengan difenoksilat
|
Sediaan ubat batuk dan selsema
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
- Gunakan dengan berhati-hati.Berbincanglah dengan ahli farmasi.
- Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
|
- Dekstrometorfan
- Folkodein
- Pseudoefedrin
|
Ubat sedut untuk asma
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
|

Inhaler
|
Julap
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
- Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.
|
- Kumpulan pembentukan najis (Bulk forming)
|
Ubatan cacing
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
- Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.
|
|
Lain-lain
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
|
- Sediaan Zat Besi untuk Anaemia
|
|
- Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu.
|
- Nikotin (bagi rawatan pengurangan tabiat merokok)
|
- Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam.
- Jangan guna sewaktu tempoh penyusuan ibu
|
- Vitamin ( A, B, C, D, E, K )
|
- Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin dalam kuantiti yang banyak.
|
|
- Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi.
|
Bahan-bahan yang mendatangkan kemudaratan
Alkohol/Ethanol
|
|
- Penggunaan yang kerap adalah membahayakan. Penggunaan bermusim juga boleh mendatangkan risiko.
|
Asap rokok
|
- Nikotin dan pelbagai kimia (perokok aktif atau pasif)
|
- Jangan merokok ketika menyusukan anak.Mungkin meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS).Mungkin meningkatkan risiko jangkitan kuman pada sistem pernafasan dan telinga
|
Penyalahgunaan Dadah
|
- Kokain dan Pensaiklidin (PCP)
- Amfetamin, heroin and marijuana
|
- Memberikan kesan keracunan pada bayi anda
|
- Memberikan pelbagai kesan termasuklah tidak selesa, gangguan tidur, menggigil dan muntah-muntah. Bayi juga boleh menjadi ketagih dengan pengambilan dadah ini melalui susu badan.
|
Semakan Akhir |
: |
23 April 2014 |
Penulis |
: |
Che Pun bt. Bujang |
|
|
Dr. Nour Hanah bt. Othman |
|
|
Kamariah Shamsinar bt. Kamarul Baharin |
|
|
Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin |
|
|
Hazlin bt. Othman |
Penyemak |
: |
Atika Mahfuza bt. Mahbub |