Bagaimanakah ubat-ubatan memberi kesan kepada kehamilan anda?
Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk ke atas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penicillin) dan sebaliknya, terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida thalidomide).Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untuk hamil, anda haruslah berhati-hati menggunakan ubat-ubatan,suplemen dan produk tradisional, terutamanya yang dibeli sendiri. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil produk-produk tersebut.
Apakah ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?
Masalah | Jenis ubat-ubatan |
---|---|
Melegakan kesakitan,sakit kepala, sakit belakang atau demam |
|
Sembelit |
(Tingkatkan pengambilan serat dan air sebanyak mungkin). |
Buasir / urat timbul (pengembangan pembuluh verikosa) |
|
Batuk dan selesema |
|
Melegakan Alahan |
(Elakkan penggunaan ubat semburan dekongestan kerana penggunaan berterusan dapat merosakkan saluran dalaman hidung. |
Ketidakhadaman, kembung perut, ketidakselesaan perut |
|
Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu anda ambil?
- Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sekiranya:
- anda mengambil ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan). Perbincangan dengan doktor sebelum hamil sangat digalakkan
- mengambil sebarang ubat-ubatan lain, terutama yang dibeli sendiri.
- Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawal mungkin mengenai ubat-ubatan yang sedang anda ambil.
Semakan Akhir | : | 22 Ogos 2019 |
Penulis | : | Nyaros bt. Abdullah |
Penyemak | : | Norhayati bt. Yaacob |
: | Mohd Shahiri bin Abd Ghapar |