Home > Warga Emas > Relaksasi > Tujuan Relaksasi

Tujuan Relaksasi

Relaksasi adalah suatu keadaan di mana anda berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang. Terdapat beberapa teknik atau cara untuk relaksasi.

Tujuan

  • Melegakan stress untuk penyakit darah tinggi, penyakit jantung, susah hendak tidur, sakit kepala disebabkan tekanan dan asma.
  • Keupayaan mengawal – untuk menenangkan minda dan mengembalikan kercerdasan minda.

Relaksasi penting apabila anda mempunyai gejala seperti berikut:-

  • Berdebar-debar
  • Sakit kepala
  • Berpeluh
  • Susah untuk bernafas
  • Paras glukos darah yang tidak terkawal
  • Keadaan badan yang tidak selesa seperti ketidakcernaan,sembelit dan kegelisahan
  • Kepenatan atau susah hendak tidur
  • Ketegangan otot terutama otot ditengkuk dan otot bahu
  • Susah untuk memberi tumpuan dan mudah risau
  • Kurang sabar, mudah tersinggung dan cepat marah
  • Hilang selera makan atau makan berlebihan
  • Hilang minat terhadap seks
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Sarkuna Devi
: Normah bt. Nordin
: Thillainathan a/l Krishnan
Penyemak : Thillainathan a/l Krishnan