Home > Remaja > Kesihatan Seksual > Transvertisme

Transvertisme

Apa itu “Transvestisme”?

  • Ia adalah salah suatu parapilia, iaitu suatu perlakuan seks di luar tabii
  • Transvestisme bermakna mendapat rangsangan seksual dengan memakai pakaian jantina berlainan seks
  • Ia juga dikenali sebagai pondan atau mak nyah
  • Masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum lelaki berbanding kaum wanita

Sebagai contoh :

Seorang lelaki mendapat kepuasan seksual dengan memakai pakaian wanita. Dia menggunakan pakaian dalam isteri atau teman wanitanya (seperti coli dan seluar dalam). Dia mungkin merasa bersalah kerana mendapat kepuasan seksual melalui cara ini. Terdapat perkahwinan dan perhubungan yang gagal disebabkan oleh masalah ini.

 

Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan?

Sekiranya anda :

  • Terlibat dalam “Transvestisme”
  • Mempunyai ciri-ciri ke arah “Transvestisme”
  • Mengenali seseorang yang memerlukan bantuan

 

Siapakah yang dapat membantu ?

Langkah pertama ialah dengan meluahkan perasaan anda dan memberitahu seseorang yang anda percayai.

  • Keluarga
  • Rakan-rakan
  • Guru/ Kaunselor
  • Doktor

Beberapa organisasi yang dapat membantu ialah :

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nazrila Hairizan Nasir
Penyemak : Datin Dr. Hjh. Zil Falillah bt. Hj. Mohd. Said