A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tongkat Ali

Pengenalan

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian herba ubatan yang digunakan sejak turun- temurun lagi. Antara yang terkenal dan digunakan secara meluas di dalam produk ubat tradisional serta minuman ialah Tongkat Ali.

Di Malaysia terdapat 4 spesies herba yang dikenali sebagai Tongkat Ali iaitu:

  • Eurycoma longifolia (famili Simaroubaceae)
  • Eurycoma apiculata (famili Simaroubaceae)
  • Polyathia bullata (famili Annonaceae)
  • Goniothalamus sp. (famili Annonaceae)

Walau bagaimanapun, spesies Eurycoma longifolia merupakan spesis yang paling banyak digunakan dan artikel ini akan difokuskan kepada spesies ini.

Eurycoma Longifolia Jack

             

Di Malaysia, ia turut dikenali sebagai:

  • bedara merah
  • bedara pahit
  • bedara puteh
  • lempedu pahit
  • pasak bumi
  • payong ali
  • petala bumi
  • penawar pahit
  • tongkat ali
  • tongkat baginda
  • setunjang bumi

Kegunaan Etnobotani

Hampir keseluruhan bahagian herba ini digunakan secara tradisional untuk tujuan perawatan. Namun begitu, akar adalah bahagian yang paling kerap digunakan.

Secara tradisional, akar Tongkat Ali digunakan untuk melegakan/merawat:

  • demam
  • selepas melahirkan anak
  • luka
  • bisul (boils)
  • ulser
  • sifilis
  • gusi berdarah
  • kesakitan
  • disenteri
  • pembengkakan kelenjar (glandular swelling)
  • tonik

Kajian Ke Atas Aktiviti Farmakologi

Seiring dengan perkembangan teknologi kesihatan, pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuktikan kegunaan akar Tongkat Ali daripada segi saintifik. Ia bertujuan untuk mengumpulkan maklumat komposisi kimia, aktiviti biologi dan farmakologi, data pre-klinikal (toksikologi) dan data klinikal.

Antara kajian farmakologi yang telah dijalankan ke atas akar Tongkat Ali ialah:

  • Aktiviti Antimalaria
  • Aktiviti Antikanser
  • Aktiviti Afrodisiak
  • Aktiviti Antidiabetis
  • Aktiviti Anziolitik (Kumpulan ubat sedatif hipnotik yang digunakan untuk merawat gangguan keresahan umum, sukar tidur dan sebagai pramedikasi anestesia agar pesakit lebih tenang dan bekerjasama.)
  • Aktiviti Antiosteoporosis

Dos

Untuk orang yang sihat, cadangan pengambilan bagi ekstrak air akar Tongkat Ali dalam bentuk freeze-dried ialah 50-200 mg.

Kesimpulan

Tongkat Ali merupakan khazanah herba negara yang tidak terbanding nilainya. Ia telah digunakan secara sejak turun-temurun bagi perubatan tradisional untuk melegakan pelbagai penyakit. Penggunaannya adalah secara meluas dalam penghasilan produk ubat tradisional serta minuman komersial dalam skala yang besar.

Bagi mengetahui kaedah terbaik pengambilan ubat tradisional, sila rujuk Panduan Menggunakan Ubat Tradisional (Termasuk Suplemen Herba).

Semakan Akhir : 27 Disember 2013
Penulis : Zakiah bt. Abd Ghafar
Akreditor : Noor’ain bt. Shamsuddin

 

Artikel Berkaitan

Dukung Anak

Pengenalan Dukung Anak atau nama saintifiknya Phyllanthus adalah spesies tumbuhan

Pil pelangsing

Pil pelangsing dan produk untuk menguruskan badan boleh dijual sebagai ubat OTC (over-the-counter) atau diperolehi sebagai ubat preskripsi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,012,668

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia