Transkipsi
- Pemakanan yang sihat menentukan kesihatan pergigian yang baik. Penjagaan gigi pula membantu ke arah pembentukan muka yang sempurna dan menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh dengan teratur.
- Gigi yang sihat bukan sahaja membolehkan kanak-kanak mengunyah makanan dengan selesa tetapi juga bertutur dengan jelas serta memberi keyakinan diri yang tinggi.
- Ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh dan menggalakkan anak-anak dalam menentukan kesihatan mulut dan gigi mereka. Penjagaan gigi perlulah dilakukan dari peringkat kanak-kanak hinggalah mereka boleh memberus gigi dengan sendiri lebih kurang pada usia 6 tahun.
- Gigi pertama tumbuh lebih kurang pada usia enam bulan sehinggalah kesemua 20 batang gigi susu tumbuh pada usia dua tahun setengah. Ibu bapa mesti memberi perhatian supaya tidak membiarkan anak mereka tertidur dengan botol susu.
CARA MEMBERSIHKAN MULUT DAN GIGI
Untuk bayi – Bersihkan mulut bayi anda dengan menggunakan kain lembut yang bersih dan basah setiap kali selepas penyusuan.
- Anda hanya perlu menggunakan secalit sahaja ubat gigi berfluorida.
- Gigi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun perlu diberus oleh ibu bapa atau penjaga dengan menggunakan berus gigi bersaiz kecil dan lembut.
- Berus kesemua giginya dengan bersih dan teliti dalam bentuk pusingan kecil.. Pastikan anak anda meludah ubat gigi selepas selesai memberus.
Untuk kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas
- Gunakan sedikit ubat gigi berfluorida sebesar saiz kacang pea sahaja.
- Ibu bapa perlu menyelia dan membantu anak mereka memberus gigi sehinggalah mereka berusia sekitar enam tahun.
PERINGATAN PENTING
- Simpan ubat gigi ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Gigi harus diberus dua kali sehari, terutama selepas makan dan sebelum masuk tidur.
Galakkan anak anda berkumur selepas minum atau makan.
Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dari kecil supaya kesihatan mulut mereka terjamin. |