A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. ‘Tidak larang nasi lemak...

‘Tidak larang nasi lemak dijual di kantin’

Utusan Malaysia

Khamis, 28/04/2011

‘Tidak larang nasi lemak dijual di kantin’

KUALA LUMPUR 27April – Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan larangan penjualan nasi lemak di sekolah menerusi garis panduan penyediaan hidangan sihat seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebaliknya garis panduan yang dikeluarkan sebelum ini hanya berupa cadangan kepada pengusaha kantin agar mempelbagaikan jenis makanan yang sihat kepada pelajar.

“Garis panduan yang dikeluarkan kelmarin merupakan satu cadangan dan bukan undang-undang baru untuk memaksa pengusaha kantin mematuhinya.

“Tujuan Kementerian adalah mahu meningkatkan kesedaran para pelajar untuk mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang lebih sihat,” katanya pada siding akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, garis panduan berkenan kini sedang dibincangkan oleh jawatankuasa khas bersama Kementerian Pelajaran.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar jangan risau dengan garis panduan berkenaan kerana kerajaan tidak akan melarang pengusaha kantin sekolah dari menjual nasi lemak.

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,205,086

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia