A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Thrombosis Vena Dalam (DVT)

Pengenalan

DVT adalah masalah darah beku dalam mana-mana urat (saluran darah vena) dalam biasanya di betis. Masalah ini sering dikaitkan dengan perjalanan udara. Namun, risiko yang sama dilaporkan di kalangan individu yang melakukan perjalanan jauh dengan kereta, bas atau keretapi.

Kumpulan berisiko

Kajian menunjukkan gabungan perjalanan jarak jauh (melebihi 4 jam) dengan satu atau lebih daripada risiko-risiko berikut boleh meningkatkan kemungkinan mendapat DVT. Semakin banyak faktor risiko, lebih besar peluang anda untuk mengalami darah beku.

  • Pergerakan yang terhad untuk tempoh yang lama.
  • Mempunyai sejarah atau sejarah keluarga dengan darah beku
  • Menghidap kanser atau baru menjalani rawatan kanser
  • Baru menjalani pembedahan atau mendapat kecederaan (dalam tempoh 3 bulan)
  • Obes (BMI melebihi 30)
  • Mengambil rawatan gantian hormon atau kontraseptif mengandungi estrogen
  • Vena varikos
  • Hamil atau dalam tempoh post-partum (6 minggu selepas bersalin)
  • Mempunyai sejarah masalah jantung
  • Dehidrasi (kekurangan air)
  • Berumur (risiko meningkat selepas umur 40 tahun)
  • Merokok

Tanda dan Gejala

Dalam kebanyakan kes DVT, darah beku adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa gejala. Namun, darah beku yang besar boleh menyebabkan tanda-tanda seperti bengkak di kaki (terutamanya di bahagian betis) atau lengan, rasa sakit atau lenguh dan kaku, kulit yang kemerahan dan panas apabila disentuh.

Jika anda mempunyai mana-mana tanda dan gejala ini, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Komplikasi

Kadang-kadang darah beku yang pecah merebak ke paru-paru dan kemudiannya menjejaskan keupayaan paru-paru untuk menyerap oksigen. Keadaan ini dikenali sebagai embolisme pulmonari (pulmonary embolism) dan boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas, degupan jantung yang cepat dan tidak teratur, batuk berdarah, pening atau pengsan dan, dalam kes yang teruk, kematian secara tiba-tiba.

Jika anda mempunyai mana-mana tanda dan gejala ini, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Rawatan

Jika anda mempunyai satu atau lebih faktor risiko untuk DVT, adalah dinasihatkan supaya anda berjumpa doktor untuk mendapat nasihat atau rawatan khusus sebelum memulakan perjalanan jauh. Sebagai contoh, sesetengah orang yang mempunyai risiko boleh mendapat manfaat dengan memakai graduated compression stockings atau penggunaan ubat-ubatan tertentu.

Pencegahan

  • Bersenam atau bergerak dengan kerap misalnya setiap 2-3 jam apabila melakukan perjalanan dalam tempoh yang panjang.
    • Kerap berjalan di lorong laluan (aisle)
    • Lakukan senaman isometrik semasa duduk. Gerakkan hujung kaki ke bawah, genggam jari dan tahan selama tiga saat dan ulang 10 sebanyak kali setiap sesi. Lakukan setiap setengah jam.
    • Lakukan senaman kaki apabila berkesempatan. Latihan otot betis dengan meluruskan kaki dan memusingkan buku lali dan menarik jari kaki ke arah anda.
    • Beberapa syarikat penerbangan mencadangkan senaman ringan dengan menarik setiap lutut ke arah dada dengan tangan memegang pada kaki selama 15 saat, dan ulangi sehingga 10 kali.
    • Jenis-jenis aktiviti ini membantu merangsang peredaran darah, mengurangkan rasa tidak selesa, keletihan dan kekejangan, dan boleh mengurangkan risiko untuk mendapat DVT.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa jika melakukan penerbangan dalam tempoh masa yang panjang. Jangan letakkan bagasi tangan di tempat yang boleh menyekat pergerakan kaki.
  • Pakai stokin di bawah lutut dan yang sesuai dengan saiz kaki anda. Stokin meningkatkan aliran darah, sekali gus mengurangkan risiko DVT bagi mereka yang berisiko. Elakkan memakai stokin yang mempunyai pengikat yang ketat dan kenyal di betis.
  • Minum air dan jus buah-buahan secukupnya semasa melakukan penerbangan yang lama. Elakkan meminum alkohol, teh dan kopi semasa penerbangan. Minuman seperti ini menyebabkan dehidrasi.

 

Semakan Akhir : 14 November 2014
Penulis : Dr. Norhayati Rusli
Penterjemah : Noorhayati bt. Kassim
Akreditor : Dr. Husna Maizura Ahmad Mahir

 

Artikel Berkaitan

SARS

Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) adalah penyakit paru-paru yang teruk. Ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan menyebabkan kematian. SARS disebabkan oleh virus baru dalam kumpulan virus corona (dari kumpulan yang sama penyebab selesema biasa).

Pendarahan Faraj Luar Biasa

Pendarahan dari faraj yang bukan kedatangan darah haid (contoh) pendarahan yang banyak, pendarahan yang berpanjangan (lama), berkait dengan kesakitan atau pendarahan bercampur darah beku (berketul)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,225,588

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia