Terapi Ketawa

Ceriakan Hidup Dengan Terapi Ketawa

 

Cetusan Idea Dr. Madan Kataria yang merupakan Pengasas Terapi Ketawa Hari Ahad Pertama Dalam Bulan Mei setiap tahunan adalah merupakan Hari Ketawa Sedunia. Tag line Terapi Ketawa ini adalah Ho… ho.. ha… ha… ha… Seorang profesor perubatan dari University Of California Irvine, Amerika Syarikat, Lee Berk dan kumpulan penyelidiknya sejak bertahun-tahun berusaha merungkai bagaimana mood seseorang itu boleh memberi kesan kepada sistem imun dan mempunyai kaitan dengan penyakit. Mereka mendapati bahawa ketawa turut mempunyai peranan dalam melawan virus, bakteria, kanser dan penyakit jantung.

Seorang pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze dalam kajiannya pernah berkata, secara purata, mereka yang hidup pada tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari. Kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari. Dalam sehari kanak-kanak boleh ketawa sehingga 400 kali manakala orang dewasa secara purata hanya ketawa 15 kali.

Antara Jenis Terapi Ketawa

  1. Greeting laughter Do Namaste indian style and then shake hand – Ho ha
  2. Milk shake Laughter –eh
  3. One Meter laughter-eh
  4. Cell Phone laughter
  5. Argument laughter
  6. Electric Laughter
  7. Lion Laughter

Manfaat Ketawa (Laughter Is The Best Medicine)

    1. KETAWA meningkatkan sistem imun

      Dengan ketawa, hormon stress akan dikurangkan dan sebaliknya sistem ketahanan badan akan dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh membantu menangkis pelbagai penyakit.

    2. KETAWA meningkatkan hormon endorphine

      Hormon Endorphine berfungsi memberikan rasa lega, tenang dan nyaman serta rasa gembira dan bahagia. Hormon ini dirembeskan dengan banyak ketika seseorang ketawa.

    3. KETAWA melindungi jantung

      Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung akan dapat dihindari.

    4. KETAWA Mengurangkan stres

      Ketawa juga mampu mengurangkan stres yang kita sedang hadapi kerana dapat mengurangkan paras hormon stres. Oleh itu, ketawalah kerana ia berkesan untuk mengatasi stres.

    5. KETAWA Memperbaiki pernafasan

      Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas dalam-dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stress pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru. Ketawa di perut memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru.

    6. KETAWA Baik untuk bahagian perut Ketawa yang pecah di perut baik untuk organ-organ dalaman sekitar perut seperti hati, buah pinggang, pankreas, limpa dan kelenjar ginjal. Hasilnya, aliran darah lebih lancar dan berfungsi lebik baik.
    7. KETAWA Menghilangkan kesakitan

      Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

    8. KETAWA Mengurangkan sikap agresif

      Ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif. Ini  boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

    9. KETAWA Meningkatkan kemahiran bersosial

      Perasankah anda bahawa dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan berinteraksi. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

    10. KETAWA Meningkatkan ketahanan tubuh

      Ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

    11. KETAWA Merupakan senaman

      Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

 

    1.                                                                                 

 

Semakan Akhir : 12 Januari 2017
Penulis : Pn.  Hairuni Kasuagi
Akreditor : Pn. Ruhana binti Mahmod