A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TELERADIOLOGI

Teleradiologi merupakan satu kaedah transmisi imej radiologi dari satu lokasi ke lokasi lain menggunakan komputer, rangkaian telefon dan kemudahan internet.

Teleradiologi merupakan satu kaedah transmisi imej radiologi seperti imej X-ray, CT, MRI dan ultrasound dari satu lokasi ke lokasi lain. Transmisi imej ini dilakukan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dengan pakar lain  atau bagi tujuan laporan pakar. Transmisi imej dilakukan dengan menggunakan komputer, rangkaian telefon dan kemudahan internet.

tele-radiology

Teleradiologi dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pesakit di mana seorang pakar radiologi boleh memberikan khidmat kepakaran mereka tanpa berada di hospital di mana pesakit itu sedang mendapatkan rawatan.

Kaedah teleradiologi ini amat berguna bagi hospital-hospital yang belum mempunyai pakar radiologi untuk mendapatkan khidmat kepakaran pakar radiologi di hospital lain terutama untuk kes-kes kecemasan atau kes-kes yang memerlukan laporan oleh pakar-pakar dengan sub-kepakaran bidang tertentu.

Penghantaran filem-filem secara pos ke hospital lain bagi mendapatkan laporan akan mengambil masa yang lama dan ini memberikan kesan ke atas rawatan pesakit. Dengan kemajuan teknologi digital, penghantaran imej dan penerimaan laporan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat seperti menghantar emel dengan ‘attachment‘.

Secara keseluruhannya penggunaan teleradiologi akan meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan memberikan kepuasan kepada anggota kesihatan dan juga pesakit.

 

Semakan Akhir : 11 November 2013
Penulis : Barnabas Jampi Agan
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,114,593

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia