A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Teknik Penggunaan Ubat
  6. /
  7. Teknik Penggunaan Supositori

Teknik Penggunaan Supositori

Pengenalan

Supositori adalah sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (rektum). Biasanya komposisi supositori terdiri daripada bahan aktif ubat dan bahan tidak aktif seperti lemak koko (cocoa butter) atau minyak sayur-sayuran.

Apabila dimasukkan ke dalam dubur, supositori akan cair pada kepanasan tubuh badan dan secara beransur-ansur ubat akan bertindak.

Supositori merupakan cara yang terbaik jika pesakit tidak dapat menelan atau tindakan terus di dubur diperlukan.

Contoh supositori:

              

    Supositori mengawal demam                        Supositori untuk buasir

Sebelum menggunakan pesari

Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika:

  • Anda alergi kepada sebarang ubat
  • Anda mempunyai sebarang masalah perubatan

Cara menggunakannya:

  1. Basuh tangan dengan bersih.
  2. Baca arahan pada label ubat.
  3. Keluarkan supositori daripada foil aluminium atau plastik (pembungkus)
  4. Lembapkan supositori menggunakan air.
  5. Baring pada posisi tepi sambil menaikkan sebelah lutut ke arah dada.
  6. Dengan menggunakan jari, masukkan hujung supositori yang tirus ke dalam dubur (rektum) secara perlahan-lahan sedalam yang boleh.
  7. Turunkan kaki pada posisi lurus sambil berbaring seketika untuk beberapa minit.
  8. Anda mungkin berasa supositori akan keluar. Setelah supositori cair dalam beberapa minit, anda tidak akan terasa supositori keluar.
  9. Selepas berbaring beberapa minit, basuh tangan anda sekali lagi.
  10. Elakkan dari membuang air besar sekurang-kurangnya satu jam (kecuali supositori tersebut untuk tujuan tersebut).

Penyimpanan

Simpan semua ubat di tempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak.

Simpan supositori dalam bekas asal dan di tempat yang sejuk serta gelap, kecuali diarahkan sebaliknya.

Jangan gunakan supositori selepas tarikh luput yang tertera pada bekas asal.

Arahan khas

Jika terlupa dos, ambil serta merta. Sekiranya, waktu dos seterusnya sudah hampir abaikan dos tersebut dan tunggu untuk dos seterusnya.

Jangan gandakan dos.

Kebanyakan supositori direka untuk cair pada suhu badan. Oleh yang demikian, segera memasukkan ke dalam dubur kerana jika supositori dipegang terlalu lama akan cair di tangan anda.

Peringatan: Jangan telan supositori

Kesan sampingan

Jika anda mengalami iritasi atau apa-apa kesan sampingan yang lain selepas menggunakan supositori, sila maklum kepada ahli farmasi atau doktor.

Semakan Akhir : 15 November 2013
Penulis : Kobu a/l Thiruvanackan
Akreditor : Norhayati bt. Musa

 

Artikel Berkaitan

Antihipertensif

Index Antihipertensif Amiloride Enalapril Nifedipine Amlodipine Felodipine Perindopril Atenolol Furosemide

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 721,422,198

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia