A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Tanya Pakar melalui SMS

Tanya Pakar melalui SMS

PERKHIDMATAN TANYA PAKAR
Perkhidmatan ‘Tanya Pakar’
– Disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjawab persoalan kesihatan anda
– Ia dikendalikan oleh anggota kesihatan yang terlatih dan segala maklumat dikendalikan secara sulit untuk melindungi hak pelanggan

Soalan anda akan dijawab melalui emel dalam tempoh 3 hari bekerja.
Perkhidmatan ini boleh didapatkan melalui:
1. Atas talian (online) >> Layari http://myhealth.moh.gov.my/ dan kemukakan soalan di ruangan Tanya Pakar
2. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
SMS soalan dan emel anda ke nombor 15888 menggunakan kaedah berikut: Contoh: menghantar mesej pertanyaan >> MOH TP aliyah@yahoo.com Hai… Apakah tanda/gejala HIV?Terima kasih.
HANTAR KE 15888

* Pihak pembekal perkhidmatan telekomunikasi mengenakan caj sebanyak RM0.15 bagi setiap SMS yang anda hantar dan RM0.20 bagi setiap mesej yang anda terima.

Terma Dan Syarat Untuk Perkhidmatan ‘Tanya Pakar’
1. Perkhidmatan ini adalah untuk makluman sahaja, tidak bermaksud untuk menggantikan penilaian Perubatan Professional.
2. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju bahawa KKM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemudaratan atau kemusnahan terhadap nyawa atau harta benda akibat daripada penggunaan perkhidmatan ini.
3. Persoalan anda dijawab oleh mereka yang pakar dalam bidang tertentu. Walaupun demikian, terdapat limitasi kepada jawapan yang diberikan berdasarkan had persoalan dan tanpa penilaian dua hala.
4. Pastikan emel anda adalah tepat untuk memastikan anda menerima jawapan.
5. Pihak KKM berusaha memberi jawapan yang terbaik, tetapi jawapan tidak semestinya panjang atau terperinci.
6. Perkhidmatan ini disediakan untuk pengetahuan anda sahaja dan bukan untuk menjadi rujukan atau diambil di luar konteks untuk tujuan lain.
7. Ini bukan satu perkhidmatan rujukan. KKM tidak akan menyarankan sebarang fasiliti kesihatan atau kemudahan penjagaan kesihatan yang spesifik.

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,054,229

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia