A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tanggungjawab Seksual Remaja

Pengenalan

Jawatankuasa United Nation berkenaan hak-hak asasi manusia telah memperakui bahawa kesihatan seksual dan reproduktif adalah penting bagi semua orang untuk mencapai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik. Remaja harus memahami tanggungjawab seksual  mereka, untuk menghormati hak kebebasan untuk memiih, untuk berseronok dan untuk menghormati pasangan seksua masing masing.

Kesihatan seksual memerlukan pendekatan yang positif dan penuh penghormatan kepada seksualiti dan perhubungan seksual.   Remaja sepatutnya layak mempunyai pengaam seksual yang seamat tanpa paksaan, tanpa diskriminasi dan tanpa keganasan. Mereka berhak untuk mendapat maklumat yang tepat dan mendapat kemudahan perkhidmatan kesihatan seksual yang bersesuaian.

Matlamat kesihatan seksual dan reproduktif bagi remaja adalah lebih daripada pencegahan penyakit kelamin, jangkitan HIV dan kehamilan yang tidak diingini (hamil luar nikah). Matlamat ini merangkumi  promosi bagi kesihatan seksual dan perkembangan remaja, perhubungan yang sihat dan perbuatan serta kelakuan yang bertanggungjawab.

Berikut adalah 5 prinsip tanggungjawab tanggungjawab seksual remaja

  1. Untuk mendapat maklumat dan pengetahuan yang lengkap dan mencukupi

    Remaja mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat dan pendidikan mengenai kesihatan seksual dan reproduktif mereka.

    Pengetahuan dan maklumat tentang kesihatan seksual yang mencukupi akan mempengaruhi keputusan remaja untuk memulakan aktiviti seksual,  serta menurunkan risiko untuk kehamilan yang tidak diingini, dan memberi perlindungan terhadap penyakit-penyakit kelamin.

    Maklumat mengenai kesihatan seksual dapat diperolehi daripada orang dewasa yang bertanggungjawab, dan dari punca-punca maklumat yang sahih bagi memastikan remaja mendapat maklumat yang tepat. Ini akan mempengaruhi tingkahaku seksual serta kemahiran remaja membuat keputusan.

    Berikut adalah punca-punca maklumat kesihatan yang sahih:
    http://MyHealthPortal
    http://patient.co.uk
    http://betterhealth.vic.gov.au
    http://kidshealth.org

  2. Mengamalkan nilai-nilai keluarga yang positif mengenai pergaulan dan tingkahlaku seksual

    Tingkahlaku seksual yang tidak selamat, seta kehamilan luar nikah (kehamilan yang tidak diingini) adalah masalah kesihatan yang besar dikalangan remaja. Remaja mendapat maklumat mengenai kesihatan seksual daripada perbincangan dengan ibu, kawan-kawan perempuan mereka serta daripada program kesihatan seksual sekolah dan juga mealui perbincangan dengan doktor mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani isu tanggungjawab seksual dan isu-isu seksual serta berbincang dengan anak-anak remaja mereka secara positif. Ibu bapa peru memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyuarakan isu isu seksual remaja serta tanggung jawab seksual remaja yang  positif.

    Tips untuk tingkahlaku seksual yang sihat:

    Seseorang remaja harus mengaku dan berjanji dengan diri mereka sendiri bahawa:

    • Kehidupan dan nilai-nilai keluarga saya adalah jauh lebih penting daripada pendapat orang lain

    • Saya berhak untuk mencari pasangan yang mengambi berta tentang pendapat saya serta nilai pegangan hidup saya

    • Saya memilih untuk tidak mengambil risiko kehamilan yang tidak diingini (kehamilan luar nikah)Saya tidak mahu mengambi risiko untuk kehamilan yang tidak diingini

    • Saya memilih untuk tidak melibatkan diri dengan tingkahlaku berisiko tinggi yang boleh menggugat masa depan saya

    • Saya akan memastikan hubungan intim dan seksual hanyalah didalam lingkungan perkahwinan.

  3. Saling melindungi antara satu sama lain daripada penderaan dan ekploitasi (mengambil kesempatan)

    Setiap remaja mempunyai hak untuk membuat keputusan mengenai hal-hal seksual dengan penuh bertanggungjawab. Remaja juga berhak untuk mendapat perlindungan daripada  penderaan secara fizikal terhadap diri mereka serta pasangan mereka. Remaja perlu di beritahu tentang eksploitasi seksual, penderaan dan bagaimana menjaga keselamatan mereka. Setiap remaja berhak untuk memberitahu seseorang dewasa yang bertanggungjawab mengenai mana-mana kejadian seksual yang negatif.

  4. Keupayaan untuk mengawal sepenuhnya kebolehan untuk membuat keputusan mengenai hal-hal seksual

    Keupayaan dalam mengawal diri dalam membuat keputusan berkenaan dengan masalah seksual mereka

    Remaja digalakkan untuk berbincang dengan seorang dewasa yang bertanggungjawab dan dipercayai mengenai bagaimana caranya untuk menangani masalah tekanan seksual termasuk tekanan daripada rakan sebaya. Remaja disyorkan untuk membentuk kemahiran berkomunikasi bersama pasangan mereka tentang akibat hubungan seksual yang tidak diingini.

    Seorang remaja  perlu mempelajari bagaimana untuk mengawal seksualiti mereka serta memilih pasangan yang bertanggungjawab dan menghormati mereka bagi mengelak akibat hubungan seksual yang tidak diingini.

    Tekanan seksual serta tekanan daripada  rakan-rakan sebaya boleh menyebabkan seseorang remaja membuat pilihan yang tidak bijak, tidak selamat dan boleh menggugat masa depan remaja. Penawar yang terbaik bagi menghadapi masalah tekanan ini adalah dengan mempunyai harga diri yang tinggi.

    Perakuan harga diri serta kemahiran mengatakan TIDAK berikut boleh membantu remaja menolak tekanan seksual dan tekanan rakan sebaya.

    Tips untuk menangani tekanan seksual:

    Anda perlu membuat pengakuan dan menyatakan pada diri sendiri bahawa:

    • Saya boleh menjadi diri saya sendiri dan masih menjadi sebahagian daripada sesuatu kumpulan

    • Saya boleh dan akan katakan “TIDAK” kepada apa-apa perkara yang saya rasa menakutkan dan membahayakan

    • Saya boleh dan akan katakan “TIDAK” kepada sesiapa sahaja yang menyuruh saya untuk membuat sesuatu yang tidak jujur serta salah disisi undang-undang, ataupun sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan dan nilai-nilai agama serta budaya saya.

    • Saya akan lakukan yang terbaik untuk diri saya sendiri. Saya akan membuat keputusan saya sendiri tanpa tekanan atau menghiraukan apa kawan-kawan saya akan fikir.

  5. Mewujudkan sesuatu hubungan yang dihormati, sihat sertasaling bertanggungjawab

    Nilai-nilai agama dan budaya kita menekankan tentang kepentingan wujudnya sesuatu hubungan yang saling menghormati dan bertanggungjawab antara seseorang lelaki dan seseorang wanita. Oleh itu, setiap remaja perlu mengamal dan belajar bagaimana untuk bertindak dengan penuh bertanggungjawab untuk mengekalkan perhubungan yang sihat antara diri dengan pasangan, serta orang lain.

Rujukan

  1. Towards a sexual ethics of rights and responsibilities

    Ruth Dixon-Mueller, Adrienne Germain, Beth Fredrick, Kate Bourne; Reproductive Health Matters 2009;17(33):111-119

  2. Male Adolescent Sexual and Reproductive Health Care

    Arik V. Marcell, Charles Wibbelsman, Warren M. Seigel and the Committee on adolescence Pediatrics 2011; 128;e1658; originally published online November 28, 2011; DOI: 10.1542/peds.2011-2384

    http://pediatrics.aappublications.org/content/128/6/e1658.full.html

Last Reviewed : 18 June 2015
Writer : Dr. Wan Fadhilah binti Wan Ismail
Translator : Dr. Nazrila Hairin binti Nasir
Accreditor : Dr. Salmah binti Nordin

Artikel Berkaitan

Sumbang Mahram

Apakah maksud sumbang mahram? Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara

Kelahiran

Definisi Kelahiran anak atau bersalin adalah proses pada akhir kehamilan,

Pembuangan Bayi

Pengenalan Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,178,003

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia