A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tanda Lahir Vascular

Ini adalah biasa dan biasanya akan hilang apabila bayi tersebut membesar. Sebahagian daripada tanda lahir ini mungkin tanda bagi penyakit lain.

Ini adalah tanda lahir vascular pada kulit yang wujud sejak lahir atau beberapa bulan selepas kelahiran. Keadaan ini biasa dan akan hilang apabila bayi membesar. Walau bagaimanapun sebahagian daripada tanda lahir ini mungkin tanda bagi penyakit lain.

Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan dari jururawat atau doktor di klinik semasa melakukan lawatan ke klinik ketika minggu pertama usia bayi atau minggu ke enam selepas kelahiran.

Salmon patch

Ini adalah salur darah kapilari kulit yang mengembang yang mana merupakan saki-baki corak salur darah bayi semasa di dalam kandungan.

  • Berlaku pada 40 – 60 % bayi.
  • Tompokan berwarna merah muda di bahagian belakang leher, dahi dan kelopak mata.
  • Warna tersebut akan menjadi lebih terserlah apabila bayi tersebut menangis.
  • Biasanya akan hilang dengan sendiri semasa bayi berumur setahun dan tidak menimbulkan sebarang masalah.
  • Tiada rawatan yang diperlukan.

Hemangioma Strawberi

  • Haemangioma.
  • Biasanya bermula dengan tanda merah yang samar-samar di mana-mana bahagian badan bayi semasa usia satu hingga empat minggu.
  • Kemudian menjadi merah cerah, timbul dan tidak rata, seperti buah strawberi, membesar selama enam bulan usia bayi.
  • Berhenti membesar antara enam dan setahun usia bayi dan kemudian beransur-ansur mengecil dan akhirnya hilang dengan sendiri dalam masa beberapa tahun.

Rawatan

  • Dalam kebanyakan kes, cuma perlu menunggu sehingga ianya hilang sendiri.
  • Elakkan kecederaan kepada hemangioma. Pakaikan sarung tangan atau pastikan kuku jari bayi pendek untuk mengelakkan dari tercalar.
  • Jaga kebersihan terutama sekali di kawasan kelangkangan atau lipatan kulit.
  • Di dalam kes, di mana hemangioma tumbuh sehingga menutup mata dan menghalang penglihatan, rawatan diperlukan dan boleh diperolehi daripada pakar mata dan pakar kanak-kanak. Untuk mengelakkan kehilangan penglihatan pada mata berkenaan. Pilihan rawatan yang ada adalah seperti rawatan laser, interferon, suntikan steroid ke dalam hemangioma atau memakan ubat steroid.

Tanda Port Wain

Tanda Port Wain adalah berbeza dari tanda lahir yang lain dari beberapa aspek penting. Ia berlaku dalam 0.1 – 0.3 % daripada jumlah bayi yang baru lahir.

  • Kecacatan salur darah kapilari atau vena daripada lapisan kulit yang lebih dalam.
  • Ada sejak lahir berwarna merah, kerap berlaku di sebahagian muka atau leher, tetapi boleh berada di mana – mana bahagian badan.
  • Jika tidak dirawat, ia akan kekal seumur hidup.
  • Dengan pertambahan usia, ia akan menjadi lebih tebal, bercorak dan berwarna gelap.

Rawatan

  • Rawatan laser dengan bius, biasanya semasa kanak-kanak telah berumur dan boleh berkerjasama.
  • Rawatan interferon pada bayi jika saluran darah yang terlibat adalah lebih dalam.

Jumpa doktor segera jika tanda Port Wain:

  1. Jika tanda melibatkan sebahagian besar dahi atau mata bagi mengesan keluarbiasaan pada otak di sebelah yang sama (sturge weber sundrome) dan mengesan ‘glaukoma’ kerana rawatan awal amat diperlukan.
  2. Jika tanda melibatkan sebahagian besar bahagian dada dan anggota kaki tangan – Kecacatan pada pembuluh besar bagi sebelah anggota samada kaki atau tangan boleh menyebabkan anggota berkenaan membesar dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan anggota yang tidak terlibat atau keadaan ini juga boleh menyebabkan paras platelet menurun. Keadaan platelet yang rendah boleh meningkatkan risiko pendarahan (Klippel -Trenaunay-Weber syndrome).
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
  : Dr. Terrence Thomas
  : Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Ruam Lampin

Ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

Perubahan sementara vaskular dalam kulit bayi

Kulit bayi yang baru lahir adalah lembut dan sensitif dan mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit. Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi.

Benign Papular Lesions

Benjolan saiz kecil (1-2 mm), berwarna putih seperti mutiara. Hampir separuh bayi yang baru lahir mengalami masalah ini.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,309,964

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia