Home > Dewasa > Takut Menaiki Pesawat (Aviophobia)

Takut Menaiki Pesawat (Aviophobia)

Pengenalan

Takut menaiki pesawat adalah masalah psikologi yang lazim berlaku dalam kalangan pelancong. Dianggarkan 10 hingga 40% pelancong mengalami beberapa jenis fobia. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini dan perlu diberi perhatian. Pelancong boleh mengalami stres sebelum perjalanan sekiranya tidak membuat persiapan yang secukupnya.

Tanda dan gejala

  • Perasaan bimbang
  • Berdebar-debar
  • Berpeluh

Rawatan

Pelancong perlu diberi penerangan bagi meyakinkan mereka mengenai keselamatan penerbangan semasa sesi khidmat nasihat pra-perlepasan diadakan.

Pelancong perlu mengetahui tatacara pengurusan stres dan cara mengelakkan situasi yang boleh menyebabkan stres.

Pencegahan

Buat perancangan dengan lebih awal.

  • Perancangan yang baik adalah penting untuk mengatasi kebimbangan. Pastikan anda telah mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan perjalanan. Dapatkan vaksinasi dan ubat-ubatan yang diperlukan dengan lebih awal.
  • Bayangkan tentang hari anda berlepas sebelum melakukan penerbangan yang sebenar
  • Buat tempahan tempat duduk dan makanan khas yang anda dan keluarga anda perlukan.
  • Jika anda mempunyai sebarang keperluan khas, hubungi syarikat penerbangan dengan lebih awal bagi membincangkan keperluan tersebut (contohnya kerusi roda dan bantuan sebelum dan semasa menaiki pesawat).
  • Jika anda tidak pernah ke lapangan terbang sebelum ini, bertolaklah lebih awal atau peruntukkan lebih banyak masa atau buat cubaab sebelum hari perjalanan untuk mengelakkansebarang kelewatan.
  • Jika anda berasa cemas, sibukkan diri dengan membaca, menonton televisyen atau  mendengar muzik yang menenangkan.
  • Elakkan meminum alkohol atau pengambilan dadah sebagai kaedah untuk menenangkan diri. Alkohol tidak menghilangkan kebimbangan, malah boleh memburukkan lagi keadaan. Alkohol juga akan menyebabkan anda mengalami dehidrasi.
  • Jika melakukan penerbangan yang jauh, elakkan penerbangan transit.
  • Jika anda mengalami sebarang bentuk penyakit mental atau kemurungan, maklumkan kepada doktor. Anda juga disarankan untuk menangguhkan penerbangan sehingga anda berasa lebih baik.
Semakan Akhir : 19 Jun 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

(Visited 61 times, 1 visits today)